Friday, November 07, 2008

suspens lagi..

err sebenarnya bukanlah suspens sangat bagi sesetengah orang tapi bagi saya suspens jugaklah..
Hari ini 7 .11. kami diberitahu jawapan permohonan pertukaran online antara negeri boleh diperoleh - lihat di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia dan syaratnya pula melalui internet explorer saja.
Saya pun dek kerana terlalu teruja ingin tahu, dari semalam lagilah bersedia melayari portal ini. Dapat buka laman ni tapi bila klik bahagian pertukaran main senyap aje..sampailah berkali-kali..

Pagi ni saya terjaga awal kot-kot dah boleh surf.. ergh.. lagilah langsung tak boleh surf pun laman ni..

Ish tak faham betullah apa masalahnya...

Ujian bersabar? Hmm pagi ni saya dan 7 orang guru dan staf sekolah akan ke SDAR untuk lawatan sambil belajar ke bilik dokumen mereka. Saya jadi penyelaraslah. Jadi pagi ni saya tidak sempatlah ke pejabat dan mengadap pc sekolah. Sudah minta tolong staf pejabat tolong tengok-tengokkan untuk saya dan hubungi saya walau apapun jawapannya..penting ni bagi saya! Lagi pula hari ni hari Jumaat, esok Sabtu sudah cuti.. Kalau dapat alhamdulillah, tunggu surat untuk tahu tempatlah pula nanti. Doakan saya dapat sekolah yang dekat rumah bonda saya ya, dapatlah saya selalu berada di sisi beliau. Kalau tak dapat (gagal) kenalah buat rayuan dengan cepat. Saya difahamkan permohonan untuk masuk ke Kelantan ialah lebih seribu guru tapi tempat kosong ialah seratus lebih saja...

Oish..hidupku ini penuh kesuspenan..sabar je la... tentu ada hikmah di sebalik semua ini.. apa-apapun, doakan untuk kemudahan segala urusan saya ya..rabbi yassir wala tu'assir...
(pc ni tiada perisian jawi)

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu.. pg SDAR? buat apa ya?
cikgu.. don't go away from N9..
lama dah tak jumpa cikgu..

wan salmah said...

akmal, kami ke SDAR buat lawatan kerja..tengok bilik dokumen diorang.. SDAR tu mmg cantikla, lereng bukit gitu.. lanskap, seni binanya, mesti akmal suka..

pindah tak pasti lagi, line x clear