Wednesday, December 31, 2008

Pencuri terperangkap 3 hari



KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

kisah ni dah seminggu dua berlalu, masa tu nak copy tak dapat, tapi apabila baca kisah "kuasa" amalan-amalan yang dilakukan, saya berusaha mencari artikel ni dan terima kasih kepada zamz on the blog yang telah menyiarkannya.

Zikir mustajab

Oleh Helmy Abd Rahman dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my

KAJANG: Amalan zikir dan doa secara berterusan ternyata kaedah paling mujarab buat Pembantu Pustakawan Universiti Putra Malaysia (UPM), Noraini Daud, 48, untuk membuka pintu hati anaknya, Norzarifah Kamarauzaman, 21, yang hilang di Australia sejak April lalu, kembali ke tanah air.

Bekas pelajar Curtin University of Technology, Perth, Australia itu, pulang secara tiba-tiba dua minggu lalu.

Lebih menakjubkan, beberapa hari sebelum kepulangan anak kesayangannya itu, Noraini berkali-kali bermimpi dia kembali ke pangkuan keluarga di Taman Bukit Mewah di sini, dengan wajah berseri-seri.

Noraini mengamalkan zikir dan doa itu selepas menemui Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek di Masjid Hasanah Bangi, dekat sini, 4 Disember lalu.


Sejurus mengetahui mengenai kepulangan gadis berkenaan, wartawan Harian Metro bergegas ke rumah keluarga Norzarifah yang dipanggil Ipah oleh keluarganya, malam tadi dan sempat bertemu bapanya, Kamarauzaman Nasir, 50, yang mengesahkan perkara terbabit.

Bagaimanapun, kata Kamarauzaman, Noraini dan Norzarifah berada di kampung di Perak untuk menghadiri kenduri doa selamat sempena kepulangan anaknya.

Menurut Kamarauzaman, dia terkejut dengan kemunculan anaknya secara tiba-tiba tanpa memaklumkan mengenai kepulangannya.

“Ipah langsung tak beritahu apa-apa dan kepulangannya memang mengejutkan kami. Kami sangat bersyukur apabila melihatnya depan mata. Rasa seperti bermimpi pun ada.

“Namun, dia beritahu ingin berehat dan agak tertekan selepas mengetahui kisahnya disiar akhbar,” katanya.

Ditanya sama ada Norzarifah dilaporkan mengikut kekasih warga Australia, Kamarauzaman berkata, anaknya menafikan perkara itu.

“Ipah memberitahu banyak cerita yang tersiar mengenainya tidak benar,” katanya.

Pada 4 Disember lalu, Noraini meminta bantuan wartawan Harian Metro untuk menghubungi Pisang selepas membaca laporan akhbar ini mengenai bekas pelajar genius, Sufiah Yusof, 23, yang kembali ke pangkal jalan menggunakan kaedah Islam.

Dua hari kemudian, Pisang mengeluarkan kenyataan untuk membantu mengesan dan membawa pulang Norzarifah yang dilaporkan lesap di Perth.

Noraini menemui Hanafi di Masjid Hasanah Bangi untuk meminta pertolongan mengesan anaknya.

Kisah Norzarifah mula disiarkan akhbar ini pada 25 September lalu apabila dia dikejarkan ke hospital di Australia dipercayai kerana menelan 50 biji pil paracetamol akibat tekanan.

Norzarifah terpaksa dikejarkan ke hospital namun sebaik saja pulih, dia dikatakan mengikuti seorang lelaki warga Australia yang dipercayai kekasihnya.

Mengulas kepulangan pelajar itu ke tanah air, Hanafi berkata, dia bersyukur Norzarifah kembali ke pangkuan keluarga tidak sampai sebulan selepas pertemuan wakil Pisang dengan ibunya di masjid berkenaan.

Menurutnya, Noraini ada memaklumkan dia bermimpi anaknya pulang dan kini, memang benar berlaku.

“Amalan dan zikir itu memang saya ajarkan kepada sesiapa yang datang mengadu mengenai kehilangan anak dan kebiasaannya mereka pasti bercerita mengenai mimpi anak pulang ke rumah sama seperti Noraini,” katanya.

“Pihak saya pula akan melakukan solat hajat, bacaan surah Toha dari ayat satu hingga enam serta beberapa amalan tertentu. Alhamdulillah kerana Allah swt mendengar rintihan hamba-Nya, Norzarifah kini pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya.


Amal doa, zikir, solat hajat


KAJANG: Pembantu Pustakawan Universiti Putera Malaysia (UPM), Noraini Daud, mengamal beberapa zikir dan doa sebagai usaha membawa pulang anaknya, Norzarifah Kamarauzaman, yang dilaporkan hilang di Perth, Australia.

Zikir dan doa itu diberikan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengaruh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek.

Antara amalan membawa pulang individu hilang:

# Membaca surah al-Fatihah dalam satu nafas.

Pada ayat keempat yang bermaksud: Hanya Engkau Tuhan aku sembah dan hanya Engkaulah Tuhan yang aku minta pertolongan, terus berdoa dalam hati agar pulangkan anak.

# Membaca 40 kali surah al-Ikhlas sehari dengan setiap satu ayat senafas. Pada ayat kedua: “Hanya Allah tempat meminta” terus lintaskan dalam hati nama anak.

# Solat hajat

# Baca surah Toha dari ayat satu hingga enam.

Monday, December 29, 2008

20 tip lupakan kenangan silam

cedokan daripada majalah MIDI (ada ubah suai)

1. Fokuskan pada masa depan kerana ia memberi peluang untuk kita menjadi lebih baik. Dengan sisa-sisa kehidupan yang masih ada, jangan persia-siakan.

2. Selalu beristighfar dan memaafkan orang lain, situasi, benda, perkara lain atau diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat menghilangkan rasa marah, kesal dan tekanan.

3. Tidak ada manfaat mengenang kisah pahit dan dosa-dosa silam jika anda tidak bersungguh-sungguh menyingkirkannya. Walaupun payah, anda harus melakukannya.

4. Banyakkan solat dan jangan berputus asa berdoa kepada-Nya. Jiwa kehidupan lalu dipenuhi dosa, bertaubat dan bersihkan jiwa. Bangun munajat pada kedinginan malam kerana itu lebih khusyuk dan dekat dengan Sang Pencipta.

5. Berdampinglah dengan orang-orang yang baik, beriman dan dapat memberi motivasi untuk membaiki diri anda. Cari kawan/ kawan baru yang positif.

6. Berikan tumpuan atau fokus pada keinginan hati. Sudah berpuluh-puluh tahun mencari matlamat hidup tapi masih kabur. Tidak mengapa kerana anda masih belum terlambat. Jika anda tetapkan matlamat ingin lupakan kenangan lalu yang lebih indah, pasti anda lebih teruja.

7. Tulis satu persatu kenangan yang anda ingin lupakan. Lipat, masukkan dalam kotak. Campak, buang jauh-jauh atau bakar. Itu sebagai simboliknya. Memang sukar tapi jangan berhenti mencuba.

8. Jika kenangan itu masih terlintas di fikiran anda, cepat-cepat alihkan pada perkara lain yang lebih menarik. Sentiasa berlatih dan berjuang.

9. Cuba keluar daripada perangkap emosi (kehilangan, perpisahan, kesilapan, dosa besar, tragedi dsb). Jika tidak, diri akan sentiasa terperangkap dalam dunia yang kita cipta sendiri. Dan terus terkenangkannya dan terusan melakukan kesilapan.

10. Gunakan minda bawah sedar anda. Selalu katakan pada diri "aku boleh" "aku mahu jadi lebih kuat dan ceria", "aku ingin hiduplebih tenang dan bahagia"

11. Bayangkan di fikiran anda apa yang anda mahukan, diri anda yang sudah berjaya, sudah ceria, tiada lagi wajah yang murung.

12. Yakin pada diri anda boleh berubah; emosi yang sedih sudah menjadi energetik, fikiran negatif menjadi positif, asalkan anda mahukannya

13. Tukar penampilan diri kepada yang positif. Jika sebelum ini anda tidak peduli tentang apa yang anda pakai, sekarang cuba variasikan gaya berpakaian. Contoh warna merah melambangkan tenaga, ceria.

14. Jangan separuh jalan saja. Jika berhadapan lagi dengan cabaran, teruskan usaha anda.

15. Contohi orang yang telah berjaya, sebab kebiasaan orang yang berjaya bijak mengawal kehidupan dan emosi walau apapun cabaran yang mereka tempuh sebelum ini.

16. Jika anda dapat mengawal emosi, anda akan lebih tenang dan tekanan akan menjadi kurang. Anda akan dapat teruskan kehidupan atau kerjaya dengan lebih baik.

17. Fikiran kita yang mengawal kehidupan kita. Jika kita kata sesuatu itu susah, maka susah akan jadinya. Think positive

18. Sentiasa ingat, patuh akan perintah Allah dan jauhi larangan-Nya. Lakukan sesuatu bukan kerana orang lain tapi untuk diri anda sendiri, kerana Allah swt.

19. Buat sesuatu yang seronok dan mengembirakan. Lakukan hobi yang menarik minat dan melekakan (yang positif), seperti berkebun, melukis, melancong.

20. Jika terlintas juga, bacalah selawat ke, zikir ke dsb. Ingatlah betapa bodoh dan tidak berbaloinya menanggung bebanan itu. Siapa yang menderita, rugi? Orang lain berbahagia, tidak apa-apa, kita yang menangis sorang-sorang siapa suruh?

Memang bukan mudah untuk menghapuskan kenangan pahit silam.Tapi kita mesti mencuba dan mencuba. Mintalah pertolongan daripada Pencipta kita. Bersabarlah kerana setiap sesuatu itu ada tempoh-tempohnya. Cuba tamatkan tempoh bersedih. Masa juga penyembuh yang terbaik..

Selangkah ke tahun baru...

Syukur alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya dapat lagi kita menghirup nafas di bumi Nya yang fana ini.
Kalau tahun lepas, apa azam saya ya? Entah ada @ tidak azamnya, sebab masa itu saya sedang tidak sihat. Masih dalam pantang, kemalangan dan bersedih (kehilangan anak dalam kemalangan dan kecederaan diri dan anak-anak).

Tapi itu cerita tahun lepas. Tahun ini insya Allah dan alhamdulillah saya dan anak-anak sudah sihat. Kalau ada sikit-sikit tu biasalah kan, yang penting tu semangat dah pulih...

Azam tahun ini? Secara amnya samalah juga dengan orang-orang lain, hidup mesti lebih berkualiti. Kalau tahun lepas awal tahun cuti (masih cuti bersalin), pergi sekolah sekejap selepas habis pantang, kemudian anak sakit (major operation dan perlukan rawatan intensif di HKL selama 7 minggu). Saya tidak dapat perform sebagai seorang guru dan jawatan saya sebagai ketua bidang teknik dan vokasional. Terkilan juga sebab saya dalam keadaan biasa amat mementingkan kerjaya dan sukakan kerjaya saya. Bagai saya pernah sebut sebelum ini, ada masalah yang kita boleh kawal dan ada masalah yang kita tdak boleh kawal. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, guru-guru dan semua staf, pelajar. Kepada ahli keluarga saya yang banyak membantu, memahami masalah saya. Kepada sahabat yang banyak menolong semasa saya susah. Kepada jiran-jiran yang membantu saya walaupun kita tidak ada pertalian darah. Jasa anda terlalu besar, ada yang boleh balas tapi lagi banyak yang tidak dapat dibalas. Semoga Allah meberi sebanyak-banyak ganjaran sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak..

Berbalik pada azam tahun ini, jadi saya nak "tebus" apa yang saya tidak dapat buat tahun lepas, insya Allah. Tak berani cakap banyak di sini tapi saya akan cuba buat yang terbaik.

Kemudaian, saya ingin memohon pertukaran balik ke negeri asal saya sekali lagi pada permohonan April nanti. Semoga Allah perkenankan doa hambaNya yang lemah tapi amat membutuhkannya ini.

Jika saya dapat balik ke kampung, saya akan membina rumah baru kami. Rangka konsep dah ada.

Besarnya cabaran saya nanti, berpindah negeri setelah saya tinggalkan sekian lama. Buat pengetahuan anda, saya sudah berhijrah sejak di tingkatan 2 lagi hingga sekarang. Balik duduk di Kelantan sekejap saja dulu iaitu semasa saya lepas graduate, sempat kerja sementara sekejap, berkahwin dan merantau. Saya tidak pernah mengajar di negeri sendiri, ish suspens pulak.

Nak buat rumah...

Insya Allah, i'll survive n strong...
dengan rahmat dan kasih sayang Mu aku bisa berbuat apa saja...

Wednesday, December 24, 2008

Cikgu kena tipu

Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita tidak menyangka menjadi mangsa penipuan seorang lelaki yang menyamar pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) kononnya mampu mendapatkan komputer riba model terbaru yang dirampas dengan harga murah.

Guru sebuah sekolah menengah di Cheras di sini terpedaya dengan lakonan suspek apabila menyerahkan wang RM1,000 sebelum lelaki berkenaan yang kononnya mahu mengambil barang terbabit lesap.

Menurut sumber, mangsa berusia 30-an itu pada mulanya secara tidak sengaja terserempak dengan lelaki terbabit di kedai buku di sekolah berkenaan pada jam 12 tengah hari Rabu lalu dan menawarkan komputer riba model terbaru dengan harga murah.

“Kerana berminat, mangsa bersetuju membeli komputer riba berkenaan dan berjanji dengan lelaki itu untuk berjumpa empat jam kemudian pada hari sama,” katanya kepada Harian Metro.


Sumber itu berkata, mereka berjumpa di sebuah bank di Bangsar di sini dan guru berkenaan langsung tidak mengesyaki dia ditipu oleh lelaki terbabit.

“Ketika berjumpa, suspek meminta mangsa membayar wang terlebih dulu sebelum dia mengambil komputer riba itu di tempat lain.

“Mangsa yang tidak mencurigai apa-apa termakan dengan helah lelaki terbabit lalu membayar RM1,000 kepada suspek,” katanya.

Katanya, suspek menyuruh mangsa menunggunya di bank itu sementara dia mengambil komputer riba dijanjikan

“Namun, selepas hampir sejam menunggu, bayangnya masih tidak kelihatan sebelum mangsa menyedari dia ditipu lalu cuba menghubungi telefon bimbit mangsa, namun ia tidak diangkat.

“Mangsa yang hampa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Razak di sini sebelum menghantar SMS kepada suspek memaklumkan mahu membuat laporan polis jika tidak memulangkan wangnya,” katanya.

Menurut sumber, mangsa terkejut kerana lelaki terbabit menghubunginya selepas dia menghantar SMS untuk membuat laporan polis dan meminta nombor akaun bank untuk memindahkan wang RM1,000 berkenaan.

“Tapi, mangsa sekali lagi hampa selepas wang pindahan dijanjikan lelaki pembohong itu tidak ada dalam akaun banknya.

“Mangsa yang merasa ditipu dan risaukan keselamatan dirinya membuat laporan pada Khamis lalu di Balai Polis Travers,” katanya.

(Macam pernah dengar cerita "kastam kastam" ni- jual benda murah

SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430

Semoga dengan kehadiran tahun baru ini, maka bertambahlah ketaqwaan kita kepada yang maha Esa, InsyaAllah.


Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun

(Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah - Ahad 30 Zulhijjah 1429H bersamaan 28 December 2008)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun

(Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib - Isnin 1 Muharam 1430H/ 29 Decmber 2008)

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

.
Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.


Marilah kita sama-sama “ Memartabatkan Islam”.

Wassalam
(Diforward oleh kak Nik Asmak)

maaf ya sebab bacaan dalam bahasa Arab tidak dapat dicopy dan paste pula.

Wednesday, December 17, 2008

Foto kenang-kenangan


Lagi gambar bekas pelajar-pelajar SMKA Pedas. Ada nasi beriani, roti jala (ois sedap betul kari tu), pizza hut, kek coklat dan buah-buahan.. Semua makanan disediakan sendiri oleh mereka, tapi memang mereka ni boleh jadi perancanglah, sebab pandai memilih makanan sedap-sedap. Minta mahap ye, cikgu kurang sihat, dapek sedio air yo...Harap belajar rajin-rajin, kebanyakan mereka ambil course akauntan, lain-lain bisnes, ekonomi, undang-undang, dll.. tak kisahlah apa keadaan ekonomi sekarang, inflasi ke, deflasi ke yang penting ilmuan mesti dilahirkan dan kita dapat membangunkan negara kita walau apapun situasi kita/negara kita...


Ini ialah bekas pelajar-pelajar kelas saya di SMKA Pedas, calon SPM 2006. Setelah mendapat tahu saya memohon pindah, mereka berpakat untuk berkumpul di rumah saya dan makan-makan.


Hari Raya Aidil Adha di rumah kakak saya di Taman Mega, Cheras


Birthday boy Syamil, kami meraikannya di KFC Jaya Jusco.


Gambar ini dirakam semasa kami berkunjung ke rumah blogger Awwa di Petaling Jaya. (Hari tu Danial kena penyakit mata merah, berjangkit daripada saya la. Kesiankan kat dia). Bilalah lagi kami dapat ke rumah Awwa...


