CTscan. Saya pun sudah tidak terkira berapa kali Danial sudah diCT scan sama ada di Hosp Temerloh, Hosp Tuanku Jaafar atau HKL
Nampak kan tiub di belakang kepala Danial. Itulah sambungan tiub yang dipasang untuk membuang saki baki 'subdural emphyma' selepas pembedahan. Untuk rekod, sepanjang Danial sakit, dia sudah dibedah 3 kali dan kalilah tiub itu dipasang di kepalanya.Beberapa jam selepas dibedah, muka Danial membengkak. Darah turun ke muka. Kejadian ini mengambil masa 2-3 hari.
Selepas pembedahan kali ketiga, sebaik dia sedar dari dibius. Kelihatan di kulit kepalanya seperti bergelung. Itu merupakan tiub yang dipasang untuk mengalirkan lebihan 'subdural emphyma' yang dideritainya.
Ini ialah sebahagian kisah tentang Danial. Gambar-gambar yang terakam di dalam telefon bimbit saya baru dapat disedutkan ke dalam laptop saya. Masalah bluetooth.
No comments:
Post a Comment