Tuesday, June 30, 2009

Sadaqallahul Adzim..


Bagi suspens sikitlah entri kali ini.. Apa benda yang tamat tu..

Hari ini 30 Jun, kami telah menamatkan sukatan Ekonomi Asas bagi tingkatan 5.. kira macam hari ini dalam sejarahlah sebab boleh dikatakan awal sukatan tamat.
Perkara seronok apabila sukatan tamat ialah kami boleh membuat ulangkaji lebih awal. Saya telah menyusun beberapa strategik untuk sesi ulangkaji. Langkah pertama ialah siri Alert Soalan. Banyak pelajar yang tidak dapat mengenal pasti apa yang dikehendaki oleh soalan. Jika pelajar tersilap jawab pelajar boleh mendapat markah kosong..

Jadi dalam sesi ini saya akan membuat soalan bab 1 tingkatan 4 contohnya dan akan menyenaraikan semua soalan yang menyentuh setiap topik dalam bab 1 secara sistematik. Pelajar akan mencari jawapan walaupun dengan merujuk buku. Soalan akan melibatkan semua bab di tingkatan 4 dan 5. Ini menjadikan pelajar sudah pernah berjumpa dengan semua soalan.

Kelemahan sesi ini ialah pelajar didedahkan kepada soalan berbentuk 'direct' sahaja. Jadi, sebaik habis sesi ini, pelajar akan diberi soalan latih tubi. Saya telah menyediakan 2 set soalan/ buku latihan, satu topikal dan satu set soalan tahun-tahun lepas (Cerdik production). Buku latihan soalan tahun-tahun lepas saya beli menggunakan wang PCG. Saya juga membeli buku-buku rujukan. Wang PCG memang tidak mencukupi jadi pelajar akan berkongsi atau saya fotostet soalan-soalan yang tidak cukup.

Soalan juga boleh dibuat dalam bentuk kuiz. Ini biasanya dilakukan pada Minggu Teknik dan Vokasional dan mencari 3 pemenang. Program lain ialah seperti biasa kami akan berbengkel. Pelajar didedahkan dengan teknik menjawab soalan yang betul. Biasanya saya akan buat sendiri bengkel ini.

Prestasi pelajar saya pada tahun ini? hmm.. t.s.t..hehe.. setakat ini ada 3 pelajar yang sentiasa mencapai 80 atau ke atas. Yang berminat masih tak sampai separuh... cabaranlah tu kan... Mana-mana pelajar yang macam nak dapat 'cangkul' tu saya akan kenal pasti. Bagi latih tubi soalan objektif. Bab 1 tingkatan 4 pastikan mereka faham, ingat dan hafal, sebab setakat ni bab 1 tingkatan 4 tak pernah tak keluar. Jadi nampaknya saya kena buat kelas khas untuk mereka dan mengajar secara 'slow and steady..' Lagi, kena kenal pasti topik-topik favourite tapi mudah, bagi mereka hafal. Dengan ini diharap dapat membaiki result mereka. Tahun lepas memang ada pelajar yang gagal dan sejujurnya prestasi calon SPM tahun lepas lebih baik daripada tahun ini. Tapi, sebagai guru, saya tidak boleh membiarkan takdir berkuasa sepenuhnya kerana kita ada konsep berusaha dan jangan berputus asa.

Pelajar yang rasa2 nak skor 8 atau 7, saya akan kenal pasti dan beri lebih sedikit latihan untuk mereka. Setakat ni golongan inilah yang ramai, bahaya kalau dibiarkan kerana akan menjatuhkan GMP. Kena upgrade supaya sekurang-kurangnya dapat kredit 5, 6. Golongan yang 'berminat' mendapat 3B, 4B ada dalam lingkungan 9 orang. Insya Allah mereka ini boleh dilatih tubi untuk mendapat sekurang-kurangnya 2A.

Memang ada baiknya Headcount ini. Guru dan pelajar perlu mengenal pasti tahap dan prestasi masing-masing. Mereka perlu meningkatkan prestasi setiap kali ujian atau peperiksaan mengikut gred yang telah ditetapkan. Jika mereka tersasar daripada skor markah yang sepatutnya, anggapkan sebagai mereka 'berhutang'. Mereka perlu diingatkan supaya berusaha lagi..
Ada lebih 4 bulan lagi untuk membuat persediaan sebelum SPM bermula.. insya Allah.. Kami cuba buat yang terbaik...

No comments: