Thursday, June 25, 2009

Kuiz Kepenggunaan Sekolah2 Menengah N. Sembilan 2009

Ini pasukan dari sekolah kami. Kemenangan ii merupakan langkah pembuka untuk kemenangan-kemenangan seterusnya insya Allah.
Dari kiri guru penasihat kuiz hmm dah kenal kan, seterusnya Nabeel Farhan (5Musytari), Nor Aida (5 Musytari), Balkis Hanani (4 Musytari) dan Shafinaz (4 Musytari).

Para pemenang Kuiz Kepenggunaan Sekolah2 Menengah Peringkat Negeri Sembilan bergambar kenangan-kenangan. Dari kira pemenang ketiga iaitu pasukan dari sekolah kami, SMK Undang Rembau. Kedua, johan dari SMKA Pedas dan naib johan dari SMK Serting (maaf terlupa Serting mana satu)

Kuiz Pengguna datang lagi. Walaupun saya sudah tidak menjadi guru kelab pengguna, tapi saya secara sukarela menyibukkan diri terlibat dengan kuiz ini sama ada semasa saya di SMK Pasir Panjang, Port Dickson atau sekarang di SMK Undang Rembau.

Format tahun lepas iaitu pertandingan kuiz dibuat di peringkat daerah, kemudian zon seterusnya peringkat negeri menyebabkan sekolah kami tewas di peringkat daerah lagi, iaitu tewas kepada juara menanti, SMKA Pedas. Apabila format tahun ini yang dibuat satu hari sahaja iaitu dikumpulkan semua sekolah menengah di Negeri Sembilan ni iaitu kira-kira 104 buah sekolah, saya rasa teruja. Ada peluang ni.

Maka tadi, kami semua peserta kuiz dan guru penasihat berkumpul di SMK Dato' Undang Musa alHaj (SMK DUMA), Kuala Klawang, Jelebu untuk pertandingan kuiz. Semua sekolah menjawab soalan bertulis serentak, dan 3 sekolah yang berjaya memungut markah tertinggi automatik akan terpilih ke peringkat akhir.

Alhamdulillah, sekolah kami SMKUR telah berjaya terpilih ke final. Rasa suspens jugalah menanti keputusan yang akan diumumkan itu. Pada peringkat ini kami berpuas hati dengan keputusan tempat ketiga negeri. Ok tu, kalah kepada SMK Pedas dan SMK Serting. Maaf ya sebab saya tak pasti sekolah Serting yang mana satu, hehe tuan diri ada dalam gambar di atas. Sekolah Serting tadi mendapat tempat ke 3 negeri tahun lepas. SMKA Pedas memang juara la.

Ehem, sebenarnya dahulu saya pernah bertugas di SMK Agama Pedas selama 10 tahun, dan pernah mengendalikan kelab pengguna dan kuiz pengguna sekolah tersebut. Semenjak kami menang peringkat negeri, seterusnya pernah mendapat tempat ke 2 kebangsaan, hingga sekarang, SMKA teguh dan utuh. Tapi awas student podeh, saya nampak pemenang kedua tadi memberi persaingan sengit. Walau pun sekolah kami sendiri tidak perform, tapi saya seronok sebab kesedaran tentang kuiz pengguna atau kepenggunaan terasa 'hangat'. Sekolah kami tidak menyengat dengan alasan sebelum ini kami tidak tersenarai dalam pasukan favourite..hmm.. macam-macamlah alasan kamu semua ya..saya dah bagi pancing, saya dah bagi umpan..pandai-pandailah kamu nak gunakan pancing kamu tu ya, nak pancing kat mana, bila masa bla bla bla..esok kalau saya pindah sekolah, pandai-pandai bawak diri ya..sayapun insya Allah akan beri amanat kepada guru pengganti saya..

Kepada yang kurang arif dalam kuiz pengguna ni, kuiz ini bertujuan untuk melatih pelajar supaya sedar akan tanggungjawab dan hak-hak mereka sebagai pengguna, juga mendidik pelajar menjadi pengguna yang bijak. Banyak soalan tentang akta perdagangan, tribunal tuntutan pengguna dll. Soalan kali ini sama ada bertulis atau lisan agak 'tough'. Pasukan yang tidak bersedia memang tak boleh jawab. Ada soalan struktur lagi. Selain hal-hal kepengunaan ada juga soalan berkaitan alam sekitar, kesihatan serta pendidikan. Boleh bagi kredit kepada penggubal soalan daripada semua agensi/jabatan yang terlibat kerana bertaraf kebangsaan gitu.

Saya sebagai guru merangkap jurulatih, sangat-sangat berterima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kesihatan, dan semua yang terlibat menjayakan kuiz ini. Terima kasih kerana berusaha menjadikan pelajar dan guru terdedah dengan isu-isu penting dalam kehidupan kita. Juga kepada tuan rumah (SMK DUMA) yang bersungguh-sungguh melayan kami.

3 comments:

Rafiei Mustapha said...

Tahniah Wan dan pelajar-pelajar yang mewakili SMKUR dalam Kuiz Pengguna peringkat N9. Saya bangga dengan usaha dan kesungguhan cikgu serta pelajar-pelajar yang terlibat. Pengetua

wan salmah said...

Salam Tn Hj Rafiei,
Terima kasih atas kunjungan ke sini. Semoga kata-kata tuan akan menjadi pendorong kepada para pelajar dan guru nanti.

Saya dah janjikan kepada pasukan kita iaitu jika mereka dapat je masuk final, kita akan singgah makan di mana2 ikut pilihan mereka. Mereka sungguh gembira. Pagi tadi saya tunjukkan gambar mereka yang di atas dan terpancar semangat yg berkobar2 untuk meneruskan cabaran. Peserta tahun depan pun sudah mula merangka strategik...

Nanti bila tuan balik ke sini, harap sudi2 kongsi pengalaman dan ilmu buat kami ya..

Anonymous said...

salam,,
em cg. Wan,,
saye ni, Firdaus muhammad,,
tak tahu la kalau cikgu ingat saye lagi,,
saye cari2 la gambar kuiz pengguna 09,,
terjumpa kat blog cikgu ni,,
alang2 tu tegur la cikgu sikit,, hehe,,
harap cikgu sekeluarge sihat sejahtera hendaknye,,
tapi kagum la,,
mane2 sekolah cikgu pergi, mesti cikgu bawak student pergi kuiz pengguna kan,,
baguslah cikgu ni,,
em doakan kjyaan saye ye,,
ok wassalam,,