Saturday, June 27, 2009

Michael Jackson dalam kenangan

Mufti Rusia sokong bedah siasat Michael

MOSCOW - Prosedur bedah siasat terhadap selebriti Islam seperti Michael Jackson untuk mengenal pasti punca kematian raja pop itu adalah harus di sisi Islam, kata mufti kanan Rusia, Damir Gizatullin.

"Dia ialah seorang tokoh dunia dan bekerja demi keamanan dan kasih sayang. Dia kepunyaan seluruh dunia. Doktor dan pakar perlu melakukan bedah siasat," katanya.

Dalam wawancara yang disiarkan agensi berita RIA, Novosti semalam beliau memberitahu jutaan peminat Michael perlu tahu punca kematian penyanyi berkenaan untuk mengelakkan fitnah atau kesangsian mengenainya.

Michael yang mesra dikenali sebagai Jacko sebelum ini seorang penganut mazhab Kristian Jehovah dilapor memeluk Islam dalam satu majlis di kediaman seorang rakannya, Steve Porcaro di Los Angeles hujung tahun lalu yang turut dihadiri penyanyi popular Yusuf Islam dan beberapa rakan lain.

"Seorang imam dipanggil dan Michael kemudian melafazkan dua kalimah syahadah," kata satu sumber.

Menurutnya, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel sempena nama salah satu malaikat dalam Islam.

Penyanyi berusia 50 tahun itu dilapor memeluk Islam setelah menunjukkan minat mendalam terhadap agama suci itu susulan bimbingan pertubuhan Islam utama di Amerika Syarikat, Nation Of Islam (NOI) yang diasaskan olehWallace D. Fard Muhammad pada 1930 selain tunjuk ajar abangnya, Jermaine yang memeluk Islam pada 1989.

"Sekembalinya saya dari Mekah, saya memberikan beberapa buku tentang Islam kepada Michael dan dia banyak bertanya soalan mengenai ajaran tersebut lalu saya berkata kepadanya, Islam adalah indah dan mententeramkan," kata Jermaine. - Agensi


Michael Jackson dikebumi secara Islam

LOS ANGELES - Raja Pop Michael Jackson akan disemadi dalam majlis pengebumian terbesar sepanjang sejarah dunia hiburan sekali gus mengalahkan pengebumian Elvis Presley dan James Brown, lapor sebuah akhbar semalam.

Berpuluh-puluh ribu peminat dijangka menghadiri majlis itu yang diramal sehebat pengebumian Puteri Diana.

Walaupun pengumuman mengenainya masih belum dibuat, Michael dijangka disemadi mengikut ajaran Islam berdasarkan pengumuman abangnya, Jermaine.

"Semoga Allah sentiasa bersama anda," kata Jermaine ketika mengumumkan kematian adiknya kelmarin. - Agensi

Harap-harap berita ini tepat. Bolehlah kita sedekahkan fatihah kepada arwah dan mendoakan semoga arwah berbahagia di alam sana. Allah penentu segala dan siapalah kita untuk mempertikai nasib orang. Sebagai peminat dan banyak terhibur dengan nyanyian beliau sebelum ini, marilah kita panjatkan doa untuk beliau..

3 comments:

Ummuafiq Hashim said...

Saya suka lagu dia Ben dan Heal the world...

Anonymous said...

Manusia hebat seperti almarhum saudara Meekael (Micheal)pasti akan sampai ke satu titik di mana puncak segala kehebatan adalah Allah SWT. Kita umat Islam yang lahir sebagai Islam kadang-kadang tidak merasakan kehebatan Allah. AlFatihah utk roh almarhum sdr. Meekael.

wan salmah said...

UMMUAFIQ,

di sini akak paparkan lagu kegemaran UMMUAFIQ.

Anonymous,

cuba bayangkan jika berada di bumi minoriti penduduk beragama Islam, dilahirkan dan dibesarkan dalam persekitaran bukan Islam, cabaran sebagai seorang penghibur yg glamour dan dilingkungi kehidupan penuh materialistik, tapi bagaimana hati Allahyarham minat dan memilih Islam..

bukankah dia manusia terpilih antara jutaan manusia?

baik kita insaf, dilahirkan di bumi Islam, mendapat didikan dan pendedahan Islam, tapi masih leka..