Saturday, March 28, 2009

Matikan lampu sejam esok (Sabtu 28.03.2009)

KURANG 24 jam lagi, kempen Earth Hour yang giat dipromosikan sebelum ini akan dimulakan tepat jam 8.30 malam esok.

Bagi sesetengah pihak, kempen berkenaan memang tidak mempunyai impak kerana menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka.

Namun, bagi pencinta alam sekitar, saranan memadamkan lampu untuk tempoh sejam pada malam esok pasti disambut baik.

Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada Sabtu ketiga setiap Mac.

Melalui kempen berkenaan, orang ramai diminta memadamkan lampu atau apa juga kelengkapan elektrik bagi tempoh sejam.

Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.

Kempen itu dikatakan dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007.

Sejak itu, ia semakin mendapat sokongan dunia dengan anggaran hampir 50 juta penduduk dunia menyertainya hingga tahun lalu.

Sempena kempen itu, Kementerian Wilayah Persekutuan turut menganjurkan langkah memadamkan lampu di ibu kota, Putrajaya dan Labuan pada 28 Mac ini.

Ketua Setiausahanya, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata pada hari berkenaan warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu digalakkan memadamkan lampu premis, bangunan dan kediaman mereka selama sejam bermula jam 8.30 malam.

WWF turut mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global di Copenhagen, Denmark tidak lama lagi.

Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto.

Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia kerana setiap undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini.

Mengikut laporan dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global kini lebih cepat berkembang apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.

Semua pihak yang masih memiliki perasaan sayang terhadap bumi boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org/malaysia.

Sunday, March 22, 2009

Ramai guru sakit jiwa

Profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan mental.


PESAKIT mental terpaksa berjumpa pakar psikiatri secara berkala.


BEBANAN kerja sebagai guru semakin kompleks kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan.

Justeru, guru-guru dikatakan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan.

Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.

Bagi Noreha (bukan nama sebenar), selain terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia turut tertekan dengan kerenah pengetua sekolah tempatnya bertugas.

Guru berusia 46 tahun itu yang ditemui di Wad Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkata, dek kerana tekanan, dia sering diketepikan dalam pelbagai aktiviti sekolah.

"Sebelum ini saya memang sudah mengalami tekanan. Pengetua pula selalu mempertikaikan cuti yang saya pohon sedangkan surat daripada doktor disertakan.

"Bila kerja semakin bertambah, dicampur pula dengan tekanan daripada orang atas dan kerenah anak-anak, saya semakin runsing," katanya.

Noreha yang merupakan penanda kertas peperiksaan Matematik untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) memberitahu, dia sebenarnya seronok menjadi guru.

"Saya memang suka mengajar, lebih-lebih lagi apabila murid banyak bertanya dan cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi keadaan sekeliling seperti pengurusan sekolah dan rakan sejawatan banyak memberi tekanan.

"Ada juga yang faham keadaan saya, tetapi lebih ramai yang mengatakan saya gila. Mereka tidak faham mengapa saya perlu cuti untuk pergi berjumpa pakar psikiatri. Mereka juga anggap saya terlalu ikutkan perasaan," jelasnya.


HARAPAN yang tinggi terhadap keputusan peperiksaan pelajar turut memberi tekanan kepada golongan guru.


Noreha yang berasal dari Pulau Pinang tidak menafikan pihak sekolah ada memberi pelepasan kepadanya tetapi apa yang menyesakkan fikirannya ialah cutinya sering menjadi buah mulut orang.

Ada yang mendakwa Noreha sengaja menjadikan tekanan yang dialaminya sebagai alasan untuk bercuti.

"Secara fizikalnya saya memang sihat, tetapi dalaman saya berkecamuk. Saya bukan buat-buat sakit. Ikutkan hati, saya tak mahu masuk hospital dan tinggalkan keluarga dan kerjaya saya," katanya.

Ibu kepada dua orang anak ini juga memberitahu, dia cuba untuk mengawal perasaannya daripada terus tertekan, tetapi adakalanya semakin dia cuba untuk tenang, semakin agresif pula jadinya.

"Kadang-kadang saya tak rasa tertekan. Saya rasa sihat, tetapi orang sekeliling tak anggap begitu, mereka mula sorokkan pisau. Kebelakangan ini saya kerap dimasukkan ke wad berbanding dulu," katanya.

Kerja tujuh hari seminggu

Berbeza dengan Norehan, akibat terbeban dengan kerja sebagai guru JQAF, Zaimah Mishan, 42, pernah mengalami sakit jiwa.

Dia yang mengajar sekolah aliran agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.

"Saya pernah mengalami masalah jiwa iaitu kecelaruan bipolar sehingga saya tidak mampu mengajar. Enam bulan saya dirawat dan direhatkan.

"Ramai melihat guru JQAF tidak banyak kerja memandangkan mereka hanya mengajar agama tidak seperti sekolah aliran kebangsaan. Namun, mereka juga dibebani dengan komitmen luar," katanya.


NOR ZURAIDA





Zaimah yang pernah mengajar di beberapa buah sekolah berkata, ada pengurusan sekolah yang memahami tanggungjawab guru JQAF namun ada juga sekolah yang menyamakan guru JQAF seperti guru-guru lain.

"Semasa saya mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu, dari pagi hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak.

"Hari Isnin hingga Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain mengajar subjek bukan aliran JQAF.

"Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam Kem Bestari Solat," katanya.

Menurut Zaimah, beban terlalu berat yang tidak dipantau oleh pegawai yang sepatutnya itu ternyata memberi kesan kepada guru-guru JQAF.

"Kami terbeban, tersepit, letih, dan hampir kena mental block. Masa yang ada untuk berehat ialah waktu malam, itu pun kami terpaksa bawa pulang buku latihan murid-murid untuk ditanda.

"Itu tidak termasuk kursus atau kertas kerja yang perlu dibereskan untuk aktiviti gerak kerja," katanya.

Zaimah yang baru lima bulan mengajar semula selepas bercuti panjang menjelaskan, keadaan dirinya ketika 'sakit' dahulu bertambah teruk lebih-lebih lagi apabila suaminya berkahwin lain dan anak-anak enggan berjumpa dengannya.

"Bila saya tertekan dengan kerja, suami kata dia nak kahwin lain dengan alasan saya terlalu sibuk dengan kerja. Keadaan saya bertambah teruk waktu itu.

"Bila sakit saya datang, anak-anak tidak mahu dekat dengan saya. Hanya keluarga saya yang datang memberi sokongan untuk saya jalani terapi dan rawatan di hospital.

"Selepas bercuti lama, saya mengajar di sekolah lain. Alhamdulillah, selepas menjalani rawatan dan sesi kaunseling, saya sudah boleh mengawal tekanan di tempat kerja. Suami dan anak-anak pula sudah kembali pada saya," katanya.

Berisiko mendapat penyakit kritikal

MENURUT Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal, setiap tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru.

“Guru sekarang tidak seperti guru zaman dahulu. Guru sekarang terbeban kerana banyak tugasan baru yang perlu dilaksanakan selain mengajar.

“Di samping sibuk dengan aktiviti persatuan, panitia, kelab, rumah sukan, kursus dan gerak kerja luar sekolah, guru-guru juga perlu berdepan dengan tekanan lain.

“Mereka turut berhadapan dengan perangai pelajar dan kerenah ibu bapa serta pengetua yang sentiasa menaruh harapan tinggi untuk melahirkan pelajar cemerlang dalam peperiksaan,” katanya.

Ramai ibu bapa, tidak kira di bandar atau di luar bandar, masih menganggap bahawa sekolah dan pusat tuisyen ialah tempat untuk mendidik anak mereka dan menyerahkan tanggungjawab itu sepenuhnya kepada guru.

Apabila ada anak yang gagal, sesetengah ibu bapa terus menuding jari kepada guru sedangkan kejayaan para pelajar tidak hanya bergantung kepada pengajaran di sekolah.

Bercakap mengenai gejala tekanan yang sering dialami oleh pesakit-pesakitnya yang juga guru, Nor Zuraida memberitahu, kebanyakan mereka menghidap kecelaruan bipolar iaitu kewujudan pelbagai karakter yang berlawanan dengan keadaan guru terbabit sebelumnya. Ini diikuti kebimbangan melampau dan kemurungan.

“Mereka yang mengalami kecelaruan bipolar nampak sihat seperti biasa, malah pada tahap hipoaktif, mereka menjadi rajin dan produktif dalam melakukan sebarang kerja walaupun tidak mempunyai waktu rehat yang cukup.

“Tetapi kerja yang dilakukan tidak pernah habis dan ini yang mendatangkan sangsi kepada orang di sekeliling mereka,” katanya.

Tiga faktor utama yang menyebabkan tekanan ialah keturunan, faktor sekeliling seperti kerja dan jaringan sosial seperti keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.

Sekiranya terdapat keturunan yang mempunyai masalah jiwa, risiko untuk guru mendapat tekanan menjadi lebih tinggi.

Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.

“Tanda-tanda awal penyakit ini bermula dengan kemurungan. Guru akan mula hilang tumpuan mengajar, bosan, pendiam dan jika berlarutan mereka tidak mampu lagi untuk mengajar dan melakukan aktiviti harian.

“Sekiranya wujud keadaan-keadaan seperti ini, pihak pengurusan sekolah perlu memahami dan membantu guru berkenaan dengan mengurangkan waktu dan kelas mengajar serta memberi kelonggaran untuk menjalani terapi dan kaunseling,” jelas Nor Zuraida.

Hmm, ni nanti siapa nak faham masalah ni? Pak menteri?

Dalam tempoh 3 tahun ni saya telah bertugas di 3 buah sekolah yang sangat berbeza iklimnya. Bertugas di SMKA beban tugas terlalu banyak. Kami mesti bersedia untuk bertugas pada hari Sabtu, Ahad, cuti sekolah, atau waktu malam. Oleh sebab pelajar-pelajarnya terpilih, maka prestasi peperiksaan perlu dijaga, jatuh sedikit kecutlah perut jawabnya. Tensenlah setahun untuk pulihkan gred pencapaian, kalau gred dah naik sikit tahun depan barulah lega balik.. kerja-kerja lain iee..banyaklah kalau nak tulis kat sini. Kita bekerja memanglah cuba ikhlas dan ceria-ceriakan diri, tapi, kitakan ada komitmen lain, mereka pun nak kita bertungkus lumus jugak..habis tu camno pak menteri?

Bertugas di sekolah biasa masalahnya dah berbeza. Budak-budak pula lebih ramai yang tak berapa nak belajar. Tensen. Ada juga yang nasihat kat saya, buat apa susah-susahkan hati, mengajar je, mereka nak dengar atau tidak lantak la, janji hujung bulan dapat gaji. Ish masalahnya saya ni tak boleh buat begitu. Kepuasan saya ialah jika gred prestasi subjek yang diajar semakin meningkat. Tugas guru bukan saja nak jaga prestasi akademik. Kami nak juga kawal akhlak atau disiplin pelajar. Pelajar sekarang tak takut guru (bukan semua). Jadi kami tak tega biarkan, kami cuba kawal disiplin atau tingkah laku pelajar, tapi...(bukan semudah hasilkan produk di kilang; rancang, buat proto taip, keluar modal, berapa quantiti sehari? 10 000? bzzz siap! Hmm jadi bersedialah bermain ombak..

Tapi kan, kan, kan, Pak Menteri tak kesihan ke kat kami ni... kami mendidik anak bangsa, menggilap Modal Insan masa depan negara. Macam mana kalau ramai antara kami yang sakit jiwa, yang give up, buat prinsip "Lantak korangla nak jadi haper.." Berilah kemudahan sikit kat kami, keistimewaan sikitlah. Contoh pakej percutian percuma atau berdiskaun 50%, keahlian yang membantu kami ke, prasarana bilik guru seperti peti ais ke, tempat parking berteduh ke dsb. Kalau cikgu dah give up, apa nak jadi ya pada Malaysia nanti...

Selipar Ninakimi jadi kegilaan wanita

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@bharian.com.my


Rusyarina bersama selipar dan capal hasil rekaannya.

Rekaan mempunyai keistimewaan tersendiri dan pelanggan berpeluang memilih pelbagai corak disediakan selain menerima tempahan

SENI itu indah. Jika dirujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga, perkataan seni bermaksud karya yang dicipta dengan bakat (kebolehan) hasil daripada sesuatu ciptaan dan ia juga sama erti dengan kebolehan mencipta sesuatu yang indah.

Bertitik tolak daripada perkataan seni itulah seorang gadis manis berusia 25 tahun, Rusyarina Zulkafly mengembangkan ilmu diperturunkan bapanya bagi menghasilkan objek yang cantik dan berguna sesuai minat si empunya diri.


Rusyarina berkata, idea menghasilkan selipar kulit buatan tangan bermula selepas melihat bapanya membuat capal.

“Minat itu juga yang mendorong saya melanjutkan pengajian di dalam jurusan Seni Halus di sebuah institusi pengajian tinggi awam tapi disebabkan masalah peribadi, saya tidak sempat menamatkan pengajian.

“Tapi sehingga sekarang saya masih bercita-cita untuk mendalami ilmu pembuatan dan rekaan kasut kerana saya tahu industri itu punya potensi malah tidak ramai orang memiliki kemahiran menghasilkan kasut,” katanya.

Kini, Rusyarina atau mesra disapa sebagai Nina dipertanggungjawabkan bapa bagi meneruskan kesinambungan tradisi membuat capal melalui perniagaan milik keluarga, NinaKimi Handmade Leather Sandals (NinaKimi).

“Ayah memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan kilang di Ipoh dan saya sangat bersyukur kerana berkat tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan keluarga umpama doa untuk saya terus mengembangkan perniagaan,” katanya.

Bagaimanapun, lumrah anak seni yang dikurniakan bakat dan kreativiti membuatkan Nina tekad menghasilkan rekaan selipar kulit bertampal motif khusus untuk wanita. Apabila sambutan yang diterima menggalakkan, rekaan mula dikembangkan pula kepada gladiator kulit yang menjadi kegilaan wanita ketika ini.

“Buat capal memang seronok tapi ia memerlukan kudrat lelaki justeru dengan bantuan dua rakan kongsi, Muhd Rizan dan Muhd Faiz Che Ab Rahman, saya kembangkan lagi rekaan untuk kepuasan sendiri selain memenuhi kehendak pasaran,” katanya.

Tempahan mengikut kehendak pelanggan

Rekaan selipar kulit buatan tangan ditawarkan NinaKimi mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menurut Nina, selain berpeluang memilih pelbagai corak yang disediakan, dia juga menerima tempahan seperti diinginkan pelanggan.

