Monday, February 22, 2010

Sekolah Baru.- Jom Derma Buku!


Perhimpunan rasmi pagi Ahad. Ustaz Rozman dan sebahagian pelajar sekolah kami.

Nama sekolah baru saya ialah SMU (Arab) Mardziah, Kg Kubang Batang, Wakaf Bharu. Pelajarnya 66 orang iaitu dari tingkatan 1 hingga 3. Guru-gurunya sebanyak 13 orang. Barisan pentadbir yang diketuai oleh Ustaz Rozman Zakaria selaku mudir (pengetua), GPK 1 Ust. Rithauddin, Us Humaidi setakat ini memberi kerjasama erat kepada guru-guru yang kecil sahaja jumlahnya ini. Mudir pula advance orangnya kerana dapat menyediakan perkhidmatan internet (wireless) di sini. Beliau dan barisan pentadbir lain sangat prihatin akan kebajikan persekitaran sekolah ini. Prasarana asas yang lain sedang diusahakan, cuma ada masalah kekurang tempat kerana kawasan sekolah ini yang sangat terhad. Kawasan sekolah ini kecil saja dan terdapat dua bangunan utama. Ada 4 kelas, satu pejabat, satu bilik guru. Musolla yang sangat ringkas. Tiada perpustakaan, tiada makmal atau bengkel. Itu pun sekolah ini semakin maju dan ceria setelah diambil alih oleh KPM pada tahun 2008.

Semua pelajar adalah pelajar Melayu, tinggal di sekitar kawasan sekolah/daerah yang sama. Pekerjaan ibu bapa kebanyakan kerja kampung. Hobi, main bola, badminton. Cita-cita ingin menjadi ahli bomba, polis, askar dan segelintir saja guru atau doktor. Hmm, saya mengajar di semua kelas. Subjek yang saya ajar ialah KHB (semua kelas) dan quran (tingkatan 1). Setakat ini saya telah memasuki 3 daripada 4 kelas dan saya rasa ok. Saya masih dalam proses mengenali klien2 saya ini.

Pandangan saya terhadap sekolah ini. Mula-mula tentulah rasa jauh berbeza dari segi fizikal dan mentalitinya jika dibandingkan dengan sekolah saya sebelum ini. Tetapi saya cuba ubah suai cara pemikiran saya kerana pada konsepnya seseorang guru seharusnyalah fleksibel menghadapi apa-apa saja suasana tempat bekerja. Saya kena memandang daripada aspek positif dan mencari peluang. Saya kena menekankan aspek akademik.

Minda pelajar perlu diperluas. Membaca jambatan ilmu. Melalui pembacaan pelajar dapat meneroka ke dunia luar. Sedangkan masih terdapat sebahagian kecil pelajar sekolah ini yang belum celik huruf. Saya/ kami sedang berfikir cara-cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Ketiadaan perpustakaan boleh diatasi buat sementara dengan mewujudkan perpustakaan bergerak. Mula-mula sekali kena kumpulkan buku-buku, buku cerita bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab. Buku-buku diletakkan ke dalam raga dan dibawa oleh guru semasa waktu relief atau kelas Nilam.

Masalahnya, kami belum ada koleksi buku-buku cerita apatah lagi bahan bacaan lain seperti ensaiklopedia. Seelok-eloknya yang nipis dan berwarna-warni. Sesuai untuk pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Juga sesuaikan untuk pelajar yang baru nak belajar mengeja. Tentu kita masih ingat kenangan semasa kita mula-mula boleh membaca dahulu, buku yang bergambar, berwarna-warni dapat menceriakan dan memanfaatkan usia awal remaja kita. Itu untuk perpustakaan bergerak. Diharap suatu hari nanti kami akan ada sebuah perpustakaan sendiri dan mempunyai pelbagai koleksi buku akademik, buku cerita atau agama.

Kepada pengunjung semua, anda ingin menyumbang bahan bacaan? Kerjasama anda amatlah dialu-alukan.. jom derma buku! emel saya: wansalmah1594@yahoo.com

4 comments:

cikghee said...

mak engku cadangkan buat pertandingan big book wajibkan semua murid,wat flash kad gambar setiap keluarga wajib wat aktiviti ini..lama-lama banyakla bahan bacaan..teruskan usaha murini cikgu..

wan salmah said...

terima kasih mak engku,
saya cuba cadangan mak engku ni..
nanti mak engku cadangkan ya, pelajar2 sklh saya ni kebanyakannya golongan berpendapatan rendah,kesedaran membaca sangat kurang,pelajar ting 3 yg tak boleh membaca pun ada lagi..

nak cari jln nak pulihkan semangat ingin membaca/menuntut ilmu dulu..

Anonymous said...

buku b.inggeris cikgu terima x?

wan salmah said...

kepada Seliparburuk,
terima kasih kerana membaca penulisan tentang sekolah kami.
sekolah kami terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga 3, majoriti pencapaian sederhana dan lemah. buku-buku yang tuan cadangkan itu seelok2nya yang sesuai dengan tahap prestasi mereka..

terima kasih sekali lagi..