Monday, May 25, 2009

Berita Tak Gembira

Tak seronoknya membaca entri saya kali ini, bagai hidup ini lebih banyak cerita tak gembira...
Hari ini, 25 Mei ialah hari keputusan pertukaran antara negeri diumumkan. Saya diberitahu oleh seorang pegawai JPN supaya menyemaknya melalui internet, walaupun dulu saya mengisi borang secara manual. Maka logiklah pagi tadi, jam 5, keputusan yang terpamer ialah: anda tidak memohon...(ish..!)

Maka saya pun telefon lagilah pihak yang berkenaan, maka jawabnya, anda tak berjayalah tu... cubalah lagi isi borang tukar bulan 9 ni (untuk pertukaran tahun 2010 nanti)..kalau nak cerita semua kat sini kisah saya memohon pertukaran, macam saya ter, ter apa..terperosok dalam liga bola sepak, dilantun sana sini...

Jika mahukan alasan mengapa saya nak bertukar, saya boleh menulis berkajang-kajang. Sejak saya mejadi guru pada tahun 1991, saya tak pernah bertugas di negeri sendiri. Itu baru satu alasan. Alasan mudah dan jitu mengapa saya tak boleh tukar ialah di Kelantan sudah terlebih guru...

Seharian saya di sekolah tadi rasa kepala berdenyut-denyut, dengan masalah pertukaran dan macam2 masalah lain yang membebani jemala saya...

Sebelum balik ke rumah, saya mesti mencari formula untuk mendamaikan jiwa saya semula... lagipun sebelum ini saya cuba menerima keputusan seadanya...

"Mungkin ada hikmat..." Memang itu kata-kata lazim yang diasak-asak dalam benak saya. Dalam hidup saya saya tidak boleh mengharapkan pelangi selepas hujan..sebab, walaupun berkali-kali ditimpa hujan dan badai, pelangi 'masih belum muncul'. Saya tahu, Allah ingin menguji saya lagi, mungkin hingga ke hujung nyawa... namun, saya percaya, pelangi saya tetap ada. Walau apapun ujian yang menimpa, itu adalah daripada Allah, tanda Dia sentiasa ingat pada saya, menuntun saya kepada hakikat kehidupan. Saya tidak akan berputus asa kerana saya percaya Allah sentiasa ada pelangi untuk saya...

3 comments:

izawani said...

Kenapa nak balik semula ke kampung ? Kenapa tidak bina hidup sampai pencen disitu ?

Just pertanyaan... hehehe... sebab saya tidak kisah untuk tidak pulang berkhidmat di kampung sendiri....

wan salmah said...

mmg dulu fikir mcm tu, nak dok sini sampai pencen..tapi..hidup kita ni di luar dugaan, perancangan telah berubah, jadi nak balik la..sbb dok sini pun mcm ada cerita tergantung..

aashaku said...

bersabarlah kak...Allah kata akak masih sesuai kat sini..mcmana? itu kita akan nampak kendian nanti...mgkn buat mase skrg ni msh kelabu...tapi yakinlah setiap yg datang itu Allah jualah yg menentukan..kdg2 baik pd pandangan kita tidak pd pandgan Allah. Mgkn selepas berpenat2 nanti berita gembira yg muncul lebih manis rasanya. Mgkn Allah nak uji kesungguhan akak. Saya pernah terdengar lah untuk mencapai sesuatu hajat selain telah berdoa solat hajat solat istikharah.. bacalah yasin selama 40 mlm berturut2 dan niatkanlah hajat itu..jika belum makbul serahkanlah pd Allah. mgkn kemakbulan nya bkn sekrg...tapi yakinlah Allah maha mendengar rintihan hambanya..