“Bukan saja corak dan warna tapi kami juga bersedia memenuhi kehendak pelanggan yang mahukan lakaran (initial) pada selipar kulit seperti nama kekasih, hari lahir atau dijadikan ‘couple flip flops’ untuk pasangan bercinta.

“Ada juga pelanggan yang menjadikan selipar kulit NinaKimi sebagai hadiah kepada tetamu di majlis persandingan. Semuanya tidak mustahil kerana kami bersedia menerima pesanan mengikut kehendak pelanggan,” katanya.

Katanya, ada di kalangan pelanggan yang menempah capal atau selipar daripadanya kerana mengalami masalah kaki tidak normal seperti saiz kaki tidak sepadan atau kaki terlalu besar.

Setiap tempahan akan disiapkan di dalam tempoh dua minggu termasuk proses pemilihan rekaan, saiz dan penghantaran.

“Kilang NinaKimi di Ipoh, Perak mempunyai mesin ‘press’ dan mesin jahit untuk kulit. Jadi proses menyiapkan tidak mengambil masa lama. Biasanya dalam satu hari kami mampu menyiapkan sehingga 23 pasang selipar kulit.

“Selain itu, ia juga bergantung kepada bekalan kulit. Walaupun membeli bekalan kulit daripada pembekal tetap, kami tetap pergi juga ke negeri-negeri tertentu untuk melihat jikalau ada material seperti kulit atau tapak getah yang lebih berkualiti bagi menjamin kualiti produk,” katanya.

Nina berkata, dia menggunakan tiga jenis kulit iaitu kulit lembut, kambing dan biri-biri. Tekstur kulit lembu dan kambing kebiasaannya menjadi pilihan ramai pelanggan kerana ia lebih halus dan lembut.

Motif ditawarkan

Nina berkata, sehingga kini dia telah menghasilkan lebih daripada 50 motif untuk selipar kulit menggunakan tema tertentu seperti Animal Kingdom, Famous Characters, Starry Starry Night, Technicolor Rainbow dan banyak lagi.

“Ramai pelanggan suka melihat rekaan selipar dan gladiator NinaKimi yang berwarna-warni. Kebiasaannya mereka gemar memilih selipar dalam rona terang,” katanya.

Nina bagaimanapun mengakui rekaan motif yang dihasilkan selain datang daripada idea sendiri dan dua rakan kongsi, ia turut dikembangkan daripada buah fikiran pelanggan.

Gadis manis itu juga begitu optimis mengatur perjalanan NinaKimi. Selain mahu mempelbagaikan rekaan, dia juga bercadang untuk membeli mesin hot stamping bagi memudahkan proses melabel barangan kulit buatan NinaKimi.

Syukur dan bangganya saya membaca artikel ni. Harap lebih ramai Bumiputera yang menceburi bidang usahawan ini. Buatlah yang standard dengan jenama luar negeri, saya antara yang tak kisah tentang jenama (import). Saiz kaki saya yang special ni (4) sering susah nak dapat di pasaran sebab tak banyak..Tahniah

Friday, March 20, 2009

AS dilanda bandar khemah

Tidak pernah dibayangkan penduduk di negara yang paling berpengaruh di dunia, hidup melarat dan penuh kemiskinan. Penduduk Sacramento, California meluahkan kisah hidup mereka.




KEMELESETAN ekonomi kian menunjukkan taringnya di negara yang sebelum ini cukup terkenal sebagai kuasa ekonomi dunia. Signifikannya, ia boleh diterjemahkan berdasarkan kewujudan bandar khemah yang semakin membesar di Sacramento, California, Amerika Syarikat (AS).

Jika satu kurun dahulu, kawasan ini dipenuhi oleh khemah kumpulan yang mencari rezeki di tebing Sungai Amerika (American River). Hari ini, kawasan tersebut dipenuhi oleh penduduk yang sudah hilang harapan dan prospek.

Meliputi keluasan beberapa ekar, kemunculan bandar khemah adalah kesan nyata kemelesetan ekonomi AS dan krisis pasaran hartanahnya. Dianggarkan dalam seminggu, seramai 50 pendatang baru akan tiba dan berkhemah di situ.




Bandar khemah itu terletak di kawasan yang cantik iaitu di tepi sungai, langit terbuka dan bercuaca sederhana.

Angka rasmi menunjukkan golongan tidak berumah di Sacramento kini mencecah seramai 1,226 orang. Pada mulanya, sejumlah 300 penduduk berpindah ke bandar khemah selepas semua rumah perlindungan penuh.

Malah, sebuah rumah perlindungan memberitahu pihaknya terpaksa menolak permintaan 200 orang wanita dan kanak-kanak dalam sehari.

Di negeri yang dilimpahi dengan kekayaan dan glamor Hollywood, imej tersebut amat mengejutkan rakyat negara Uncle Sam itu. Kondisinya juga cukup primitif, tiada sebarang bekalan air dan sistem sanitasi yang sewajarnya.

Penduduknya juga perlu berjalan sejauh 4.8 kilometer untuk membeli air botol dari stesen minyak atau kedai serbaguna berhampiran. Jika bernasib baik, pekerja-pekerja kebajikan akan datang menghulurkan makanan percuma dan barangan keperluan lain.

Pengarah Perundangan Loaves & Fishes, badan bukan kerajaan yang membantu meringankan beban golongan malang, Joan Burke memberitahu, situasi itu membuka mata banyak pihak.

"Kita tidak hanya boleh terkejut. Tindakan mesti diambil untuk mengubahnya kerana keadaan ini tidak boleh diterima. Kita sudah kembali ke zaman Great Depression," katanya.


SEORANG lelaki berdiri di tepi unggun api di depan khemahnya untuk memanaskan badan dalam cuaca yang sederhana sejuk di bandar khemah Sacramento.



CASEY RILEY memanaskan air di luar khemahnya.


Pihak berkuasa Sacramento yang menempatkan pejabat Gabenor Arnold Schwarzenegger mengakui pemandangan itu tidak menyenangkan.

Namun, berdepan dengan krisis dan defisit bajet berbilion dolar, mereka tidak ada banyak pilihan, selain menimbang untuk menjadikan bandar khemah itu sebagai satu struktur tetap.

Lebih penting lagi, kawasan itu nanti bakal dilengkapi dengan perkhidmatan kebersihan dan peraturan seperti pengharaman dadah serta minuman keras.

Ironinya, terdapat banyak rumah kosong di bandar Sacramento, sekali gus membuatkan ramai tertanya-tanya kenapa ia tidak digunakan oleh golongan yang tidak berumah itu.

Penulis akhbar The Times, Vikas Bajaj memberitahu, sebanyak 10.4 peratus unit rumah di Sacramento adalah kosong. Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding lokasi-lokasi lain di AS.

Namun begitu, untuk mendiami rumah-rumah kosong itu, penduduk mungkin perlu membayar sedikit wang termasuk jika mahu ditempatkan di perumahan mampu milik.


SEORANG petugas persatuan iCare-America memberikan pelbagai barangan keperluan harian secara percuma.


Apabila persoalan ini dilontarkan kepada Datuk Bandar Kevin Johnson, jurucakapnya, Steve Maviglio menyatakan bahawa pihaknya ada memikirkan tentangnya, tetapi tidak mempunyai upaya untuk melaksanakannya memandangkan ia merupakan hartanah individu.

"Kami ada meninjau rumah yang dimiliki oleh Agensi Perumahan dan Pembangunan Semula Sacramento. Masalahnya, rumah kos rendah sudah habis," katanya sambil berjanji pihaknya cuba meneroka segala idea sama ada bersifat sementara atau jangka panjang.

Menyifatkan peningkatan jumlah golongan tidak berumah sebagai masalah serantau, Johnson mengakui akses sebanyak AS$2.3juta (RM8.5 juta) yang terkandung dalam pakej rangsangan bakal membantu Sacramento menyelesaikan masalah tersebut. Tidak terhad di Sacramento, fenomena sama turut berlaku di seluruh AS.

Selaku salah sebuah negeri paling kaya, California memiliki keluaran domestik kasar yang hampir sama dengan sebuah negara Sepanyol dan Itali. Lantas ia menjadi salah sebuah negeri yang menerima kesan kemelesetan ekonomi dan krisis hartanah paling teruk.

Buktinya, kadar penyitaan hartanah melonjak sehingga 327 peratus dan 500 orang kehilangan rumah masing-masing pada setiap hari. Diburukkan lagi dengan pemberhentian kerja secara besar-besaran, ramai golongan kelas pertengahan kini menjadi papa kedana.


SEORANG penghuni bandar khemah, Gennadiy Tomashov menggulung rokok di dalam khemahnya yang tidak terurus.


Penghuni terkini bandar khemah ialah pasangan jurujual kereta, Corvin dan Tina Garland. Hilang kerja pada masa yang sama dan pusat perlindungan sudah penuh, pasangan berusia 50-an itu membeli khemah dengan menggunakan wang simpanan yang ada.

"Tiada siapa terfikir dalam usia sebegini, kami akan kehilangan tempat tinggal. Saya hanya mahu menikmati usia emas bersama suami dan impian itu sudah semakin samar," kata Tina.

Memang ada sebilangan penghuni yang menjaga kebersihan, kemas dan membina tandas. Malangnya, ramai juga yang berpenyakit mental, kaki botol dan tidak menggunakan tandas, sekali gus mencipta keadaan tidak ubah seperti negara dunia ketiga.

Salah seorang pegawai perbandaran Sacramento, Fong memberitahu, pihak berkuasa kini sedang merancang mengubahsuai kandang kuda yang sudah lama kosong untuk dijadikan rumah sementara.

Fong juga menggalakkan projek-projek keluarga angkat yang melibatkan pihak gereja, masjid dan rumah-rumah ibadat lain. Langkah itu boleh menambah ruang pusat perlindungan sedia ada.

Kawasan itu juga pernah dirakam oleh lensa rancangan Oprah Winfrey dan ditonton oleh 40 juta penonton di seluruh dunia. Kebanyakan penghuni di bandar khemah itu terdiri daripada pekerja pembinaan, ladang, kedai-kedai dan restoran.

Dengan ketiadaan rumah yang hendak dibina dan kira-kira 80,000 orang kehilangan kerja, peluang untuk diambil bekerja semula amatlah nipis. Justeru, mereka semua meletakkan harapan kepada pakej rangsangan berjumlah AS$787 bilion (RM2,909 bilion) yang diumumkan oleh Obama.

Presiden itu turut mengumumkan pelan untuk menyelamatkan rumah sembilan juta penduduk daripada disita dengan cara menstruktur semula hutang gadai janji mereka.

"Kemelesetan membuatkan bilangan yang memerlukan bantuan meningkat dengan dramatik. Dalam tempoh setahun, golongan ini mencecah 26 peratus.

"Kita dapat lihat ramai yang tinggal di dalam kereta atau membeli kotak dan tidur di dalamnya. Mereka melakukan apa jua untuk berteduh," tambah Burke.


BILANGAN khemah di kawasan ini bertambah setiap hari berikutan iklim ekonomi Amerika yang tidak menunjukkan perkembangan positif.

Tu la pasal, dok jaga tepi kain orang sangat, kain sendiri dah koyak tak tersedar. Kesihan jugak la dekat golongan ni. Kira dah boleh masuk rancangan' bersamamu' ni..
Tak payahlah nak nasihat kat mereka yang bagaimana nak tangani krisis ni, Oprah ada, Superman ada (semua super duper ada). Satu je nak pesan, JANGAN TINDAS ORANG ISLAM!


Wednesday, March 18, 2009

Seni buku Jeffers

Siapa kata menulis buku kanak-kanak sangat mudah. Penulis dan ilustrator Oliver Jeffers berkongsi rahsia bagaimana dia menambat hati kanak-kanak seluruh dunia dengan karyanya.




KISAH seorang kanak-kanak yang amat menggemari bintang sehingga mencari pelbagai cara untuk 'menangkapnya', kisah seorang kanak-kanak yang sanggup mengayuh bot ke kutub bagi membantu seekor penguin yang kesedihan, kisah seorang kanak-kanak membantu makhluk asing yang terkandas di bulan pulang ke tempat asalnya, kisah seorang kanak-kanak lelaki yang gemar memakan buku dan misteri kehilangan pokok di hutan yang disiasat oleh sekumpulan haiwan, kesemua kisah itu kelihatan amat menarik bukan?

Itulah antara karya-karya penulis dan ilustrator terkenal, Oliver Jeffers.


SEORANG peminat cilik duduk di atas meja sambil memegang buku Lost and Found di Kuala Lumpur.


"Saya begitu berminat dalam bidang seni dan ingin menghasilkan seni yang menarik. Bagi saya, seni mempunyai cabaran tersendiri. Lagipun, saya percaya kemahiran bercerita ada di dalam diri saya memandangkan saya berasal dari Ireland Utara yang kaya dengan kemahiran tersebut.

"Minat dalam bidang seni dan buku bergambar kanak-kanak bermula beberapa tahun lalu semasa saya bercuti sementara dari universiti dan menetap di Australia. Semasa duduk di tepi jeti pasar ikan Sydney, saya ternampak bayang-bayang haiwan Tapak Kaki Sulaiman di dalam air sekali gus mengingatkan saya tentang buku-buku yang pernah saya baca ketika kecil. Penulis buku yang dibaca itu berjaya mencetuskan minat saya terhadap kepelbagaian ilustrasi dan warna," kata Jeffers yang ditemui di ibu kota baru-baru ini.

Jeffers berada di Kuala Lumpur bagi menyokong seminar bertajuk Words and Beyond. Seminar ketiga anjuran British Council di bawah projek Kesusasteraan Animasi itu menghimpunkan profesional pendidikan sastera dan bahasa Inggeris dari seluruh benua Asia Timur.

Fokus seminar itu adalah potensi kesusasteraan buku ilustrasi kanak-kanak dalam membentuk pemahaman antara budaya, meningkatkan pembelajaran bahasa dan membentuk kemahiran komunikasi.


ANTARA buku-buku karya Oliver Jeffers yang dipamerkan di Kuala Lumpur.


Dilahirkan di Australia Barat pada tahun 1977 dan dibesarkan di Belfast, lelaki Irish ini merupakan seorang artis yang memulakan karyanya di beberapa pameran kecil di Belfast pada tahun 1998 sebelum mula melukis untuk buku bagi syarikat-syarikat penerbitan tempatan.

Kemudian, kakinya melangkah ke menara gading dan berjaya bergelar graduan sijil pengajian asasi dalam bidang seni reka. Dia juga merupakan seorang pemegang ijazah kelas pertama dalam pengajian komunikasi visual di Universiti Ulster pada tahun 2001.

Pada tahun 1999, Jeffers mengembara ke Australia dan Amerika Syarikat sebelum menetap di Sydney dan menjadi pelukis serta ilustrator bebas di pelbagai majalah. Dia juga melukis untuk Lavazza Coffee Company.

Dari tahun 2003 sehingga 2005, Jeffers menimba pengalaman sebagai pensyarah separuh masa dalam bidang seni reka di Pusat Pengajian Seni dan Rekaan Universiti Ulster.

Setakat ini, Jeffers telah menulis dan melukis lima buku bergambar kanak-kanak yang sangat berjaya dalam tempoh lima tahun iaitu How to Catch a Star, Lost and Found, The Way Back Home, The Incredible Book Eating Boy dan terbaru, The Great Paper Caper.

Buku bergambar pertama yang ditulis dan dilukisnya bertajuk How to Catch a Star terbitan tahun 2004 tersenarai dalam kategori Ilustrator Baru Terbaik pada majlis Anugerah Booktrust Early Years 2004.

Sementara itu, Lost and Found memenangi Pingat Emas Hadiah Buku Kanak-kanak Nestle pada tahun 2005 dan Anugerah Buku Terbaik Blue Peter 2006 serta turut disenarai pendek bagi Pingat Kate Greenaway.

Selain itu, buku terbitan 2006, The Incredible Book Eating Boy telah disenarai pendek untuk Buku Kanak-kanak Terbaik Anugerah Buku British 2007.


PARA peminat karya Oliver Jeffers berbaris menunggu giliran untuk mendapatkan tandatangannya di Kuala Lumpur.


"Buku Lost and Found yang diperkembangkan ke dalam dunia animasi pendek telah ditayangkan di United Kingdom pada Krismas lalu manakala DVD animasi buku itu akan dijual tidak lama lagi," kata Jeffers yang berbangga atas kejayaan buku itu kerana menyentuh perasaan ramai pembaca.

Menggunakan pelbagai medium bagi menghasilkan setiap karyanya, Jeffers berpendirian bahawa seseorang ilustrator itu tidak semestinya menggunakan satu stail atau teknik sahaja.

"Saya suka bereksperimen dengan pelbagai bentuk seni untuk menghasilkan buku-buku saya. Ada yang menggunakan warna air, kolaj dan perisian komputer Photoshop. Untuk buku The Incredible Book Eating Boy pula, saya mengguna semula buku-buku lama sebagai latar lukisan," katanya tersenyum.

Tambahnya, teknik-teknik seni seumpama itu masih digunakan sehingga sekarang, tetapi pada masa yang sama dia sering mencuba teknik baru.

Jeffers menjelaskan, buku kanak-kanak yang biasanya mempunyai 32 muka surat tidak seharusnya bosan dan sebagai penulis dan ilustrator, penyelesaian kreatif perlu diambil agar tenaga dan momentum cerita dapat menarik perhatian pembaca.

"Buku bergambar kanak-kanak sememangnya ringkas kerana kita ingin menarik perhatian pembaca muda. Namun, ia tidak bermaksud sesuatu yang ringkas tidak boleh kaya dengan keperincian, emosi dan warna," ungkapnya.


LAKARAN ilustrasi Jeffers.


Namun demikian, keupayaan Jeffers tidak hanya terhenti dalam penghasilan buku kanak-kanak. Daripada lukisan figura dan seni pemasangan sehinggalah ilustrasi, hasil karyanya sama ada secara solo atau kolektif telah dipamerkan di merata tempat termasuk di Washington, New York, London, Belfast dan Sydney.

Jeffers juga merupakan pengasas bersama koleksi seni OAR yang telah mempamerkan karya itu dalam pemeran 9 days in Belfast, Book yang telah meraih anugerah khas.

"Book adalah satu projek yang unik. Selama 36 minggu, sebuah buku lakaran telah dihantar secara rawak kepada antara empat artis iaitu dua di Brooklyn, Amerika Syarikat dan dua lagi di Belfast.

"Setiap hari Rabu, seorang pelukis akan menerima buku berkenaan dan pada hari Isnin berikutnya, buku itu akan dihantar kepada pelukis lain. Ini bermakna setiap pelukis diberi masa lima hari untuk melengkapkan lukisan yang memberi maklum balas kepada lukisan sebelumnya," jelas Jeffers yang turut memaklumkan bahawa tiada sebarang komunikasi berlaku sepanjang penghasilan buku tersebut.

Book telah memulakan pengembaraan dari tangan ke tangan artis di antara dua benua itu pada 2 Jun 2003 dan terakhir pada 2 Februari 2004.

"Apabila lengkap, buku itu tidak kelihatan seperti buku baru dengan ketebalan yang bertambah dan ditampal di sana dan di sini," selorohnya.

Jeffers turut memaklumkan bahawa dia telah terlibat dalam lebih daripada 25 projek kebajikan seperti WARchild dan World Book Day termasuk di syarikat-syarikat multinasional seperti Orange UK, Lavazza, Sony PSP, Ernst & Young, Harper Collins, RCA Records dan Starbucks.


OLIVER JEFFERS


"Sebagai ilustrator, saya turut terlibat dalam pelbagai kempen pengiklanan dan sungguhpun saya suka berkarya, keseronokannya tidak sama seperti saya menghasilkan buku kanak-kanak. Ini kerana syarikat-syarikat itu telah menentukan agenda yang perlu dan mempunyai tarikh akhir penghantaran. Saya merasakan ia membatas kebebasan artistik yang sedia ada.

"Tetapi sekiranya saya menghasilkan buku bergambar kanak-kanak, saya bebas menghasilkan ilustrasi dan momentum cerita yang sesuai dengan imaginasi dan mesej yang ingin saya sampaikan," ujarnya.

Ketika ditanya apakah inspirasinya, Jeffers berkata: "Segalanya. Apa yang berlaku di sekeliling saya menjadi inspirasi. Ia boleh diperoleh daripada buku lain ataupun daripada perbualan yang terdengar pada satu hari.

"Kerana itulah, teman saya sepanjang masa adalah sebuah buku nota."

Tidak menghairankan apabila Jeffers memberitahu bahawa dia pernah membawa pulang karya-karya pelukis Malaysia untuk dipelajari dan diteliti seperti karya kartunis tersohor negara, Datuk Mohamad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat.

Seringkali digelar penulis yang memenangi anugerah oleh pihak media, dengan rasa merendah diri, lelaki yang karyanya telah diterjemah ke dalam 16 bahasa dan dijual di serata dunia ini tidak mahu kejayaan itu menguasai dirinya.

Sunday, March 15, 2009

Kenangan Danial

CTscan. Saya pun sudah tidak terkira berapa kali Danial sudah diCT scan sama ada di Hosp Temerloh, Hosp Tuanku Jaafar atau HKL

Nampak kan tiub di belakang kepala Danial. Itulah sambungan tiub yang dipasang untuk membuang saki baki 'subdural emphyma' selepas pembedahan. Untuk rekod, sepanjang Danial sakit, dia sudah dibedah 3 kali dan kalilah tiub itu dipasang di kepalanya.

