Ketika kami sedang sibuk menyanyikan lagu "Tanggal 31" oleh Allahyarham Sudirman, anak saya kata lagu itu sudah ada versi baru iaitu "Tanggal 21". Ai, sampaikan lagu patriotik pun boleh berubah.
Selepas menghadiri kenduri tengah hari tadi, saya singgah ke kedai akhbar. Seorang lelaki separuh umur meneliti muka-muka depan akhbar (tak belek pun), kemudian terus berpaling. "Tidak ada gambar lain ke?" "Ai marah nampak?" "Dah ambil laki orang"...
Dia keluar dengan wajah kusam.
Sebelum ini saya ada melayari forum untuk meninjau pendapat orang ramai tentang perkahwinan penyanyi no 1 negara ini. Apa yang saya dapat simpulkan ialah, 70 peratus menentang, 25 peratus tak kisah, 5 peratus sokong. Saya tidak dapat meneruskan pembacaan kerana tidak tega dengan tulisan-tulisan melepas geram sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata yang tidak enak dibaca.
Saya sendiri tidak boleh berkata apa-apa, kerana tuan diri bukan dipaksa, suka rela. Sebelum ini saya cukup kagum dengan keperibadian Ct. Seorang yang matang, sopan, hormat orang tua. Ringkas cerita, boleh dijadikan artis contoh kepada anak-anak/remaja. Bukan saya sokong artis, tapi, remaja/ anak-anak sekarang sangat suka kepada hiburan, jadi kemunculan Ct sebagai alternatif kepada artis-artis lain yang yang kurang baik dijadikan bahan rujuk.
Sebagai juga seorang wanita, saya hanya ingin berpesan;
1. Esok hari Ct. Kita tidak tahu hari-hari yang lain. Kita tidak hidup bersendirian di atas bumi yang fana ini. Bersedialah untuk segala kemungkinan.
2. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ct, anda begitu berani, bukan setakat bermain ombak, tsunami, api.
3. Keremajaan, kecantikan tidak kekal dan tidak ada nilai di sisi-Nya. Tika kasih cinta tebal di hati, semua nampak indah. Dunia bukan syurga, cuma dunia yang rapuh. Bila-bila saja hati/keadaan boleh berubah.
4. Cinta nafsu itu tidak ke mana...
Kepada Tg Zaweyah dan anak-anak, bersabarlah. Hidup ini memang tidak adil. Yang adil hanya Allah. Kembalilah kepada Allah supaya hidup kita tenang, selamat. Anda semua lebih beruntung berbanding wanita/ anak-anak orang lain yang seumur/ senasib. Berharaplah kepada-Nya, percayalah kepada-Nya, kerana Dialah harapan kita, sumber kepercayaan kita. Perjalanan kita masih jauh (terutama anak-anak). Tidak ada orang yang boleh mengatakan kita gagal kecuali diri kita sendiri. Semoga kejadian ini ada hikmahnya. Sekali lagi bersabarlah. Be strong okay!
Dan kepada para media dan semua yang terlibat, jujurlah sikit. Kalaupun hendakkan keuntungan/ populariti, ada insan lain yang kesedihan di sebalik sikap berlumba-lumba kalian. Hari ini hari mereka. Bumi ini berputar dan berputar. Akan sampai nanti jika tertimpa diri sendiri, ahli keluarga kita, sahabat handai kita...?
Tunggu dan lihat. We are not alone...
No comments:
Post a Comment