Friday, August 24, 2007

akhirnya...



Syukur, setelah berhempas pulas membanting tenaga dan otak akhirnya selamat juga saya menamatkan pengajian sarjana saya. Kelihatan teman-teman sekuliah Sarjana Pendidikan, (Perniagaan dan Keusahawanan, Ekonomi) bergambar bersama-sama.

Semoga ijazah yang dikejar dan kini digenggam ini dapat menjadikan kami para sarjana yang akan menjadikan Malaysia ke arah negara ekonomi yang mantap, maju dan Islamik.
Insya Allah!

7 comments:

Anonymous said...

tahniah kak wan. walau apa pun yang kita usahakan jika berserta doa dan usaha, pasti berjaya. lepas ni, bolehlah tumpukan pada karya yang terbengkalai dulu.... ila tunggu karya akak. bye....

Anonymous said...

ila, terima kasih .

akak masih berusaha, cuma semenjak dua menjak ni akak sedang buat 'phd' lain...

Kassim Selamat said...

Tahniah cikgu wan kerana berjaya memperolehi ijazah tersebut.

semoga menjadi seorang pendidik yang cermelang dan terbilang.

Anonymous said...

kak wan, ada satu novel ila baru terbit di creative enterprise, rasanya sesuai dengan semangat kak wan. Guru yang sentiasa mengejar kejayaan dan mendokong kecemerlangan murid2...

Anonymous said...

mr.k@sim se@m@t,
terima kasih atas ucapan tahniah. sebenarnya ada banyak aspek yang dikatakan cemerlang.

mungkin KS tak tau jika ada orang mengiktiraf KS juga seorang yang cemerlang.

yang penting ialah kita cuba buat yang terbaik selagi hayat masih dikandung badan.

satu lagi kita berasa bahagia dengan apa yang kita ada. dan bagi saya KS ada sesuatu yang amat berharga yang orang lain tidak memilikinya.

Anonymous said...

Ila, Insya Allah akak cari. Harap banyak sekolah order buku tu untuk manfaat bersama guru dan pelajar.

bagi la tajuk novel tu sebagai promosi.

Rasha_rz said...

Kak wan, novel tu KABUS SENJA.512 m/s. Harganya $24.90, terbitan Creative Enterprise. Cari ya? Dan komen....