Wednesday, April 25, 2007

Keluarga pasangan Myanmar mulakan hidup baru

Oleh SYED MOHD. RIDZUWAN SYED ISMAIL



Pasangan suami isteri, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman dan Noor Shida Nur Islam gembira bersama anak-anak mereka (dari kanan) Siti Sahidah, Mohd. Nor Amir, Mohd. Osman, Mohd. Salam dan Mohd. Hasyim di rumah lama mereka di Sentul Pasar, Kuala Lumpur, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 24 April – Pasangan Myanmar Noor Shida Nur Islam, 27, dan suaminya, Mohd. Abdul Rahman Ali Rahman, 32, yang dibebaskan daripada tahanan reman Khamis lalu memulakan kehidupan baru apabila pulang ke rumah mereka, hari ini.

Mereka sebelum ini yang direman selama empat hari bermula 15 April lalu dan ‘berlindung’ di sebuah rumah saudara selepas dibebaskan buat pertama kalinya pulang ke rumah mereka di Lorong Sentul Pasar, Sentul.

Pasangan tersebut yang tiba kira-kira pukul 7 pagi membersihkan sekitar rumah yang ditinggalkan sambil melepaskan rindu pada anak-anak yang selama ini ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.

Menurut Noor Shida, buat sementara waktu beliau ingin berehat di rumah kerana kes itu masih menjadi perhatian masyarakat.

Katanya, semenjak dibebaskan ke mana saja beliau pergi orang akan bertanyakan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkannya ditahan.

“Ada juga yang mengata macam-macam terhadap saya. Mereka marah tuduh saya ini penculik, walaupun hakikatnya saya memang tidak ada niat melakukan perkara tersebut.

“Sekarang saya juga ingin menjaga dua orang anak saya, Mohd. Osman dan Hasyim yang demam,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Pada 15 April lalu, pasangan suami isteri itu yang merupakan penjual besi buruk ditahan di rumah mereka di Sentul Pasar, kira-kira pukul 1 tengah hari - tidak sampai 24 jam selepas mereka memulangkan Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang hilang sejak 31 Mac lepas ke pangkuan ibu bapa kandung kanak-kanak itu.

Dalam kejadian di kompleks membeli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini kira-kira pukul 2 petang 31 Mac lalu, Nazrin hilang ketika bapa kanak-kanak itu sedang mencuba pakaian di bilik persalinan manakala ibunya sedang mengawasi adik Yin, Mohd. Nazmi, 4.

Yin ditemui pasangan terbabit ketika cuba menyeberangi jalan berdekatan kompleks membeli- belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira pukul 3 petang.

Noor Shida memberitahu, beliau bersyukur kerana dibebaskan dan akan menjadikan perkara itu sebagai satu pengajaran.

“Pada masa depan jika berjumpa dengan budak yang hilang saya sudah tahu apa yang perlu dibuat iaitu dengan membawanya ke balai polis bukan dengan membawa pulang ke rumah.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang menolong termasuk polis yang memberi layanan yang baik semasa dalam tahanan reman,” ujarnya yang sedar polis hanya menjalankan tugas.

Noor Shida dan Abdul Rahman enggan menerima ganjaran yang diberikan. Tapi, bagi sajalah, mereka tak mahu wang ringgit, bagilah barang-barang umpama tv ke supaya mereka tahu perkembangan semasa sikit, beli pakaian, beli barang-barang permainan ke dekat budak-budak 5 orang tu, buku-buku cerita ke, beli motor ke, itu idea orang perempuan macam saya la. Atau ada orang nak sponsor mereka bercuti mandi-manda sambil menginap di PD, Langkawi dsb. Bukan apa, kekadang orang banyak duit ni menggunakan duit mereka berlebih-lebihan (membazirlah tu), kalau fikir banyak kali, patut tak beli pakaian di luar negara, sedangkan ada orang pakai baju yang sama setiap hari hingga bertampal-tampal. Sedang kita menghadap tv macam wayang gambar, ada orang tidak ada langsung tv.

Orang berbudi kita berbahasa...

3 comments:

Anonymous said...

shahirah thn lepas...
yg dpt spm cmrlg..

cgwan said...

boleh tak perkenalkan diri?

Anonymous said...

sy kwn lame..