Foto kenang-kenangan 2008


Ini titik tumpu lanskap sekolah kami.


Kemenangan pihak sekolah/pelajar MPV lanskap disambut oleh rakan-rakan sekelas. Pelajar-pelajar yang menjayakan lanskap sekolah bergambar kenang-kenangan di hadapan lanskap sekolah kami pula, tema Bali- Nusantara pimpinan cg A. Rahman


Ketua pasukan SMK Undang Rembau, Khairul Azizi, pelajar MPV lanskap dengan plak Naib Johan peringkat negeri..tahun depan johanlah pulak ya..


Lanskap pintu masuk SMK Gemas. Sepasangan pancuran air daripada buluh saling bersambut. Kreatif jugak ya... boleh ciplak nih..


Lanskap yang menang tempat pertama pertandingan lanskap sekolah-sekolah menengah negeri Sembilan - SMK Gemas



Lawatan kerja AJK Bilik Dokumen SMK Undang Rembau ke SDAR


Foto kenangan-kenangan


Gambar ni semasa kami di Cameroon Highland

Ni gambar Danial sehari dua selepas balik dari hospital, ala comeinya..

Sarah, Hajar dan Syamil masa kecil-kecil dulu...

Foto kenang-kenangan

Aidil fitri 2007, anak-anak di hadapan rumah kami. Arwah Sarah paling hampir dengan kereta. (Raya terakhir arwah). Masa itu Danial masih di dalam kandungan.

Foto kenang-kenangan

Aidil Fitri 2008, kehadiran orang baru, Ahmad Luqman Danial (baby) di samping abang-abang dan kakak-kakak - Afiq(baju biru), Maryam (biru), Zahid (merun), Hajar (merun), Syamil (hijau muda).

Tuesday, December 16, 2008

Berita tak berapa gembira

Hari ini 16 Disember, keputusan rayuan permohonan pindah akan diketahui hari ini. Kepada sesiapa yang baru singgah ke blog ni, buat makluman saya telah memohon untuk bertukar ke negeri Kelantan pada September lepas lagi ,tapi tak berjaya dan membuat rayuan pertukaran. Malam semalam entah berapa kali saya terjaga. Jadi, apabila saya terjaga pada jam 5, saya terus bangun dan meng on internet explore.

Dari semalam saya sudah bersedia (cuba) walau apa-apapun keputusan yang bakal diperoleh, berjaya atau gagal, saya akan terima, sebab walaupun saya berdoa agar dapat berpindah sesegera yang mungkin, tetapi saya juga bermohon agar Allah membuat keputusan yang tepat kepada saya. Bonda saya telah uzur (umur 84 + tahun) dan saya pula tiada saudara mara di sini, kalau terjadi sesuatu saya terkontang kanting di sini. Memang ramai sahabat, jiran yang membantu tapi tidak seronok juga jika selalu meminta tolong mereka. Kalau di tempat sendiri lainlah.

...Saya gagal lagi... Saya tak percaya dan beberapa kali meng on portal tersebut, tapi itulah keputusannya...

Nampaknya saya kena meneruskan lagi kehidupan saya di sini. Insya Allah saya cuba mempositifkan diri dan keluarga saya, menerima takdir sebaik mungkin. Hikmah? Mungkin Allah nak bagi saya selesaikan beberapa masalah di sini dulu seperti urusan jual beli rumah ini hingga selesai, bagi badan saya dan Danial betul-betul pulih. Hingga hari ini saya belum betul-betul baik. Danialpun masih kecil, nak bertukar suasana, pengasuh bukan perkara mudah.


Kalau saya dapat bertukar balik ke Kelantan, dengan cuti yang tinggal 3 minggu lagi, masa itulah saya nak urus jual beli rumah (memang tak sempat dan terpaksa datang lagi), nak uruskan pertukaran sekolah saya, anak-anak (2 orang), cari rumah, tinjau sekolah, pengasuh Danial, dan macam-mcam urusan lagi dengan keadaan saya yang belum betul-betul kuat. Anak sulung saya pun masih belum stabil, baru memulakan kerja (sekarang tinggal dengan kawan-kawannya di Subang) dan ingin sambung belajar (separuh masa). Anak kedua saya Maryam pun baru 1 sem di UKM, biar betul-betul stabil dulu.

Yang sedih ialah bonda saya. Macam mana saya nak beritahu beliau saya tidak dapat bertukar ni. Biasanya berita sedih tentang diri saya kakak sulung saya yang akan sampaikan, sebab saya tak sampai hati. Sebelum ini saya dah merancang, apabila balik nanti saya akan dirikan rumah (idaman saya) di tanah yang dikurniakan oleh bonda saya (tanah kesayangan beliau). Taman di sisi rumah, yang dapat dinikmati kehijauannya, keceriaan petunia, harumnya toking, percikan air, kilasan koi kuning, oren, putih, merah, sama ada waktu siang atau malam. Saya akan tempatkan bonda di kerusi malas di anjung taman. oh Tuhan.. panjangkanlah umur kami dan berkatkanlah umur kami agar kami dapat mencapai impian kami... kepada sesiapa yang sudi doakan yang terbaik buat kami, dipanjangkan umur, diberkati umur, dipermudahkan segala urusan...amin...

Berita gembira

Laptop

Selepas hari raya puasa, kira-kira seminggu selepas itu, saya telah dikehendaki menghadiri kursus PTK. Macam dalam satu plot drama, tercetus pula halangan-halangan, yang nak saya tuliskan di sini ialah dua hari sebelum pemergian ke Johor Bahru tiba-tiba saja laptop saya 'terpadam', blank dan mengeluarkan bunyi yang bising.., sedangkan esei tugasan masih belum siap. Tapi syukur sebelum itu saya terlintas nak save dalam pendrive untuk dicetak dan disemak oleh pengetua (masih belum betul-betul siap).

Satu lagi telefon bimbit saya yang rosak sebelum pergi PTK juga...ai..masa-masa kecemasan ni macam-macam benda berlaku..sabar je la, dalam setiap movie mesti ada tril..

Laptop tersebut saya hantar ke dr ICT, didapati melibatkan motherboard, keyboard, kesemua sekali memakan belanja RM1400,"nak proceed?" beliau bertanya hendakkan kepastian memandang kan belanja yang agak besar. "proceed!" tegas saya kerana untuk mendapatkan sebuah laptop baru saya ada senarai panjang untuk bajet diri dan keluarga yang lain.
Maka semalam laptop saya sudah pulih..tension betul tiada laptop ni, menggunakan PC yang nyawa-nyawa ikan diserang virus, masalah keyboard sungguh memenatkan. Sekarang PC tersebut sudah tidak boleh digunakan, sudah dihantar ke bengkel dr ICT saya...(hanya yang mengalami masalah yang sama memahami nya kan..)

Handset saya pula saya pinjam handset anak untuk ke PTK. Terkial-kial guna sebab banyak icin yang tak sama. Nombor telefon simpanan di dalamnyapun banyak yang tidak ada. Masa tu juga saya sudah iklankan rumah saya, jadi komunikasi sat-saat ini sangat-sangat penting. Selepas balik dari kursus, saya membawa telefon tersebut ke kedai. Total kesemua bayaran, dengan semua diganti kira-kira RM120. Kerosakan pula lepas satu-satu dapat dikesan, kalau tidak hampir saya dapat telefon baru..ish gunalah yang lama hingga betul-betul total lost. Banyak foto yang saya simpan di dalamnya belum disalin atau dicetak. Ada foto dan klip video arwah Sarah, anak saya Danial semasa dirawat dan dioperate di HKL dll. Sekarang telefon itu sudah boleh diguna dan anak saya Zahid sedang memindah foto-foto tersebut..
Syukur...

Sunday, December 07, 2008

Genap setahun pemergianmu...

Dua hari sebelum Aidil Adha 1428. Sarah dan ahli keluarga yang lain kelihatan begitu ceria untuk bertolak pulang ke kampung berjumpa nenek mereka dan ahli keluarga yang lain. Keterujaannya saya anggap biasa walaupun dia kelihatan begitu ceria.Sebagai ibu yang 'ditimpa masaah' tentulah melihat anak ceria menjadikan saya gembira. Tidak pernah terfikir mengapa dan mengapa.

Apabila saya fikir-fikirkan, arwah Sarah bagai sudah terasa bahawa dia akan pergi lebih awal. Cuma mungkin dia tidak tahu hakikat sebenar dan tidak tahu untuk menceritakan. Jika dikira 100 hari sebelum pemergiannya, pada waktu itu dikira akhir semester 2 2007. Dia bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya untuk peperiksaan akhir dan beria-ria menghafal. Dia anak yang memang rajin tapi kali itu bersungguh-sungguh dia menghafal. Adiknya iaitu Syamil pula langsung tiada sense peperiksaan, nasihatnya kepada Syamil "Syamil, baik kau baca buku, kalau tidak kau menyesal!".

Saya pula akhir-akhir tu suka sangat menonton Astro (Discovery; Everest..). Suatu hari saya membelek-belek Astro guide dan meneliti rancangan sepanjang bulan. Dia berpaling ke arah saya dan dengan nada suara agak terkejut berkata"Oh mama, Sarah ingat buat apa tu". Dia sangkakan saya membaca buku-buku yang serius, rupa-rupanya hanya Astro guide. Tapi saya langsung tidak perasan itu satu petanda dia berpesan sebelum pergi.

Masa tu dia dalam darjah 4 (2007). Sentiasa excited dalam semua pekerjaan yang diakukan. Dia satu-satunya anak yang akan bercerita perkara yang berlaku di sekolah terutama sekolah petang. Jika dia bercerita tentang kawannya siap nama ayah kawannya sekali. Dia juga suka mengajuk gaya saya yang suka memetik jari di meja atau di mana-mana (ala-ala orang main piano) dan menggaru-garu telinga/tekak jika keresdungan sambil tergelak-gelak. Dan saya pun akan tergelak sama melihat gelagatnya.

Semasa cuti sekolah, ketika itu saya sudah melahirkan Danial. Saya sungguh tidak terdaya untuk melayan anak-anak saya dan syukurlah kakak saya dari Cheras kerap datang menemankan kami. Kakak saya iaitu Hajah Wan Kelthom yang baru bersara (juga kemurahan Allah) rajin melayan anak-anak saya dan membawa mereka ke kedai. Beliau juga membelikan uniform sekolah untuk anak-anak saya.

Suatu hari Sarah memakai baju sekolah paginya (uniform pengawasnya siap sepasang).."Mama" dia menarik perhatian saya sambil tersengih-sengih. Kemudaian dia masuk lagi ke bilik dan menukar uniform lain, setiap kali dia bertukar pakaian dia memanggil saya untuk melihat dia berpakaian begitu... Sungguh, langsung tidak terlintas apa-apa di fikiran saya melainkan saya rasa gembira melihat dia ceria.

Sarah ni berbadan kecil, rambut pun kemerahan. Saya selalu mengatakan pada dia "Itulah tak nak makan sangat, tak cukup zat!" (dia bertanya mengapa rambutnya begitu). Tetapi akhir-akhir itu setiap kali dia melintasi saya dia tersenyum-senyum "Mama, Sarah dah nak sama tinggi dengan mama" Memang ya..biasanya anak-anak saya akan sama tinggi dengan saya pada akhir tahun darjah 6.

Dia anak yang mengalah tidak kira kepada adiknya Syamil dan sangat melayan adik-adiknya. Saya diberitahu Sarah membacakan yasin untuk saya semasa saya di hospital semasa bersalinkan Danial. Dia anak yang bersungguh-sungguh nak menghabiskan al Quran, satu-satunya berkhatam secara rasmi dalam masjlis khatam al Quran di sekolah fardu ainnya, dan membuat air yasin sendiri.

Dia anak yang menjaga solat dan mengganti jika tertinggal serta menjaga aurat. Sehari dua sebelum bertolak balik ke Keantan, dia berbual dengan kakaknya Hajar yang berada di tingkatan 1, "Hajar, nanti balik rumah tokcik, kau nak pakai tudung tak dalam rumah, aku nak pakai"...

Semasa di dalam kereta, kira-kira 2 jam sebelum kemalangan, dia meminta untuk memangku adiknya Danial (masa tu berumur 36 hari), lama juga dia meriba adik dia..

Terlalu banyak kenangan kami kepada Sarah.

Akibat kemalangan, boleh dikatakan saya lebih banyak tidak sedar daripada sedar. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana selepas saja tragedi itu,saya tersedar sekejap. Pandangan saya kabur tetapi saya nampak Sarah dengan jelas. Pada masa itu dia sudah tidak sedar. Saya sempat membelek badannya yang berlumuran darah. Kemudian saya tidak sedar balik. Banyak perkara yang saya tidak tahu/perasan kecuali setelah diceritakan balik oleh anak saudara saya Fadhillah dan anak-anak saya(Hajar dan Syamil). Tapi sekali lagi saya bersyukur kerana saya dapat menatap wajah arwah Sarah buat kali terakhir sebelum saya dan Danial dikejarkan ke HospitaTemerloh kerana kepala Danial perlu di citi scan. Wajahnya bersih, tenang seolah-oah sedang tidur dengan nyaman (walaupun dia cedera parah di kepala).

Dia bagai permata yang tidak ternilai kepada kami dan kepada pihak sekolah. Tapi, bak saya pernah berkata dahulu, dia ialah pinjaman Allah kepada kami dan Dia berhak mengambil pinjamannya bila-bila masa. Walaupun sedih saya yakin anak saya akan dijaga dengan lebih-lebih baik, berbahagia di sana dan yang tentunya akan aman dari segala 'deraan' dunia. Allah lebih sayangkan dia.

Saya selalu terfikir, mengapa saya 'tidak diberitahu atau diberi bayangan' akan pemergiannya, contohnya bermimpi ke, kan saya ni ibu dia.. Kemudian barulah saya mendapat jawapannya (jawapan saya sendiri), tragedi itu memang sudah ditakdirkan Allah akan terjadi pada detik itu, kalau saya tahu mungkin saya tidak mahu balik (dan lain pula jadinya). Juga Allah tidak mahu saya terlalu sedih kerana saya telah mengalami beberapa rentetan kisah duka dalam kehidupan saya.

Sekarang saya sudah ada anak yang sedang menunggu saya di sana.. Dia anak yang baik dan sentiasa baik...

Wednesday, December 03, 2008

Duit tanpa sandaran

Bersama Zaharuddin Abd Rahman

MENYAMBUNG perbincangan untuk mengetahui peranan duit kertas hari ini, dalam bahagian kedua daripada tiga siri ini kita teruskan dengan melihat pula perkara berikut:

1. Duit Kertas Fiat (Fiat Money)

Selepas memahami keperluan dan bahagian rizab perbankan, lebih mudah untuk kita faham bagaimana duit kertas hari ini dicipta. Semuanya bermula pada 1971 apabila munculnya Fiat Money iaitu duit kertas yang ada di sekeliling kita hari ini.

Ia wang kertas yang tidak disandarkan kepada apa-apa logam berharga seperti emas dan perak. Ia bukan lagi sesuatu yang melambangkan mata wang sebagaimana diterangkan sebelum ini.

Ada yang berpendapat Fiat Money dicipta kerana jumlah emas yang tidak mencukupi untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi yang begitu cepat. Lombong-lombong emas gagal menghasilkan emas yang mencukupi untuk penciptaan wang.

Maka atas dasar ingin melonjakkan pertumbuhan ekonomi, pergantungan kepada emas fizikal tidak lagi berkesan. Natijahnya Fiat Money dicipta. Perkataan ‘Fiat' berasal daripada perkataan latin yang bermaksud ‘let it be done' (biarkan ia berlaku).

Memang benar, Fiat Money yang wujud hari ini boleh dicetak kerajaan berdasarkan kehendak mereka, sebagaimana yang dikatakan dicipta ‘from the thin air' (daripada angin lalu).

Menurut investopedia, Fiat Money dijelaskan sebagai “mata wang yang diisytihar kerajaan sebagai tawaran yang sah, sedangkan kenyataannya ia tidak ada nilai hakiki dan tidak didukung oleh rizab.

Berdasarkan sejarah, kebanyakan mata wang memang didasarkan pada komoditi fizikal seperti emas atau perak, namun Fiat Money didasarkan semata-mata di atas kepercayaan.”

Jelasnya, apakah asas penciptaan wang kertas hari ini? Ia hanya berdasarkan kehendak dan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilainya.

Jika tiba-tiba semua rakyat di dunia, enggan mengiktiraf dolar AS (USD) dalam transaksi mereka. Nilai USD akan menghadapi masalah, demikian juga Ringgit Malaysia (RM).

Nilai wang kertas Fiat ini pula kebanyakannya ditentukan oleh keyakinan manusia kepada kerajaan yang mengeluarkannya, ia dibiarkan terapung (floating) mengikut suasana ekonomi di sesebuah negara.

Sebab itulah jika kerajaan sewenang-wenangnya mencetak wang kertas Fiat, ia sama sekali tidak menjadikannya kaya, malahan nilai mata wangnya semakin jatuh.

