Tuesday, August 08, 2006

Resah 3

Bom sana, bom sini. Anak-anak kecil, kaum wanita, bergelimpangan. Hatta, meminjam kata-kata pembaca Buletin TV3 sebentar tadi, "peperangan banyak membunuh orang-orang yang tidak berpakaian seragam"
Bangunan ranap, punah ranah tempat berteduh.
Rumah kediaman, hospital, jambatan, itukah sasaran? Hairan, di manakah rasa kemanusiaan? Dalam satu gambar, puak zionist berdoa sebelum mengebom orang-orang Islam. Apakah doa dan hasrat mereka? Menghalau umat Islam daripada bumi ini dan mereka menerajuinya pula?

Sedih, adakah kita hanya membelek akhbar dan mengira angka korban? Marilah kita berbuat apa yang sepatutnya. Menderma wang ringgit untuk membeli makanan dan ubat-ubatan, seterusnya mengembalikan kemudahan asas iaitu rumah, perubatan, pendidikan dsbnya nanti. Kita di sini hidup penuh kemewahan, membuang makanan dan membazir. Tahniah dan syukur kepada pasukan keselamatan, juga ahli silat dan para sukarelawan yang sanggup dan bersedia ke Lubnan menolong saudara kita di sana. Jika pun saya tidak mempunyai tanggungjawab di sini, pasti sayapun akan terbang ke sana, menolong apa-apa yang boleh. Alangkah tidak teganya melihat saudara se Islam, (atau sesama manusia) diperlakukan sedemikian rupa.

Seterusnya, marilah kita merubah diri sendiri menjadi umat yang kembali kepada ajaran agama. Insaflah. Janganlah nanti sehingga kita menjadi seperti Palestin, Lubnan, Acheh, Bosnia dsb pula. Tidak sanggup, oh tidak sanggup! Anda sanggup?

No comments: