Friday, November 03, 2006

Hmm, salam aidil fitri lagi..

'Dah habis berjalan raya? Tentu belum kan. Baru balik dari kampung, terus bekerja, rumah jiran-jiran dan teman belum sempat diziarahi. Bagi kami di SMKA Pedas pula, malam esok iaitu Sabtu malam Ahad akan diadakan Majlis Graduasi kali pertama, bertempat di Selesa Beach Resort, Port Dickson. Jubah graduasi ungu lagi..

Saya ada cerita sedikit ni, kalau relevan bolehlah teruskan pembacaan ya. Lebih kurang sebulan yang lepas, wajah saya yang sebelum ini sehalus sutera (kuang kuang kuang) telah ditimpa sesuatu yang menyebabkan permukaan kulit seperti diturap-turap dan beruam-ruam. Bukan seorang dua kawan yang menegur bahkan pelajar tingkatan 1 pun naik hairan. Bimbang juga kalau semua muka saya dan satu badan jadi begitu..Sebelum ini saya ada ke klinik swasta tapi krimnya langsung sudah tidak berkesan. Makan ubat pun menjadikan saya mengantuk. Ada ke begini jadinya; saya mengambil ubat tersebut semasa sahur, semasa memandu ke sekolah saya rasa terhoyong hayang dan ketika memandu saya bernawaitu, sampai saja ke sekolah saya mesti tidur! Nak tau, saya tidur, bangun pergi kelas, lepas itu tidur balik begitulah sampai balik..dahsyat sungguh penangan ubat tu. Rasa hilang juga maruah diri tidur seharian begitu di bilik guru. Kawan-kawan habislah gelak. Saya pun gelak samalah..

Saya pun pergilah ke klinik pakar kulit. Encik doktor tak tanya pun saya makan apa walhal sebelum itu saya makan udang 2 ekor pun dah selsema teruk. Puas dia kaji masalah saya, dia pun tanya apa produk penjagaan wajah yang saya gunakan. Hairan jugalah sebab saya gunakan produk berasaskan alam semula jadi saja. Harga pun boleh tahanlah (bukan cikai-cikai nyer). Dia suruh saya berhenti pakai produk tersebut walaupun saya sudah memakainya lebih 2 tahun. Katanya alergik boleh berlaku bila-bila sahaja.

Saya ter sebut saya juga ada gatal di leher kerana memakai brooch. Ha..baru doktor boleh detact rupa-rupanya ini kes alergik nikel. Dia tanya, habis tu mengapa pakai lagi brooch ni? Alahai tuan doktor, nak pakai brooch emas satu ketul yang kecik tu lebih kurang RM400. Saya pulak suka hilang brooch. Yang sebenarnya, jika kita terus memakai benda yang kita alah, alahan kita tu akan berjangkit ke wajah dan seterusnya ke seluruh tubuh jika tidak dirawat dengan cepat. Bubuh la krim paling power pun tapi kalau masih pakai brooch biasa, masalah 'tidak akan selesai'. Doktor pun bagilah tiga jenis pil dan dua jenis krim. Ingatkan makan ubat doktor pakar ni ok, tapi lebih kurang sama saja. Hairan betul saya mengapa saya rasa begitu malas, mengantuk, tidak bermaya..Akibatnya seharian pulalah saya ketiduran di bilik guru..adus.. nggak mau udah makan ubat itu, rasa hilang harga diri gitu. Tapi penyakit saya beransur baik.

Syukur sekarang saya sudah dalam proses pemulihan. Sudah guna produk yang mesra alergik-neutrogena (wah iklan lah pulak). Nanti apabila dah pulih betul, saya nak makan ubat resdung atau ubat tradisional saja sebab tiada kesan sampingan. Saya juga sedang mencari brooch yang anti nikel. Rasanya ada.

Saya juga tidak boleh makan sebarangan ubat atau membeli sahaja tanpa nasihat doktor. Pernah seluruh muka saya membengkak macam digigit tebuan akibat makan ubat selsema dan ubat tahan sakit. Nak celik matapun sukar..rasa kelakarpun ada.. rugi tak sempat ambil gambar buat kenangan.. Kena inject antidot untuk meneutralkan balik alergik ubat tersebut. Pembantu klinik ketawakan saya, saya nak marah tapi saya pun ketawa melihatkan muka saya yang cantik itu..(rata macam ubi keledek!)

Hmm dah pukul 10.20 ni. Kena teruskan menanda kertas peperiksaan akhir tahun. Tinggal sekelas lagi. Masa membuat kertas soalan, masa menanda kertas, itulah detik-detik paling tidak best dalam diari kehidupan seorang guru. Apa tidaknya, kadang-kadang tidur sejam dua sahaja sebab nak kejar target.

****

Ini ada berita menarik daripada SMKA Pedas. Sekolah kami telah menghantar sepasukan peserta Kuiz Keusahawanan dan dua orang pemidato ke pertandingan kuiz keusahawanan dan pidato peringkat kebangsaan, bertempat di ESSET, Kajang. Walaupun inilah pertama kali pasukan kami menyertainya, mereka telah berjaya menduduki tempat ketiga kuiz. Pidato pula menyandang naib johan dan tempat ketiga. Wah, satu permulaan yang baik. Syabas dan tahniah. Peserta-peserta kuiz ialah Hidayat, Lyana Mastura, Azem, Noraini (semua 4S),dan pidato pula Fazrin (2R) dan Norhafidza (4S). Syukur alhamdulillah...
Hingga ketemu lagi.

No comments: