Lagi-lagi Ct..
Ish dalam entri saya sebelum ini saya telah teremosi tentang Ct. Tengah hari tadi teringin pula melihat Ct diijab kabul. Melihatkan wajah Ct yang naif dan innocent itu timbul rasa sayu. Mengapa saya harus berfikir negatif tentang orang? Rencana Tuhan siapa tahu? Mungkin Datuk K kali ini akan menjadi suami atau bapa mithali nanti? Mungkin Tengku Zawiyah akan berjumpa orang lain yang lebih sesuai. Kita bukan tidak pernah baca bagaimana pertemuan kedua adalah lebih baik bagi seseorang. Tengku masih cantik dan pasti ada yang suka nanti (dan sesuai) Bukan Datuk K saja yang akan menjumpai kebahagiaan, Tengku pun boleh menikmati kebahagiaan. Yang penting kena sabar dan cuba terima hakikat. Bagi anak-anak Datuk K, tentu perkara ini sukar diterima. Tapi kena ingat juga, Datuk K tidak ke mana, dia masih bapa kepada kalian. Nak cari sesuatu macam serupa dulu tu payahlah. Bukan semua orang dapat sesuatu yang diingini hingga ke akhir hayat. Dunia begitulah kan.
Sebenarnya pandangan saya terhadap sesuatu, apabila perkara itu sudah berlaku, kita kenalah menerima takdir itu dengan redha seadanya. Bagaimana rentak begitulah tarinya. Kadang-kadang kita boleh menggunakan cerita kanak-kanak yang kita baca dahulu iaitu; seekor musang yang hendak memakan anggur. Dia mencuba mendapatkan anggur itu dengan pelbagai cara, tapi tidak dapat juga. Setelah terlalu penat, diapun berlalu sambil berkata "biarlah, anggur itu masam..."
Eh saya dah cerita-cerita hal artis lah pulak. Ikut perkembangan kot...
cuti sekolah
Sekarang musim cuti sekolah. Bagi seseorang guru, cuti tak cuti sama-sama sibuk, hanya tak payah pergi sekolah saja (tapi masih ingat kat sekolah). Duduk di rumah ni satu hal juga, hampir separuh masa berada di dapur. Ha kalau suami tolong beli makan pagi rasa okeylah sikit. ( Hmm mak saya dulu tak pernah bersungut macam ni pun pada saya..) Lanskap rumah kami pun kami dah "upgrade", buat sendiri saja. Membaja pun agak rajin. Seronok tengok kudup dan pucuk baru keluar. Teringin nak buat taman ros, dah ada koleksi kecil, jadilah. Kalau kaya-kaya rasa nak tambah macam-macam, tapi, kena quelah dengan keperluan-keperluan lain.
Kepada pelajar sekalian, apa khabar semua? Pelajar kelas saya sebelum ini telah berpakat untuk membuat study group semasa cuti sekolah. Tadi mereka ajak saya join sama di Seremban, tapi saya tidak bersedia. Saya sedang membuat analisis peperiksaan SPM sepanjang 5 tahun. Memang ada diletakkan di buku-buku latih tubi, tetapi yang saya buat siap dengan soalan sekali. Tahun-tahun lepas saya rajin juga buat nota dan edarkn kepada pelajar-pelajar. Yang kelakarnya saya dapati nota itu ada tersebar ke sekolah-sekolah lain. Ada juga cikgu yang bertanya tentang nota saya apabila kami berjumpa ketika berkursus. Nota bukan sebarang nota...Ish nanti ya, Insya Allah udah siap nanti saya edarkan. Saya pun seronok tengok subjek kita naik. Sebelum ni prrestasi Ekonomi Asas SPM negeri Sembilan antara tercorot dalam banyak-banyak subjek SPM, terukkan. Saya harap benar subjek kita akan naik, cemerlang seperti subjek-subjek lain juga.
Satu perkara yang saya ingin berkongsi dengan guru atau pelajar kelas peperiksaan, iaitu, kami kelas tingkatan 5 Ibnu Sina mempunyai PIBG mini kami sendiri. Ada AJK, mesyuarat dan agenda. Sebelum ini kami telah mengadakan Kem Motivasi khusus untuk kelas kami saja di Santcuary Beach Resort. Bagi saya kem tersebut amat berkesan, harap pelajar dapat mengambil iktibar. Semua penceramah telah memberi komitmen yang sangat baik.
Ibu bapa juga telah bersetuju untuk mengumpulkan wang RM50 untuk keperluan kelas ini. Walaupun jumlahnya agak besar, tapi, kesannya berbaloi. Ketika pesta buku di PWTC yang lepas, pelajar kami telah berkunjung ke sana dan membeli beberapa buku rujukan. Sebelum cuti ini pun mereka telah dibekalkan wang untuk kegunaan kerja berkumpulan tersebut. Wang tersebut juga akan digunakan untuk tujuan fotocopy bahan-bahan menjelang peperiksaan. Sebelum ini, wang tersebut telah menjadikan kelas kami ceria, serta kondusif. Syukur saya kepada Allah kerana komitmen yang ditunjukkan oleh ibu bapa dan pelajar dalam menuju kecemerlangan bersama. Juga kepada guru, pentadbir yang begitu mengambil berat kebajikan anak-anak didik kita.
"Sesungguhnya kerja keras kita hari ini akan membuahkan kecemerlangan kita pada hari esok"
-Selamat Maju Jaya - sayang kamu semua...
No comments:
Post a Comment