Tuesday, April 24, 2007

Keliru...

Bukan Islam pengerusi perkampungan Islam Hadhari

KUALA LUMPUR 23 April – Ahli Parlimen bukan beragama Islam akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perkampungan Islam Hadhari di peringkat Parlimen yang mereka wakili.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md. Zin berkata, perkara tersebut diputuskan setelah kerajaan meluluskan perbelanjaan sebanyak RM11.25 juta untuk mengadakan perkampungan Islam Hadhari di semua Parlimen.

‘‘Setiap Parlimen akan mendapat peruntukan sebanyak RM50,000 untuk mewujudkan Majlis Perkampungan itu yang bertujuan memberi penjelasan mengenai konsep Islam Hadhari kepada penduduk.

“Kerajaan tidak nampak perkara ini boleh menimbulkan kontroversi kerana dengan pelantikan itu menjelaskan lagi kepada semua pihak mengenai Islam Hadhari yang begitu menekankan soal sederhana, tidak ekstremis dan boleh diterima oleh semua tanpa sebarang masalah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek sebanyak RM50,000 Perkampungan Hadhari Peringkat Parlimen kepada 199 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Legend di sini, hari ini.

Aik, kompius nih. Mana perginya cerdik pandai Islam ni? Sampaikan benda-benda penting berkaitan kehidupan seharian pun dipertanggungjawabkan kepada bukan Islam.. Apa definisi sederhana,tidak ekstrimis dan boleh diterima semua tanpa sebarang masalah...malunya...siapa yang lebih mementingkan orang Islam kecuali orang Islam sendiri?

5 comments:

Anonymous said...

cikgu kenal syahirah?

Anonymous said...

cikgu sy hrp kalau cikgu tau mcm mne nk cntct Syahirah, cikgu boleh email ke izalabs@yahoo.com

Anonymous said...

syahirah mana satu, thn ni ke thn lepas, form brp?

Anonymous said...

form 5 tahun lepas..
yg cemerlang spm..

Yussamir Yusof said...

perkara ini seperti apa yg Nabisabdakan dalam satu hadis yang sahih iaitu apabila memberikan kuasa kepada mereka yg tidak berkelayakan...AstagfirAllah..moga kia masih dalam perlindugan Allah dan moga kita sentiasa didatangi oleh susuk ulama yang dapat memain peranan dalam kerajaan sekarang dengan adil dan saksama atas dasar junjungan Quran dan Sunnah...