Beberapa jam selepas dibedah, muka Danial membengkak. Darah turun ke muka. Kejadian ini mengambil masa 2-3 hari.
Selepas pembedahan kali ketiga, sebaik dia sedar dari dibius. Kelihatan di kulit kepalanya seperti bergelung. Itu merupakan tiub yang dipasang untuk mengalirkan lebihan 'subdural emphyma' yang dideritainya.

Ini ialah sebahagian kisah tentang Danial. Gambar-gambar yang terakam di dalam telefon bimbit saya baru dapat disedutkan ke dalam laptop saya. Masalah bluetooth.

Seputar SPM 2009 - Nik Nur Madihah peroleh 20 A

(Sorry, berita tidak terkini...)

KOTA BHARU 12 Mac - Anak seorang nelayan, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah di negeri ini apabila memperoleh 20 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara yang paling cemerlang di seluruh negara dengan mendapat 19 1A dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.

Nik Nur Madihah juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk dia mencapai kecemerlangan walaupun mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.

Anak sulung daripada empat beradik yang berasal dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa dekat sini itu bercita-cita menjadi ahli fizik dan kejayaan tersebut adalah hadiah istimewa untuk ibu bapanya di samping guru-guru sekolahnya.

Ayahnya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM700 sebulan dan bagi meringankan bebanan keluarga, ibunya, Mariani Omar, 42, pula bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

''Saya tidak ikut kelas tambahan di luar sekolah, hanya tumpukan perhatian pada apa yang boleh ditimba di sekolah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, dia menjadikan kejayaan pelajar cemerlang negara, Azali Azlan yang memperoleh 21 A dalam keputusan SPM tahun 2007 sebagai pembakar semangat.

Nur Madihah memperoleh 1A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Sains, Kesusasteraan Melayu dan Geografi.

Dia turut mendapat A1 dalam Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Fizik, Kimia, Tasawwur Islam, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, English for Science and Technology (EST) dan mendapat satu 2A dalam Biologi.

Nur Madihah cuma menyasarkan A bagi 18 mata pelajaran dan bersyukur kerana dia mampu melakukan sesuatu yang lebih baik walaupun tidak dapat memecah rekod Azali Azlan, bekas pelajar SMK Agama Yan, Kedah yang memperoleh 20 1A dan satu 2A.

Keputusan SPM Nik Nur Madihah bagaimanapun telah mengatasi rekod yang dipegang oleh dua pelajar cemerlang SPM 2006 di peringkat negara iaitu Nadiah Amirah Jamil dan Siti Fatimah Mukhtar.

Siti Fatimah yang belajar di sekolah yang sama dengan Nur Madihah, memperoleh keputusan 18 A dengan 17 1A dan 1 2A pada 2006 sekali gus mencatat sejarah pencapaian tertinggi di Kelantan pada tahun itu.

Ditanya tentang pencapaiannya itu, Nur Madihah memberitahu, dia tidak mempunyai jadual waktu yang tetap.

''Saya belajar setiap masa yang terluang dan belajar apabila terasa mahu belajar tanpa terpaksa atau dipaksa," ujarnya yang memperoleh 9 A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dua tahun lalu.

Dia yang bercadang melanjutkan pengajian di Asia Barat memilih jurusan fizik kerana mendapati kurang orang Melayu menerokai bidang tersebut.

Sekolah saya, SMK Undang Rembau juga mencatatkan peningkatan pada GPMPnya. Seorang pelajar telah mendapat 10A. Bagi subjek saya iaitu ekonomi asas juga telah menunjukkan peningkatan. Syukur. Tahun lepas merupakan tahun penuh dugaan kepada saya dan keluarga. Semasa mereka berada di penghujung tingkatan 4, saya bercuti awal kerana bersalin. Setelah sekolah dibuka, saya masih bercuti. Datang ke sekolah 2 minggu dah cuti lagi, disebabkan anak saya sakit dan dirawat di HKL. Dalam tempoh 2 tahun, 3 orang cikgu yang mengajar mereka termasuklah tiada guru langsung (gara2 sayalah tu). Memanglah saya bimbang jika keputusan akan merosot, tapi syukur kebimbangan saya itu tidak berlaku.

Wednesday, March 11, 2009

Suntikan tambahan RM60 bilion

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan suntikan tambahan RM60 bilion menerusi satu lagi pakej untuk merangsang sektor penting dalam ekonomi negara bagi memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Peruntukan itu dijangka dapat membantu negara menghadapi kesuraman ekonomi ekoran kegawatan global.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu di Dewan Rakyat semalam, iaitu yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras.

Pertama, mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan; kedua, meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas; ketiga, membantu sektor swasta menghadapi krisis; dan keempat, membina keupayaan masa depan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan terutama kepada mereka yang mudah terjejas.

"Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing, maka pakej rangsangan kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran. Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur,'' katanya.




Najib mengumumkan pakej itu, yang dianggap sebagai bajet mini, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Pada 4 November lalu, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan pertama bernilai RM7 bilion, yang menurut Najib, sejumlah RM6.5 bilion daripadanya telah diagihkan untuk pelaksanaan projek-projek.

Najib seterusnya mengakui Malaysia berhadapan dengan situasi ekonomi yang amat mencabar dalam senario ekonomi global yang begitu meruncing hingga mengakibatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berada dalam lingkungan negatif satu peratus hingga positif satu peratus bagi 2009.

Bagi menangani pengangguran, peruntukan pakej itu akan disalurkan ke arah menyediakan 163,000 peluang latihan dan pekerjaan, membiayai kos pengajian bagi program peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah serta memberi insentif potongan cukai kepada majikan yang menggaji pekerja yang diberhentikan.

Menurut Najib, kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan, termasuk 13,000 jawatan pegawai kontrak.

Peluang pekerjaan lain ialah 4,000 tenaga kerja untuk skim perkhidmatan singkat, 1,000 siswazah sebagai guru kontrak, 800 pekerja kontrak bagi Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, 1,000 pembantu kesihatan kontrak, 4,500 pegawai banci kontrak, serta 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital.

Tenaga kerja skim perkhidmatan singkat dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima gaji RM1,200 sebulan manakala guru kontrak siswazah dibayar gaji RM2,000 sebulan. - Bernama


Suntikan diberi memang bagus...Harap suntikan tak menitis kat mana-mana yang tak sepatutnyalah...yer...janganlah ada kes golongan daif yang bergelap rumah, yang tak ada benda nak di makan dibiarkan, budak-budak sekolah tercicir...

Monday, March 09, 2009

Mac - apa ada pada Mac

Mac... apa ada pada Mac

1. Mac 2008
Pilihan raya umum ke12. Menyaksikan satu 'ibu' tsunami. Rentetan kejadian politik berlaku di sana sini. Macam bumi jugak yang sudah semakin tua. Apa nak komen. Sebagai pegawai kerajaan tak banyak yang dapat diulas, cuma, bagilah peluang mereka memerintah sebab
mereka sudah diberi mandat oleh rakyat umum. Masih terlalu awal untuk menghukum dan mengadili mereka. Kalau kita yang bekerja di pejabat pun tempoh 1 tahun tak banyak yang boleh kita ubah...
Imbas kembali detik ni tahun lepas. Rasa terkilan jugaklah sebab saya masa tu sedang menjaga bayi saya yang menjalani major operation akibat subdural emphyma di HKL. (Gejala ini kami rumuskan terbentuk akibat kemalangan yang berlaku pada akhir 2007 dan Danial baru berumur 36 hari).

