KURANG 24 jam lagi, kempen Earth Hour yang giat dipromosikan sebelum ini akan dimulakan tepat jam 8.30 malam esok.
Bagi sesetengah pihak, kempen berkenaan memang tidak mempunyai impak kerana menganggap perjuangan memelihara alam sekitar bukan tanggungjawab mereka.
Namun, bagi pencinta alam sekitar, saranan memadamkan lampu untuk tempoh sejam pada malam esok pasti disambut baik.
Earth Hour adalah program tahunan sedunia yang dianjurkan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) pada Sabtu ketiga setiap Mac.
Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran perlunya tindakan segera diambil dalam menghadapi perubahan iklim dunia.
Kempen itu dikatakan dipelopori WWF Australia dan akhbar Sydney Morning Herald pada 2007.
Sejak itu, ia semakin mendapat sokongan dunia dengan anggaran hampir 50 juta penduduk dunia menyertainya hingga tahun lalu.
Sempena kempen itu, Kementerian Wilayah Persekutuan turut menganjurkan langkah memadamkan lampu di ibu kota, Putrajaya dan Labuan pada 28 Mac ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Ahmad Phesal Talib, berkata pada hari berkenaan warga ketiga-tiga Wilayah Persekutuan itu digalakkan memadamkan lampu premis, bangunan dan kediaman mereka selama sejam bermula jam 8.30 malam.
WWF turut mengajak penduduk dunia mengundi bumi bagi mencapai sasaran satu bilion undi yang akan dibentangkan kepada pemimpin dunia di Persidangan Perubahan Iklim Global di Copenhagen, Denmark tidak lama lagi.
Persidangan itu bakal menentukan polisi kerajaan untuk bertindak terhadap ancaman pemanasan global menggantikan Protokol Kyoto.
Penganjur Earth Hour 2009 mensasarkan satu bilion penyertaan penduduk dunia kerana setiap undi yang diberi kepada bumi adalah seruan kepada penduduk dunia melakukan sesuatu demi menjamin masa depan planet ini.
Mengikut laporan dikeluarkan WWF tahun lalu, kesan pemanasan global kini lebih cepat berkembang apa yang diramal kumpulan saintis terkemuka dunia.
Semua pihak yang masih memiliki perasaan sayang terhadap bumi boleh menyokong kempen Earth Hour dengan melayari laman web www.earthhour.org/malaysia.
2 comments:
cikgu sokong earth hour...
earth hour banyak keburukan bagi diri sya. Dan ia tidak membawa kesan-kesan positive seperti apa yang kita selalu perkatakan..."selamatkan bumi"
Sebenarnya, umat Islam hancur jadinya.. terutamanya remaja..
bukan berfikiran negative, tapi, ada banyak cara boleh lakukan selain tutp lampu waktu malam
FFCrew,
Saya sokong tutup tutup lampu ni,
dan kempen kempen penjimatan lain. Kalau semua orang betul-betul tutup lampu sejam seluruh dunia memang pemanasan global dapat dikurangkan.
Tapi tak sangka pula macam-macam program yang dibuat seperti konsert. Kalau tengok dalam rancangan Astro tentang Earth Hour memang bagus (yang berkaitan pemanasan global).
Dunia ni dah huru hara. Semua benda nak dikmersialkan. Hiburan dah jadi perkara utama. Tengok yang kes DIANA, SUKI, ALIFF masuk PLKN, dah dijadikan rancangan tv pulak. Artis ni dah jadi ikon terpenting di Malaysia nih..
Post a Comment