Israel enggan patuhi gencatan senjata
BAITULMAQDIS: Israel semalam berikrar meningkatkan serangan bagi menghalang pejuang itu mendapat senjata dari luar negara, langkah yang jelas mencabuli gencatan senjata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kita perlu menghalang cubaan menyeludup senjata dari Syria untuk Hizbullah. Sebarang aktiviti itu memerlukan langkah memeranginya,” kata Menteri Perdagangan dan Perindustrian Israel, Eli Yishai.
Beliau membuat kenyataan itu sebagai merujuk serangan kelmarin yang dianggap pencabulan gencatan senjata yang menyaksikan komando Israel dikerah menyerang sasaran di selatan Lubnan.
Lubnan dan PBB mengutuk serangan itu yang dianggap mencabuli perjanjian gencatan senjata tajaan badan dunia itu yang berkuatkuasa Isnin lalu bagi menamatkan peperangan selama 34 hari.
Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan semalam menyelar tindakan komando Israel menceroboh dan menyerang pejuang Hizbullah yang disifatkannya sebagai mencabuli perjanjian gencatan senjata yang berkuatkuasa Isnin lalu.
“Kami tidak mencabuli ketetapan 1701 PBB. Ketetapan itu dengan jelas mengarahkan pengehadan pemindahan senjata dari Syria atau Iran ke Lubnan. Arahan itu memberi maksud sekatan sepenuhnya.
“Selagi ia tidak dikuatkuasakan, kami berhak bertindak ke atasnya,” kata Menteri Pelancongan Israel, Isaac Herzog.
Serangan ke atas Hizbullah di kubu kuat pergerakan itu di Baalbek adalah operasi besar pertama sejak gencatan senjata Isnin lalu.
“Lubnan perlu disalahkan. Orang yang bertanggungjawab adalah Perdana Menteri Lubnan, Fuad Siniora. Kami sepatutnya memberikan beliau kata dua, hentikan penyusupan senjata itu atau kami menyerang infrastruktur,” kata Yishai.
Sementara itu, Kerajaan Lubnan semalam berikrar menghapuskan cubaan rakyat negara itu mencabuli gencatan senjata dengan Israel.
“Tentera bertindak tegas untuk menangani perkara ini. Sebarang roket dilancarkan dari Lubnan pasti memberi manfaat kepada Israel,” kata Menteri Pertahanan, Elias al-Murr.
Murr turut berkata, tentera Lubnan kini sudah menguasai sepenuhnya sempadan dengan Syria dan akan menghalang sebarang cubaan membawa masuk senjata.
“Tiada tolak ansur berkaitan penyeludupan senjata,” katanya sambil menegaskan, beliau yakin Hizbullah akan mematuhi gencatan senjata itu. – AFP
Israel sebelum ini menganggarkan Hizbullah mempunyai sehingga 13,000 roket sebelum perang dan ketika krisis, pejuang itu melancarkan lebih 4,000 roket ke atas sasaran Israel.
Berhati-hatilah. Bukan kita tak kenal Rejim Yahudi tu. Apa ada pada janji, hanya patah-patah kata manusia. Sedang hukum Tuhan disanggah sesuka hati.
Menyokong setia di belakang Hizbullah.
Tatkala pemimpin-pemimpin Arab bagai kebingungan tidak tahu bertindak bagaimana, melihat anak bangsa diratah bagai belalang, tatkala pemimpin yang diamanah hanya melihat dan terusan berfikir, hanya bla bla bla, akhirnya menggaru kepala dan mengeluh "Oh i see"...
Ayuh, Hizbullah..maralah kamu di medan juang. Kamulah harapan kami semua. Kami di sini hanya mampu berdoa, menghantar derma, berharap kerajaan kami menghantar tentera atau sukarelawan untuk membangunkan negara yang sudah musnah itu.
Berjuanglah dengan ikhlas kerana Allah kerana kamu mengingatkan kami akan peristiwa Badar, bagaimana kekuatan musyrik dikalahkan oleh mujahidin yang sedikit bilangannya.
No comments:
Post a Comment