Assalamualaikum,
Hari-hari yang saya lalui agak sibuk. Pada hari pertama saya ke sekolah sekembalinya dari hospital saya mengadap pengetua. ebagai ketua jabatan beliau bertanya khabar saya sekeluarga, seterusnya bertanyakan tugas saya, sementelah lebih kurang 7 minggu saya menemani anak saya yang dirawat di hospital. Apa boleh buat, ada sesetengah perkara yang menimpa kita dan kita tidak berupaya mengawalnya. Saya berjanji kepada beliau saya akan cuba buat yang terbaik. Ya, saya seorang yang berkomitmen yang tinggi dalam kerjaya saya. Walaupun saya bukan yang terbaik, tapi suka bersaing (walaupun hanya dengan diri sendiri..)
Pelajar-pelajar yang saya tinggalkan, macam honey moon pula, maklumlah tiada nakhoda. Hmm, tak apa, saya akan kejar kamu semua (tingkatan 5) . Kena cari pendekatan terbaik, cara kekerasan bimbang patah, cara lembut nanti tidak menjadi, jadi, ambil semua cara, keras dan lembut, cara berhemah... inilah bisnes cikgu. Keputusan SPM bagi subjek saya di SMKUR tidak memberansangkan sebab tiada calon mendapat 1A. Di sekolah lama saya lain pula ceritanya. Sebelum ini pencapaian terbaik ialah C5, dan tahun lepas seorang calon dapat 2A..pecah rekod tu.. Yess, saya teruja ni (kalau ada yang buat saya syok sendiri, siap kamu..!)
tukar mood..
Sebenarnya saya masih tidak dapat menyembunyikan kesedihan akibat pemergian anak perempuan saya. Arwah Sarah sebelum pulang ke kampung macam-macam berpesan. Salah satunya ialah, 'bila birthday dia nanti dia minta saya agihkan jajan untuk kawan-kawan sekelasnya. Namun, menjelangnya 6 Februari yang lepas, saya sedang bergelut dengan baby saya yang kesakitan di hospital. Saya mengalami 2 kali kesedihan, melihat penderitaan anak yang sakit dan tidak dapat menunaikan hajat arwah anak saya.
Maka, pagi tadi, saya ke sekolah anak saya untuk membahagi-bahagikan jajan tersebut. Saya tidak dapat bercakap panjang dan berlama-lama di hadapan kelas anak saya... kawan-kawan anak saya, termasuk guru..sebak apabila saya beritahu pesanan arwah. Dia memang dikasihi sahabat-sahabat dan para guru. Sesekali syaitan menghasut saya supaya rasa kesal kerana pemergian anak saya yang baik, yang akan mengembirakan hidup saya. Adiknya Syamil dan Danial kehilangan kakak yang penyayang. Saya lawan hasutan itu dengan mengatakan Sarah bahagia di sana. Sarah juga 'berkorban' kerana akan menolong ibu bapanya di akhirat nanti. Saya terhutang dengan anak saya. Jika saya 'malas', saya akan ingatkan Sarah yang akan menunggu saya dan menolong saya. Saya nak sangat-sangat bersama-samanya di akhirat nanti, bernaung di syurga Nya..amin..
Minggu lepas, dengan hasil derma kawan-kawan,guru dan staf SKUR, saya telah membelikan banyak buku cerita (dengan bantuan sdri Nisah Haron) keluaran PTS. Sebelum ini kami selalu ke pesta buku dan novel=novel pTS adalah kegemaran anak saya. Saya dermakan buku-buku tersebut yang berjumlah lebih kurang 40 buah untuk diletakkan di Pusat Sumber Sekolah SKUR. Mama tahu Sarah akan gembira. Saya juga belikan kitab kecil 'majmuu syarif' untuk staf.. Walaupun jauh, mama tahu Sarah sentiasa di sisi..
1 comment:
Assalamualaikum,
Saya selalu buka laman blog puan,hanya untuk mendengar lagu instumental 'my way', sambil bekerja, tapi baru hari ini saya tergerak untuk membaca artikel yang puan muatkan dalam laman blog ini. Hati saya sangat tersentuh membaca cerita mengenai pemergian anak puan, saya ucapkan takziah, walaupun agak terlambat. Saya juga mempunyai anak yang agak-agak seusia Sarah, anak puan, dan kiranya dapat juga agaknya saya menyelami rasa sedih itu. Harap puan dan suami dapat bersabar atas ketentuan ilahi ini.
Post a Comment