Saturday, August 12, 2006

10 Ogos 2006

teknik menjawab peperiksaan ekonomi asas siri 1

Seperti biasa setiap tahun saya mengundang Cikgu Roslan dari SMKGV. Syukurlah dia sanggup datang malam walaupun pelan asal ialah 11 Ogos pagi. Teknik beliau sudah saya kaji dan sangat berkesan. Pendekatan yang diambil ialah, sentuh ke semua topik. Bagi setia bab dan topik, kaji bahagian manakah yang boleh dijadikan soalan dan kita boleh mengagak apa saolan yang akan dikemukakan. Kemudian, barulah kita memberi penekanan setelah melihat "lagak" soalan setiap tahun.

Turut sama dalam teknik menjawab kali ini ialah Cikgu Husney. Beliau merupakan bekas guru sekolah ini dan semasa di sini mengajar subjek Prinsip Akaun. Besarnya cabaran yang terpaksa dihadapi di sekolah baru beliau, berbanding dengan pelajar-pelajar saya. Bersabar sajalah. Kita sebagai guru tugas kita ialah mendidik. Kesungguhan dan kegigihan yang ditunjukkan amat bernilai walaupun tidak ada orang yang menghargai. Saya harap dan percaya akan ada perubahan positif yang akan diperoleh beliau nanti. Saya sudah mendapat pengajaran pada spm 2005. Saya sungguh bimbang akan prestasi yang bakal diperoleh melihatkan telatah yang dipamerkan. Namun, takdir Allah siapa tahu, keputusan spm ekonomi asas tahun lepas meningkat berbanding tahun sebelumnya. tugas kita ialah mengajar dan mendidik, buatlah setulus hati. Yang menentukan kejayaan dan sebaliknya ialah Allah. Kita bukan hakim yang membuat keputusan "awak bakal dapat apa atau dapat berapa"

11 Ogos 2006

Kursus mempelajari blog untuk kelab komputer dan guru

Tunggu punya tunggu, bekas pelajar (webmasterlah) tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pelan B, saya diminta menunjukkan cara bagaimana membinanya. Heheh, kelakar tu. Syukur ada Akmal, budak IT kami. Berkat kerjasama semua pihak, kursus dapat dilaksanakan. Saya membandingkan blog dengan laman sesawang dan menunjukkan beberapa contoh blog yang aktif dan menarik (heheh, nak disebutkan di sini blog2nya?). Akhirnya masing-masing mempunyai blog sendiri.

Akmal seterusnya menunjukkan cara-cara meletak foto. Ai mudahnya cara dia.
Satu peristiwa sedih berlaku ialah semasa menceduk gambar daripada imej web, terbuka imej yang terlarang (saya tahu tindakan ini tidak disengajakan). Secara automatik server down...huhu, kesihan... selepas rehatpun masih tidak elok. Pelan B Cikgu Ct Maheran dan Cikgu Linda meminta pelajar membuat kad sempena kemerdekaan - pertandingan untuk ahli kelab - guna publisher. Kad-kad siap petang itu juga.

Pelajar tingkatan 4 yang memberi nama hendak ke kursus penulisan di Jelebu tempoh hari bertanya saya bila saya akan beri kursus balik kepada mereka. Mereka sedih kerana tidak dapat hadir. Dua tiga hari ini saya sibuk menanda kertas dan mengisi markah ujian bulanan, lepas ni saya buatlah. Jangan bimbang saya memang menyalin nota pada bengkel tersebut.

Syukur kerana ditakdirkan menjadi guru...

No comments: