Monday, November 17, 2008

Selamat bercuti...

Alhamdulillah..
Dalam banyak-banyak cuti ni, cuti kali ini rasa sungguh bermakna dan amat ditunggu-tunggu. Kini detik itu telah tiba dan saya akan cuba gunakan anugerah Allah yang tidak ternilai ini dengan sebaik-baiknya, insya Allah.

Pertama, saya kena buat senarai apa-apa yang perlu saya laksanakan sepanjang cuti ini. Agenda utama ialah, rehatkan fikiran, minda, badan dan buat sesuatu yang bermakna. Fokus utama tentulah diri dan keluarga. Setelah sekian lama berkejar sana-sini, kini bolehlah memanjakan diri dan keluarga pula. (ps masih ada lagi kena pergi sekolah dalam cuti tapi relaks sikitlah)

Ok, yang pertama ialah berubat mata. Mata silau. Maka saya telah berpakat dengan kakak saya Wan Kelthom yang menetap di Cheras untuk ke rumah beliau dan dari sana kami akan ke pusat rawatan alternatif untuk mata, iaitu Permata Hijrah. Kakak saya ni baru pencen tahun lepas dan memang saya cemburu tengok orang berpencen sebab banyak aktiviti impian boleh dibuat. Kak nik ni banyak mengikuti kelas agama dan saya gemar bersembang dengannya kerana sayapun akan mendapat info sama. Saya dan anak-anak relaks betul di sini dan rasa release juga tension.

Sebelum itu saya telah menghubungi kawan blogger saya iaitu Awwa yang tinggal di seksyen 11, PJ dan akan mengunjungi beliau. Dari satu kereta dah menjadi 2 kereta...kesihan Awwa kena buat persiapan lebih untuk kami ni.. Semua anak saya pergi kecuali Zahid yang menduduki SPM di SMKA Pedas. Kakak saya membawa sama anaknya Muhaimin dan adik iparnya Chah.

Saya pernah melihat wajah fotonya tapi rupa sebenar beliau lebih cantik daripada gambar.. hehe jangan marah tapi ikhlas.. Suka tengok Awwa dan suami yang sehati sejiwa itu.. Sebenarnya kami ni walaupun tak pernah bertemu sebelum ini atau telefon, kami kerap beremel/ sms atau kunjung-mengunjungi blog. Rugi dak Hafiz tak ada, tidak cuti kata Awwa... Terima kasih Awwa dan suami kerana beria-ria melayan kami walaupun hari raya dah solosai lama dah.. (sebenarnya tahun ni saya tak berapa raya, jadi kunjungan-kunjungan ni macam rayalah kepada kami..)

Petang tu kami ke Permata Hijrah. Saya dan anak saya Maryam mendapat rawatan mata. Kami dibekalkan ubat titis, ubat spray. Kesihan Maryam sebab bacaan power untuk cermin matanya sudah 1000. Dia sudah 2 kali dilaser. Anak saya Hajar pun mempunyai masalah mata juga, begitu juga Zahid. Dan ubat yang kami peroleh itu boleh diguna bersama-sama. Allah suruh kita berusaha untuk kesejahteraan diri dan keluarga dan berserahlah kepada Allah untuk penyembuhannya. Lokasi pusat ini terletak di Gombak. Semoga kami sembuh dan masalah mata berkurangan.

Kami bertolak pulang dari rumah kakak jam 10 malam dan dekat jam 12 sampai ke Rembau balik. Terima kasih kepada kakak sekeluarga kerana telah melayan kami dengan begitu baik. Ya permulaan cuti yang sangat sempurna.

Hari ini Baby Danial dah berumur 1 tahun 3 hari.. masih dengan comelnya tapi mata merah sebelah (dapat dari saya). Badan susut sedikit baru lepas demam.. Ambil gambar tak banyak sebab pipi dia tembam semacam...orang tak sihat...

Sorilah penulisan saya kurang menarik. Itu kelemahan saya, tidak boleh mendengar muzik/sesuatu sambil menulis. Bolehkah fenomena ini diubah? Menikmati dan menghayati lagu-lagu kegemaran sambil menulis dengan penuh pengertian? Kalau boleh dibaiki bermakna saya telah berjaya dalam satu perkara. Haha lagu apa ya.. saya banyak copy lagu mp3 Alleycat, Robby William, nasyid pun ada, pelbagai lagu rock klasik, M. Nasir, Broery, Westlife... ceramah Pak Hamka pun ada.. dll lagu evergreen..caca merba ke.. sesekali layan dunia...

4 comments:

wan-niza said...
This comment has been removed by the author.
wan-niza said...

salam,

tgh cr tentang permata hijrah dan terjumpa dengan blog akak...kalau x keberatan, bleh tak berikan maklumat untuk saya dapatkan rawatan permata hijrah tu...umur saya 22 tahun, dah pakai speck dr darjah 3 lagi

terima kasih :)

wan salmah said...

wanneeza,
mata akak ni silau melampau, dah 4 bulan. dan rabun jauh (tak serius).

disebabkan silau, kepala naik pusing dan terpaksa dirawat. hospital kata normal, jd kena cari rawatan alternatif.

gi ke gombak, dpt rawatan drp permata hijrah. dia massage (free) dan baca doa2. beli ubat satu set, ada dlm rm650. jadi, titiklah ubat tu dan spray, 5 kali sehari. ambil masalah jugak, silau terus teruk, rasa pening, rasa nak menjerit sbb rimas, gelisah, nak celik mata susah dan berat.

alhamdulillah, dlm 3 hari ni rasa kelopak mata ringan sikit. bila bangun pagi rasa macam ada benda melekat kat bulu mata, lendir/selaput keluar kot..

utk matu rabun pun sesuai juga. kaedahnya mcm tulah. mula2 pakai pening dulu kot sbb dia nak sesuaikan diri. teruskan pakai, lepas tu hilang peningnya.

oh ya, power mata akak dah kurang se bulan selepas pakai ubat tu (gi cek ngan optometris). mmg dia target supaya tak yah pakai langsung spek. akak mmg x gemar pakai spek.

harga mmg mahal, tapi kalu beli masa ofer, yg harga rm900 jadi rm500, akak beli masa xofer, ofernya kemudian..

saranan akak agar pakai masa tak sibuk,sbb kot2lah masa mula2 pakai tu buatnya pening ke dsb, menggagau jugaklah,, jadi buat persediaan. akak cikgu jadi masa cuti ni kira rehatlah.. pening je tidur, relaks..

akak bagi konteks no tabib utama dia di ibu pejabat dia di kg geting, kelantan,sbb dia ekspert la kalu ada mslh dan dia selalu bagi talks kat ikim..nama dia us muhd ali.. kat gombak nama us basri, lg plk kalu org kl dekat skit kan..
us muhammad ali - 0133101214 (klantan)
us basri 012 6176541 (gombak)
selamat mencuba, semoga cepat sembuh..

wan-niza said...

mekasih ya
sy silau agak teruk...optometris yg latest sy jumpa kata kalau silau naik lg kena tempah lens khas sbb sy pakai contact lens..rs nye skarang dah tambah teruk sbb sy susah nak membaca kalau kertas terlalu putih..lampu dalam kelas pun dah buat sy susah nak membaca
mayb nak kembali pakai cermin mata..sy rabun jauh
terima kasih ye bg tau ttg rawatan tu...bleh la sy bajet masa utk dptkan rawatan tu
terima kasih skali lagi! :)