Biasanya, apabila berlaku perang atau masalah ekonomi seperti di AS dan Eropah di waktu ini, kerajaan melalui bank negara mereka akan mencetak lebih banyak wang kertas Fiat bagi menghadapi urusan peperangan atau masalah kredit.

Apabila cetakan begitu dahsyat sampai melebihi perkembangan sebenar ekonomi dalam negara berkenaan, inflasi atau susut nilai mata wang akan berlaku. Proses pertambahan jumlah wang kertas dalam pasaran dunia atau sesebuah negara ini dinamakan money supply.

Justeru, cetakan wang kertas dalam sesebuah negara mesti dikawal oleh kerajaan sebaik-baiknya, selaras dengan perkembangan industri dan perniagaan dalam negaranya. Jika jumlah wang kertas yang dihasilkan melebihi kadar pertumbuhan industri dan perniagaan sesebuah negara, nilai mata wangnya akan jatuh merudum dan kuasa beli mengecut.

Tatkala itu inflasi akan berlaku. Contoh mudahnya, jika dulu RM5 boleh membeli ayam sekilogram, selepas inflasi RM5 hanya boleh membeli setengah kilogram ayam.



2. Duit kertas Fiat secara semula jadinya dicipta dengan faedah penyebab inflasi.

Ini satu lagi hakikat yang mesti difahami. Ia berbeza dengan sistem kewangan Islam. Namun saya belum berkesempatan menghuraikan lanjut bagi mengelakkan artikel ini menjadi terlalu panjang.

Dalam sistem konvensional hari ini, setiap duit yang dikeluarkan dianggap barang dagangan (komoditi) yang mesti menghasilkan keuntungan dengan sendirinya. Mereka percaya cara mendapatkan keuntungan adalah melalui faedah yang dikenakan kepada peminjam.

Ini amat bertentangan dengan Islam yang menghalalkan keuntungan dicapai melalui proses jual beli. Mengapa berbeza? Kerana proses jual beli memberi ruang pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh, membuka peluang kerja, peluang pembekal barangan, pasir, kontraktor dan ramai lagi akan mendapat manfaat daripada proses penghasilan keuntungan melalui jual beli.

Ini sangat berbeza dengan pemikiran konvensional yang ingin menghasilkan duit daripada pinjaman duit. Bagi mereka, duit dan wang dengan sendirinya adalah komoditi. Ia ibarat sebuah rumah, minyak petrol dan gas, kereta, lembu atau ayam yang boleh menghasilkan duit sama ada dengan menyewakannya, menjual atau meminjamkan. Ia mesti membawa hasil pulangan.

Sekali lagi ditegaskan, setiap wang kertas Fiat yang dikeluarkan bank atau sesebuah kerajaan dilahirkan dengan faedah di sebaliknya atau bersamanya, sejak dari mula asal usul penciptaannya.

Katalah Robin satu-satunya manusia berdikari yang ingin menggunakan wang kertas Fiat di Bandar Gotham. Hanya ada sebuah bank di Bandar Gotham, iaitu bank D. Tiada sebarang wang kertas dalam pasaran dunia Gotham ketika itu.

Kini Robin memerlukan wang sebanyak Gotham Dollar 2,000. Permohonan kepada bank dibuat, bank mencipta wang yang diminta dari ‘thin air' tanpa sebarang sandaran. Dipinjamkannya kepada Robin Gotham Dollar 2,000 itu dengan faedah sebanyak Gotham Dollar 500.

Masalahnya, dalam pasaran dunia itu, wang yang wujud hanyalah Gotham Dollar 2,000 kerana itulah duit pertama yang dicipta oleh Bank di Bandar Gotham. Justeru, bagaimana Robin ingin mendapatkan lagi Gotham Dollar 500 untuk menyelesaikan faedah kepada bank D sedangkan tidak wujud Gotham Dollar yang lain selain 2,000 yang baru dicipta tadi?

Jawabnya, Robin terpaksa pergi kepada Bank D sekali lagi, kali ini ingin meminjam Gotham Dollar 500 pula kerana berhasrat ingin menyelesaikan hutangnya dengan faedah. Bank memberi pinjam Gotham Dollar 500 tetapi sekali lagi ia dikeluarkan dengan faedah, kali ini sebanyak Gotham Dollar 50.

Sudah tentu sekali dan berjuta kali lagi, Robin akan ke bank yang sama membuat perkara yang sama dan hutangnya juga tidak akan selesai. Itulah sistem kewangan dunia hari ini. Mereka menganggap setiap duit yang tercipta mesti membawa pulangan. Bezanya, terdapat ramai yang meminjam dan banyak bank yang menyediakannya bermula dari Bank Negara.

Itulah yang berlaku dan itulah asas duit kertas Fiat. Dicipta asalnya oleh Bank Negara dan dipinjamkan kepada bank komersial yang lain dengan faedah, kemudian bersandarkan sistem FR dan money multiplier tadi, ia berkembang biak dalam pasaran sesebuah negara dan mengalir ke luar negara.

Bank negara pula mengesahkan wang kertas Fiat tadi mempunyai nilai untuk membayar segala jenis hutang awam dan swasta. Itulah status tawaran sah yang tercatat di mata wang kertas kita dan USD hari ini.



Hukum wang kertas Fiat dan pandangan ulama.

Disebutkan tadi, wang kertas Fiat tidak disandarkan kepada apa jua precious metal, ia tiada nilai sendiri dan hanya bersandar kepada kepercayaan dan tanggapan umum terhadapnya.

Selain itu, ia juga dilahirkan bersama faedah, nilainya sentiasa mengecut akibat inflasi daripada sistem simpanan kadaran. Jika itulah keadaannya, apakah hukumnya?

Bayangkan individu yang berusaha keras lalu berjaya dan mempunyai simpanan berbilion Ringgit Malaysia. Tiba-tiba akibat kepercayaan antarabangsa kepada RM jatuh, nilai dan kuasa beli yang dimiliki oleh RM turut akan jatuh merudum, inilah proses hiperinflation yang berlaku kepada Zimbabwe sekarang.

