Wednesday, April 11, 2007

demam

Ahad. Badan si Syamil sungguh panas dengan peningkatan yang agak cepat sedangkan petang semalam dia masih macam kanak-kanak kecil sebayanya berlari ke sana-ke mari. Saya membawanya ke klinik di samping mengambil ubat alergik untuk saya. Wow, 4 ubat sudah RM28.00. Nak ke hospital kerajaan tidak sempat. Bagaimana agaknya cara hendak menyesuaikan diri dengan keadaan inflasi ini ya.

Isnin, suhu badan Syamil semakin tinggi. Malam-malam dia merengek. "Mama, panaslah" "Mama, sakit tekak", saya tidak ada ubat sakit tekak. Entah macam mana terlintas untuk memecahkan ketul-ketul ais dan memberi Syamil melalukan melalui tekaknya. Sebentar dia sudah tidak bersungut. "Mama, sakit hidung". Saya meletakkan bantal tinggi di bawah kepalanya selepas memberinya ubat selsema. Dan sepanjang malam dia merengek-rengek.

Esoknya saya meminta anak sulung saya Afiq membawanya berjumpa doktor lain dan memintanya memeriksa dengan lebih teliti, sebab sebelum ini doktor mengatakan dia demam sahaja.

Malam itu dia masih merengek-rengek, suhu badannya kekal tinggi. "Denggi ke" tanya kawan se sekolah. "aish, jangan sebut denggi denggi ni" kata saya menyangkal dalam hati kerana saya trauma dengan denggi ni. Saya menelefon doktor yang mengubati anak saya. "Kalau 2 hari lepas makan ubat suhu badan masih tinggi, cepat-cepat bawa jumpa doktor, bimbang denggi". Saya mula rasa cuak. "Mama, Syamil panas ni", Saya mengelap badannya dengan tuala basah."Mama, janganlah tidur.." Maaf Syamil, mama terlelap, terlalu penat juga terlalu mengantuk. Saya tinggalkan dia separuh hati, rasa hendak ambil cuti saja tapi akhir-akhir ini kerja terlalu banyak. Saya banyakkan berdoa agar anak saya selamat dan sihat . Mesyuarat yang sepatutnya diadakan sebelah petang saya awalkan, dibuat masa rehat. Maaf sekali lagi kerana terpaksa ambil masa belajar sedikit.

Rabu. Saya balik ke rumah dan membelai Syamil, alhamdulillah rasa sejuk sedikit. Petang itu dia menonton "Dragon Booster" dan lega apabila saya mendengar dia sudah boleh tergelak. Apa yang lebih indah buat seorang ibu apabila dapat mendengar anaknya ketawa? "Tak apa, Syamil tak payah pergi sekolah lagi esok, rehat di rumah sampai sembuh"

Hrmm. Menjaga anak-anak ini banyak cabaran dan dugaannya. Kisah di atas seputar si anak sakit. Saya ingin kisahkan sebuah cerita berkaitan anak yang melibatkan ibunya yang terlupa...

Pagi itu saya betul-betul ribut, hingga terlupa memberikan Syamil (darjah 2) dan Sarah (darjah 4) wang poket. Sampai di sekolah baru saya teringat. Susah hati tidak boleh hendak cerita di sini. Kalau sekolah dekat hendak saja balik. Petang nanti mereka akan ke kelas fardhu ain, dengan perut yang lapar. Saya teringat pesan Dr. Fadilah Kamsah. Jika kita risau, jangan ikutkan kerisauan kita, kerana kerisauan kita itu akan menjadi nyata. Fikir yang positif. Sebagai orang Islam, baiklah berdoa. Saya pun menadah tangan dengan sepenuh hati memohon agar Allah menolong anak-anak saya.

Lewat petang, setelah masing-masing pulang ke rumah, saya bertanyakan mereka apa yang telah terjadi.
Sarah, "Sarah terjumpa duit yang Sarah simpan (duit spare), Sarah berikan Syamil sama"
Saya tanya Syamil, Syamil buat apa?
"Syamil pergi ke kantin, (mungkin dia duduk dekat sudut skim pemakanan anak2 miskin), cikgu nampak Syamil dan suruh Syamil makan"
Saya tidak dapat menahan ketawa walaupun dalam masa yang sama rasa hendak menitis air mata.

Tidak kisahlah bagaimana cara keluar yang Allah sediakan, yang penting kita jangan cepat panik, berdoalah kepada Tuhan yang Maha Kuasa, Tuhan yang Maha Kaya...

3 comments:

yussamir bin yusof said...

assalamualaikom,,sajer jer nak test...
besar betul kekuasaan Allah kan.lagi2 doa seorang ibu untuk anaknya..doa kan saya agar exam 15.5 dipermudahkan dan saya berjaya dengan cemerlang...dan selalu2 lah lawat blog saya yer cikgu..huhuhu...bye

cgwan said...

Insya Allah,
hehe kisah ibu dan anak ni dramatik juga.
tapi kan, yus ingat lagi tak peristiwa masa kita ke kuiz pengguna dulu, naik kelisa ke kl, rasa2 itu peristiwa lucu yg susah nak lupa. bayangkan, saya rasa kalau suruh ulang sekali lagi pun saya tak pasti dpt lakukannya lagi..
insya Allah yus boleh cemerlang kerana Allah akan memberkati org2 yg rajin berusaha mcm yus ni..

yussamir bin yusof said...

amin,,moga doa ckgu dimakbulkan,,,huhuhu,,memang kelaka pon,..tapi ada hikmahnya..hikmahnya kami berempat cemerlang dalam kuiz dan juga trial SPM
huhuh...terima kasih cikgu.....