Jumaat 13 April, anak saya Hajar dan rakan-rakannya bekas pelajar SKUR dijemput ke acara penerimaan anugerah sempena kecemerlangan UPSR 2006. Di atas gambar anak saya menerima sagu hati PIBG. Ibu bapa dijemput mengiringi sang anak ke atas pentas...
Pada cuti pertengahan semester 1 yang lepas, kakak saya yang bermastautin di Cheras telah diarahkan bermesyuarat di Choral Paradise, Port Dickson selama 3 hari. Kami sekeluarga telah diajak untuk bersama-samanya di sana. Anak-anak terlalu seronok dan tidak sabar-sabar untuk mandi di pantai atau di kolam, sampaikan pelampung yang ada tu dibawa ke hulu ke hilir tanda teruja, dan tidur pun dengan pelampung..
Alih-alih, semasa di atas kereta, baru saya perasan, pelampung tertinggal..ai, budak budak ni... Sampai di P.D, hari sudah malam. Kakak mempelawa kami sekeluarga untuk menjamu selera di sebuah restoran. Tempat makan itu agak istimewa dengan lanskapnya, seni binanya dan ada muzik secara life. Sebenarnya tujuan kakak mengajak kami makan besar adalah untuk meraikan kejayaan anak-anak saya dalam peperiksaan mereka. Zahid yang mengambil PMR mendapat 9A dan terbaru Maryam mendapat 9A 3B dalam SPMnya. Sesekali lepak menghibur hati bersama keluarga mendengar halwa telinga seronok juga. Pelbagai lagu baru dan lama didendangkan dan terima kasihlah kerana memutarkan lagu 'love story', intrumental pun intrumentallah (hehe masih dunia saya nih). (Dengan keluarga tak apa kot..)
Esok paginya saya bergegas ke sekolah yang terletak di Pasir Panjang, PD, mesyuarat pengurusan. Anak-anak seawal pagi sudah bersiap-siap untuk mandi. Saya berpesan balik nanti mandi dan bersiap-siap untuk pulang ke Rembau. Ikut hati nak duduk lagi di sini satu malam, tapi apa boleh buat, saya kena ke UKM, kena bentang-bentang lagi. Dan setelah saya balik mesyuarat tengah hari tu, saya dapati bilik senyap sunyi, semua sudah pengsan keletihan mandi kolam. Pantai tak sesuai digunakan kerana air tidak mengalir dengan baik. Lagoon yang dibentuk mengubah struktur semula jadi arus / ombak. Sesuai untuk berjalan-jalan, jogging ambil angin sahaja. Kami akan datang lagi ke PD, kali ini mandi manda di laut terbuka. Hari dan masa perlu disetkan untuk mendapat privacy keluarga.
No comments:
Post a Comment