Tuesday, January 06, 2009

Mari Boikot Barangan Amerika dan Yahudi

Sebenarnya kami sekeluarga dah lama tak ke KFC (boikot), tapi hari tu tak tau apa nak mengembirakan Syamil, ingat nak makan je untuk raikan hari lahir dia, jadi kami pun ke JJ di Seremban 2. Order tak banyak pun sekadar ambil hati dia. Tapi cukuplah,setakat itu sajalah.

Insaflah. Setiap sen yang kita belanjakan akan menyumbangkan penitisan darah orang-orang Islam sendiri. Jika kita lihat dalam dokumentari, betapa canggihnya senjata, misil yang direka. Untuk siapakan direka senjata-senjata sebegitu rupa?

Remaja, kanak-kanak tidak dapat merasakan peneritaan saudara kita di Pelestin, ( & Iraq). Kalau menonton televisyen rancangan yang diminati ialah "Raja Lawak", apa tah lagi rancangan tu berulang ulang ditayang, dan lain-lain konsert.. hiburan demi hiburan. Apa mereka nak peduli akan nasib orang lain?

Berkesankah pemboikotan ini? Saya ada terbaca kesan pemboikotan ke atas Denmark yang menghina Rasul saw kira-kira setahun lepas, Denmark telah kerugian berbilion ringgit (angka tepat tak catat, tapi bilionlah).

Kita ada pilihan lain selain membeli produk Yahudi dan Amerika. Gunalah produk buatan tempatan, di samping halal (JAKIM kenalah pastikan betul-betul kehalalannya), barang-barang tersebut jauh lebih murah. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang.

Banyak juga barang kegunan seharian seperti Colgate, jenama Nestle, pizza hut, Mc D,Coca Cola (rujuk di bawah ya) berada di sekeliling kita. Mari kita hentikan penggunaannya sampai bila-bila. Regim Yahudi ni nampaknya tidak henti-henti menganiaya umat Islam, (sampai kiamat ke?), jadi, marilah kita boikot barang-barang mereka. Kita masih boleh hidup sihat walafiat tanpa barang-barang tersebut.

Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD
80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US
1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action
500, Bonux, Mr Clean

MARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen ?Dazs Ben & Jerry? CAMPBELL Kellogg? Canderel Levis Raid Heinz

7 comments:

theriderinblack said...

Apakah kita mampu memboikot?Persoalan yang masih menjadi tandatanya kerana sebahagian besar kita telah sebati dengan barangan-barangan tersebut.Mee Maggi,tissu,barangan Nestle,Pakaian berjenama,buah-buahan dan sebagainya sudah sebati dengan jiwa pengguna kita. Apakah kita semua boleh mengubahnya.
Pada pandangan saya kita memang boleh melakukannya, tetapi dengan tekad yang kuat. Mulakan dari keluarga kita, sahabat kita dan saudara mara kita. Sebarkan melalui sms dan semua media elektronik. Jom mulakan sekarang!!!

Anonymous said...

anda mau boikot Israel? Silahkan delete blog ini, karena blogspot ini dimiliki oleh Google. Dan pemilik Google (Lawrence Page) adalah YAHUDI! AYO, CEPAT DELETE BLOG INI SEKARANG JUGA! BOIKOT YAHUDI! hahaha.. makan tuh boikot!

wan salmah said...

theriderinblack,

memang kebanyakan barangan tersebut kebanyakannya telah sebati dengan diri kita. kita pengguna yg pasif, membeli apa yg elok pada pandangan kita tanpa mengambil kira unsur2 lain.
tapi, setelah apa yg berlaku, kita kena ubah pegangan kita. walaupun dah sebati, kita kena hentikannya.. sanggupkah kita biarkan saudara kita menderita sedangkan kita masih mensuply wang kita kepada umat yg menjadikan saudara kita menderita? bukankah kita bersaudara? sanggupkah kita melihat kesengsaraan yg mereka tanggung?

saya sudah mengkaji kebanyakan barang tersebut. boleh dikatakan 98% saya boleh tukar kepada pengganti terdekat, tapi yg saya masih belum boleh tukar ialah nestum dan perkara berkaitan internet.

saya harap ada umat islam yg boleh memberi cadangan bernas kpd saya.

wan salmah said...

anonymous,

saya harap suatu hari nanti kami sudah boleh berdikari dan tidak perlu bergantung dgn teknologi luar.

masa itu kamu tidak mampu ketawa lagi!

boikot tetap boikot!

Anonymous said...

www.blessle.com, google untuk umat islam

wan salmah said...

anonymous,
terima kasih atas info. harap kita umat islam tidak perlu bergantung dgn mereka lagi..

PSS SMK UNDANG REMBAU, NSDK said...

Sokong kak wan