Tuesday, June 16, 2009

Cerita2 tentang kerjaya, hobi..

Antara bahagian yang paling saya suka dalam kehidupan sebagai guru ialah apabila sudah habis menanda kertas peperiksaan. Rasa otak lapang 12 kilo. Hmm..tentang banyak yang lulus ke fail tu tu bahagian lain...

Hari ini saya juga dapat menyerahkan satu cerpen saya untuk pertandingan cerpen peringkat sekolah. Janganlah ketawa, orang lain menang pertandingan novel pun tak heboh, saya tulis cerpen untuk sekolahpun nak beritahu seluruh dunia. Hehe.. Sebenarnya saya sangat gembira sebab otak saya yang selama ini bagai berlingkar-lingkar, terapung-apung, semakin dapat didefrag. Saya sudahkan cerpen itu untuk draf pertama memakan masa sehari semalam. Kemudian, ada masa terluang saya akan edit, begitulah sehingga siap, 5/6 hari. Dan saya bangga juga sebab semasa saya menulis cerpen itu, saya sedang diserang demam selsema, dan batuk. Itu satu bentuk terapi yang tinggi juga disiplinnya.

Pagi ini pun ada berita gembira iaitu saya dihadiahkan sebuah buku oleh teman sepenulis saya iaitu Nisah Haron (beliau dah terkenal) . Tiada had masa untuk belajar kan Nisah! Tajuknya ialah "Bunga-bunga bahasa untuk penulisan" oleh Azizul Rahman Abdul Rahman dan Mohamad Saleeh Rahamad. Dalam buku rujukan B. Melayu yang ditulis oleh sdr Azizul, di bahagian belakang ada diselitkan bunga-bunga bahasa ini, tapi apabila dah dibukukan, diupgradekan, bukunya pula kecil dan comel, mudah dibawa ke mana-mana..insya Allah saya cuba cerna, hadamkan. Disebabkan kesuntukan masa, cerpen yang saya tulis pentingkan isi, pewarnaan bahasa minimal sahaja. Mesti orang bahasa kurang puas hati dengan cerpen saya ni. Insya Allah saya akan berjaya juga nanti. Saya memang berusaha. Terima kasih kepada semua yang membantu kami selama ini, sama ada yang disedari atau tak disedari. Syukur kepada-Mu Tuhan yang sentiasa ada di mana-mana..

6 comments:

Rasha_rz said...

dulu ila menulis kerana hobi & minat mendalam dlm penulisan, tapi sekarang hampir menjadi karjaya tetap, tetapi tidak akan berpencen.

wan salmah said...

Jadi Ila sekarang dah jadi penulis tetap ya. Kak Wan sekarang sedang cuba membahagi masa antara kerjaya, hobi dan si kenit. Tunggu dia tidur dulu la..

Ummuafiq Hashim said...

K.wan, masukkan le cerpen tu kat blog ni.. boleh gak nak dibaca...

wan salmah said...

UMMUAFIQ,
terima kasih atas prihatin.
dari segi isi, akak suka cerpen tu, iaitu menyentuh pergaulan pelajar lelaki/perempuan yang agak bebas,tapi, dari segi bahasa masih belum mantop. akak sedang cari kelainan nak bagi cerpen/penulisan terasa ada umph..
(masih belum puas hati, insya Allah kalu dah ada formula akak siarkan)

Farid Rashidi said...

Assalamualaikum,

Selamat menulis ya buat anda.

Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya bertukar pendapat dan exchange link barangkali.

wan salmah said...

Waalaikum salam,
akhi Farid, terima kasih kerana sudi menjenguk dan sudi bertukar2 idea..