Resah 1
Tadi, semasa di sekolah saya telah ditunjukkan satu sms oleh kawan, iaitu Lina Joy telah memenangi kesnya. Ini tentulah membawa implikasi besar kepada agama Islam di negara Malaysia yang dikatakan negara Islam misali abad ini.
Ini mendorong saya membaca akhbar, namun, saya tidak berjumpa kes tersebut dibentangkan. Yang ada cerita Pak Lah dan anak menantunya, juga kekejaman zionis di Lubnan.
Kemudian saya melayari pula laman sesawang dan blog, jamaah atau persendirian. Apa yang saya jumpa ialah sms yang disebarkan adalah tidak tepat kerana kes tersebut belum diputuskan. Ada, ada banyak lagi perkara yang meresahkan saya.
Oleh sebab orang Melayu kekal dengan Melayunya kerana di Malaysia orang Melayu mesti beragama Islam, jadi, mereka masih menukar agama cuma tidak diisytiharkan. Jadi mereka akan mencari pasangan yang sama seperti mereka, lelaki atau wanita Melayu juga tapi telah murtad dan berkahwin. Anak-anak merekapun akan meneruskan kesinambungan tersebut dan mengharap sangat agar kebukanislaman mereka itu dapat diisytiharkan melalui undang-undang. Jadi kes Lina Joy ini isunya sangat besar impaknya kepada golongan ini.
Takutnya saya dengan isu ini. Kita bagai sedang menghadapi satu bom jangka atau gunung berapi, menunggu msa untuk meletup. Kalau generasi kita sekarang kita sudah mendengar kes-kes sebegini dahsyat, apa jadi pada generasi anak cucu kita nanti? Kalau di negara jiran, perkahwinan antara agama sudah dibolehkan, tidakkah mustahil perkara itu berlaku di Malaysia kelak? Mengapa pula mustahil? Berikan 10 sebab!
(Mari kita berdoa dan berusaha biar ia mustahil dan tiada sebab-sebab).
Kepada para pemimpin, pengamal undang-undang, hakimin, peguam, minta sangat-sangat perjuangkan KeIslaman, KeMelayuan yang dijunjung oleh negara kita sejak sekian lama. Ingat, segala keringat, titisan darah anda tersangat mulia di hati kami bahkan di sisi Allah. Masa inilah masa yang sangat sesuai untuk kita berjihad. Kita sudah puas dengan nikmat hidup, tolong pertahankan kedaulatan Islam di bumi tercinta ini.
Juga kaum muslimin Malaysia dan seluruh dunia, mari doakan agar negara kita selamat daripada petaka ini. Setakat ini Malaysialah yang mempunyai undang-undang unik ini, jadi, pertahankan KeIslaman dan KeMelayuan ini..
Ya Allah peliharalah anak bangsaku daripada gejala murtad..
No comments:
Post a Comment