Pembedahan dibuat kerana anak saya mengalami demam panas luar biasa. (Saya ingat itu demam biasa, langsung tidak dapat mengaitkan dengan kemalangan, sebab, selepas kemalangan, Danial diperiksa dengan agak teliti oleh doktor pakar di Hos Temerloh dan doktor mengatakan pendarahan beku itu tidak berbahaya dan boleh hilang sendiri nanti. Jadi, saya tidaklah merasa tidak senang hati lagupun sekembalinya dar hospital selepas kemalangan Danial tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia sakit). Doktor ingin mengambil air tulang belakang, tapi saya tidak mengizinkan kerana stigma negatif tentang situasi itu. Jadi keputusan untuk pembedahan agak lambat (sedikit;p) dibuat. Danial terpaksa menjalani 2 pembedahan kecil dan satu pembedahan besar melintang di kepala (macam budak perempuan memakai cekak). Kalau saya ingatkan balik bagaimana Danial merintih kesakitan, bila-bilapun air mata saya boleh menitis. Saya pun masa itu belum sihat betul lagi. 7 minggu bukan sebentar. Ada kala baju sayapun berlumuran darah. Nak menukarnya bukanlah mudah. Anak menangis dan merintih hingga saya rasa dia bukan seperti anak saya yang biasa.

Syukur saya ada kakak dan ahli keluarga lain yang selalu datang menziarah. Bajupun terpaksa meminjam daripada anak saudara di Ceras (tak cukup dan tak sempat dicuci). Terima kasih kepada semua terutama sesiapa yang pernah menderma darah jenis O. Semoga Allah gantikan darah kalian dengan lebih sihat dan lebih banyak. Begitu juga dengan semua yang telah menolong kami anak-beranak. Terutama kakak saya Hjh Wan Kelthom. Bukan mudah untuk datang ke sini, dengan masanya, dengan jerihnya mencari parking...

2. Oh itu cuma segelintir detik yang terjadi saat itu. Berbalik pada isu pilihan raya, saya rasa ralat sebab saya tidak dapat mengundi. Pada tahun 1999 dahulu, masa itu saya baru balik dari hospital sebab melahirkan Syamil di Hospital KB, baru sehari umur Syamil saya telah keluar mengundi! Masa di HKL, tv sudahlah satu saja, warnapun dah 'kopam', saya nak tengok kehebohan semangat mengundi tetapi penjaga yang lain nak tengok cerita Hindi. Saya pulak malas nak bertekak. Ada yang siap bersungut 'asyik asyik mengundi' kalau buka tv ditunjukkan kehangatan pilihan raya. Malam keputusan pilihan raya diumumkan, sayapun sibuk bersms dengan kakak saya.

3. Mac 2009
Alhamdulillah anak saya setakat ini sihat. Bekas torehan masih kelihatan kalau diselak rambutnya. Kami banyak membantunya dari segi keagamaan seperti solat hajat, doa, memberi minum air zam zam, air musoffa. Mungkin saya tidak adil membandingkan perkembangannya dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Biarlah dia membesar dengan cara dia. Satu saja perkataan yang boleh dia sebut, iaitu 'mama', itupun jika dia membebel-bebel rindukan saya.

Berbalik kepada isu pilihan raya..hrmmmm..panjang m nya. Apa nak jadi ya? Pening fikir hal politik ni, ekonomi merudum, politik kacau bilau, sosial?..hancusss!

MAC 2009
Marilah kita berselawat ke atas Nabi s.a.w junjungan kita sempena ulang tahun kelahiran baginda. Betapa kasihnya baginda kepada kita semua, umat kita tak lekang daripada ingatan dan bibir baginda...hingga ke akhir hayat baginda..

Baginda juga rindu akan satu umat yang tidak pernah melihat baginda tetapi beramal dengan ajaran-ajaran baginda..kitakah itu? Ya! Kamilah umatmu ya Muhammad! Kami umatmu dan bersyukur amat-amat dilahirkan dalam umatmu!

Sesiapa yang pernah menziarah makam baginda, pasti akan mendapat satu kenangan yang sangat syahdu. Pada ziarah terakhir, subuh yang hening, sebaik saja menjejak kaki ke perkarangan masjid nabi, saya sudah rasa satu kelainan. Apabila berdepan dengan makam baginda, saya dapat merasakan baginda melihat saya dengan pandangan yang sayu... subhanallah! Ingin saya kunjungi lagi makam baginda selalu selalu seperti dalam doa-doaku!

Berselawatlah ke atas Nabi, semoga kita akan berjiran dengan baginda di syurga kelak!

Saturday, March 07, 2009

Seorang lelaki 'tertib' bernama Zubir Ali




SEWAKTU kecil, saya tidak pernah tahu apakah makna di sebalik perkataan 'kemanusiaan'. Ya, apalah maknanya kemanusiaan kepada seorang anak kecil. Dalam darjah tiga yang baru pandai mengeja dan menulis lewat zaman sekolah di sebuah perkampungan agak pedalaman, kemanusiaan bukanlah satu perkataan yang mampu difahami maksud dan firasatnya.

Bagaimanapun, saya mula belajar menggali dan mencari apa yang dinamakan kemanusiaan setelah diberitahu oleh seorang guru, lewat sebuah lagu.

Saya tidak tahu apa judulnya, tetapi yang saya tahu lagu itu bercerita tentang seorang kanak-kanak bernama Munir.

Munir kehilangan ayah bonda dan saudara ekoran perang dan keganasan. Bertahun dicengkam derita di khemah pelarian, Munir adalah mangsa peperangan yang berlaku di Shatila.

Di mana Shatila? Saya pun tidak tahu kerana ketika lagu itu tercipta dan menjadi popular, saya baru darjah tiga!

Tetapi populariti di sebalik suara syahdu dan lirik yang cukup menyentuh perasaan itu menjadikan saya menghafal lagu berkenaan dengan baik sekali apatah lagi ia sebuah lagu yang cukup popular pada tahun 1983.

Kemudian melalui lagu itulah saya belajar mencari makna 'kemanusiaan' yang lebih mendalam, seperti mana diberitahu oleh guru berkenaan.

Dan lelaki yang bertanggungjawab memperkenalkan erti kemanusiaan itu kepada saya ialah Zubir Ali bersama anggota kumpulan Harmoni, lewat lagu yang akhirnya saya tahu judulnya - Balada Seorang Gadis Kecil.

Bermula dari situ, saya menjadi antara jutaan peminat Zubir dan kemudian apabila usia semakin remaja, saya semakin 'jatuh cinta' dengan idealisme yang beliau curahkan dalam lagu-lagunya.


JENAZAH Zubir dibawa ke tanah perkuburan dengan iringan kesyahduan anak-anak dan isteri.



ALLAHYARHAM ZUBIR ALI


Bahawa lagu puisi yang menjadi tonggak perjuangan beliau untuk memaknakan rasa kemanusiaan dan kasih sayang, menjadikan Zubir satu dalam sejuta.

Sezaman dengan Kembara dan M. Nasir, Zubir Ali ialah pelopor lagu-lagu puisi yang cukup aktif. Toleransinya kepada dunia puisi sangat tinggi dan beliau merupakan antara pejuang terawal lagu puisi.

Malah lagu ciptaannya berjudul Penantian yang dicipta pada tahun 1980 dianggap sebagai lagu puisi pertama yang diluncurkan secara komersial di Malaysia.

Dilihat secara lapisan atas, Penantian seolah bercerita tentang alam percintaan antara dua jiwa, lelaki dan perempuan. Bagaimanapun, Penantian dalam lapisan makna penciptanya ialah sebuah lagu yang berkisah tentang ketuhanan, sementelah Zubir sendiri di kalangan rakan-rakan dikenali sebagai karyawan seni yang cukup warak dan alim orangnya.

Jika Indonesia berbangga dengan pejuang lagu puisi seperti Sam Bimbo, Iwan Fals, Ebiet G. Ade, Zubir menyahut cabaran industri seni tempatan dengan menjadikan puisi sebagai cabang perjuangan.

Meskipun tahu beliau tidak mungkin akan menjadi 'kaya-raya' dengan genre berkenaan, bermain dengan tema puisi sudah cukup menjadikan seorang Zubir sebagai jutawan seni.


ISTERI dan anak-anak reda dengan pemergian Zubir ke rahmatullah dan berharap agar Allahyarham bertemu damai di loh mahfuz.





Mindanya bercabang, kreativitinya bersilang dan hanya kepada dunia lagu-lagu puisi dia berdagang. Album pertama Harmoni terjual melebihi angka 50,000 unit dan ini diikuti dengan album kedua mereka.

Selain Penantian, Balada Gadis Kecil dan Doa, lagu-lagu lain yang pernah dirakamkan oleh Harmoni ialah Nyanyian Ombak, Harga Diri, Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang dan Erti Pengorbanan.

Bagaimanapun sukses Harmoni dan lagu-lagu puisinya tidak panjang apabila ia berpisah pada tahun 1985. Dua anggotanya, Joei dan Ogy memilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Azie juga selesa bergerak sendirian, tinggal Zubir keseorangan meneruskan perjuangan. Harmoni tidak pernah berkubur dek kerana iktikad Zubir untuk mempertahankannya meskipun dia sendirian.

Kesuraman minat masyarakat terhadap lagu puisi bermula pertengahan tahun 1980-an ekoran populariti lagu-lagu rock dan balada juga tidak pernah menokhtahkan perjuangan Zubir. Lagu-lagu puisi kekal menjadi landasan perjuangannya sehingga ke hari ini.

Justeru apabila diberi tanggungjawab melaksanakan penganjuran Malam Puisi Utusan Demimu Palestin di Istana Budaya pada 23 Januari lalu, nama Zubir Ali adalah individu pertama yang muncul di benak fikir saya.

Secara tiba-tiba juga lagu Balada Seorang Gadis Kecil kembali menjengah ke minda dan saya kembali terkenang seorang Munir yang tidak berdosa yang pernah mewarnai zaman kecil bersama rakan-rakan lain.

Melaksanakan misi Kumpulan Utusan, Zubir bersama Trio Harmoni diberi penghormatan untuk tampil sebagai pembuka acara. Saya tahu, ketika itu kesihatan Zubir sudah terjejas dan dia tidak mampu lagi menyanyi sebaik ketika di zaman Penantian, 30 tahun lalu.

"Kalau suara saya tak macam dulu, jangan marah, saya cuba. Acara ini bukan soal agama dan bangsa semata-mata, kita kena sokong acara macam Utusan anjurkan ini," katanya kepada saya di lokasi acara.

Bagi Zubir, agama apapun, dalam dunia ini menentang keganasan sesama manusia dan apa yang dilakukan oleh rejim Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah sesuatu yang sangat kejam.

"Dan saya sendiri memang sudah lama mengecam tindakan yang tiada perikemanusiaan ini dengan mencipta lagu yang berkaitan dengan rakyat Palestin," kata beliau lagi, cukup bersemangat memperkatakan tentang acara mulia itu.

Semangat juangnya yang kental membuatkan dia mampu menyampaikan dua lagu dengan cukup baik bersama Trio Harmoni yang baru dibentuk pada tahun 2007, Shafa' dan Joei.

Ini juga adalah antara persembahan besar Joei bersama Zubir setelah mereka kembali bergabung atas nama baru, Trio Harmoni.

Selain Balada Seorang Gadis Kecil, malam itu Zubir bersama Trio Harmoni menyampaikan lagu berjudul Tuan Presiden, sebuah lagu sindiran cukup 'pedas' terhadap presiden Amerika Syarikat yang seolah menjadikan isu perang dan keganasan sebagai satu perkara yang tidak perlu diberi perhatian.

Rupa-rupanya, Malam Puisi Demimu Palestin menjadi acara seni terakhir Zubir Ali. Kira-kira 43 hari selepas acara itu berlangsung, Zubir dipanggil pulang oleh penciptanya pada usia 59 tahun.

Lelaki sedikit gempal, berkaca mata dan bertahi lalat di pipi sebelah kiri itu meninggalkan alam pinjam-pinjaman ini sekitar pukul 10 pagi semalam.

Allahyarham meninggal dunia setelah genap seminggu menjalani pembedahan pintasan jantung buat kali kedua di Hospital Pakar Damansara.

Dua hari sebelum menjalani pembedahan, Allahyarham ada menghantar SMS kepada saya. "Salam, Along. Abang Zubir akan buat pembedahan jantung Jumaat ini. Doakan semuanya selamat."

SMS itu saya balas dengan ungkapan semangat: "Insya-Allah, semua kawan-kawan di Utusan mendoakan abang Zubir selamat dan akan kembali kuat."

Dua hari selepas pembedahan, saya cuba menghantar mesej untuk bertanyakan keadaan kesihatan beliau, bagaimanapun bukan Zubir yang membalasnya.

Kata-kata "Zubir Ali masih di ICU" ditaip oleh ahli keluarganya sebagai membalas mesej saya.

Ini menjadikan hasrat saya dan teman-teman untuk menziarah tidak kesampaian kerana beliau masih ditempatkan di unit rawatan kecemasan ketika itu.

Sehinggalah pagi semalam, saya mendapat SMS lagi dari alamat telefon genggam milik Zubir Ali. Sangka saya, Alhamdulillah, Zubir sudah sembuh dan sudah boleh menghantar SMS.

Tetapi sebaliknya yang berlaku. Rupa-rupanya mesej itu juga masih ditaip oleh orang lain yang menghantar khabar kepada saya "Encik Zubir Ali sudah meninggal."

Jenazah insan seni budiman yang kaya sopan santun, tertib dan agak pendiam ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Saya akui, saya bukan seorang sahabat yang terlalu rapat kerana kami hanya bersembang panjang dalam banyak majlis puisi yang sama, apabila diundang penganjur.

Tetapi jauh di sudut hati, saya merasakan kami adalah teman 'yang sangat rapat' walaupun hanya sesekali bersua. Tentunya perasaan yang sama dirasakan oleh sebahagian besar peminat beliau di luar sana yang sering larut dalam melodi Balada Gadis Kecil, Doa dan Penantian. Lagu-lagu berkenaan membuatkan kita berperasaan bahawa Zubir Ali sebagai 'milik' bersama.

Tuhan, berikanlah kesejahteraan kepada rohnya. Biarlah dia mencari damai yang paling abadi di sisi Tuhan Maha Esa. Al-Fatihah!

Marilah kita sedekahkan ayat-ayat suci untuk beliau, semasa hidup beliau telah mewarnai hidup kita dengan lagu-lagu puisi. Saya berada di sekolah menengah ketika itu dan remaja dengan lagu-lagu beliau...