Jikalau keadaan ini berlaku kepada Malaysia (semoga dijauhkan Allah), dan jika individu berjaya tadi masih tidak menukarkan wang kertas Fiat yang tersimpan di banknya kepada aset berharga seperti emas, perak dan hartanah, sudah tentu nilai berbilion tadi menjadi beberapa ringgit saja. Adakah sistem mata wang sebegini baik, maju lagi hebat?

Tuesday, December 02, 2008

Syarat guna wang Fiat

Bersama Zaharuddin Abd Rahman

>SAMBUNGAN MINGGU LALU

JIKA mata wang kita berasaskan emas dan perak yang ada nilai tersendiri serta tidak bersandar kepada kepercayaan dan keyakinan serta persepsi umum terhadap ekonomi negara kita, adakah masalah yang disebut tadi akan berlaku? Insya-Allah tidak.

bn Sina pernah berkata: “Ini adalah daripada hikmah yang dikurniakan Allah kepada dua jenis logam ini (emas dan perak) dan kesukaran menemuinya sehingga ia mampu menjadi penyandar nilai usaha manusia (sebagai perolehan dan mata wang), maka jika boleh sifat kedua-duanya (emas dan perak) itu diperolehi dengan mudah (secara tidak hakiki seperti apa yang ada pada mata wang Fiat kertas), akan terbatallah hikmah penciptaannya oleh Allah dan banyaklah yang boleh memilikinya sehingga menyimpannya (memilikinya) tidak sebarang erti.”

Tamadun Islam tidak pernah menghadapi masalah inflasi teruk kerana emas dan perak sentiasa mampu mendapat tempat di hati manusia. Oleh kerana kewujudan emas dan perak terhad, itulah hikmah yang menjadikan nilainya sentiasa kekal.

Jika berlaku sedikit inflasi pada zaman pemerintahan Islam, ia kerana wang sampingan iaitu wang bernama fulus terlebih sebaran di dalam pasaran.

Fulus ialah duit sampingan untuk transaksi kecil. Ia pernah dicipta di zaman pemerintahan Islam, dibuat daripada bahan murah seperti campuran besi dan tembaga tanpa nilai yang tinggi. Nilainya ditetapkan oleh kerajaan dan popular di zaman Al-Malik An-Nasir sekitar 806. Sebelum itu semua zaman pemerintahan Islam menggunakan emas dan perak sebagai mata wang utama.

Menurut Prof Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrah Daghi, fulus disamakan dengan mata wang Fiat kertas kerana kedua-duanya tiada nilai tersendiri.

Imam Asy-Syafie pernah menolak logam selain emas dan perak sebagai mata wang. Malah, beliau amat tegas sehingga menolak sebarang qiyas terhadap emas dan perak. Namun, ulama mazhab Syafie berpendapat qiyas dalam hal ini masih wujud sekiranya ia mempunyai ‘illahathman (store value).

Melalui persidangan dan mesyuarat Majlis Fiqh Antarabangsa, ulama dengan bantuan pakar ekonomi dan kewangan kontemporari berijtihad secara jama’aie dalam menentukan kedudukan wang kertas Fiat ini.

Adakah ia sama hukum seperti emas dan perak walaupun tidak mempunyai nilai fizikal tersendiri (intrinsic value) atau sebaliknya.

Selepas berbincang pada 1986, petikan keputusan mereka adalah nombor 31 (3/9): Ertinya: Berkenaan hukum wang kertas Fiat, ia mata wang pada hukumnya disebabkan terdapat sifat nilai harga yang lengkap. Oleh itu semua hukum yang ada pada emas dan perak jatuh kepada wang kertas Fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40)

Keputusan mengaplikasikan hukum emas dan perak ke atas wang kertas Fiat adalah bertepatan dengan pandangan Umar al-Khattab.

Khalifah Umar pernah berhasrat menjadikan kulit kerbau sebagai mata wang tetapi membatalkannya kerana bimbang ada yang pinjam meminjam kerbau maka jatuh kepada riba. Ini bererti Umar melihat apa saja yang dijadikan mata wang selain emas dan perak, hukum riba tetap ada padanya.

Demikian juga disebut Imam Malik bin Anas: Ertinya: “Sekiranya orang ramai membenarkan sesama mereka menjadikan kulit sebagai mata wang, akan aku larang ia dijual dengan emas dan perak secara tangguh.”

Ia jelas menunjukkan pendirian Imam Malik bin Anas, dan boleh kita adaptasikan pandangannya dengan wang kertas Fiat hari ini.

Jika kita merujuk cara penciptaan mata wang Fiat (yang telah disebutkan di atas), sudah tentu hukum penggunaannya haram disebabkan cara penciptaannya.

Namun, selepas ulama melihat faktor cengkaman ekonomi dunia kontemporari di tangan bukan Islam dan keperluan mendesak penggunaan mata wang Fiat disebabkan tiada alternatif seperti mata wang dinar emas dan sebagainya.

Majlis Fiqh antarabangsa dianggotai ulama Fiqh terhebat seluruh dunia secara sepakat membenarkan penggunaannya, namun dengan syarat mestilah mengikuti disiplin dan syarat sama dengan hukum atas emas dan perak.

Ini kerana ia tetap berfungsi sebagai alat pertukaran dan masih boleh menjalankan fungsi duit di zaman moden ini walaupun tidak sesempurna emas dan perak fizikal.

Fahamilah, fatwa mestilah bersifat praktikal atau ‘menjejak di bumi nyata’. Memang boleh bagi ulama menfatwakannya sebagai haram, namun apakah alternatif yang ada di depan mata di ketika ini.

Kita mengetahui bahawa fatwa ulama tidak dipandang berat oleh pemimpin politik negara umat Islam sehingga dengan segera mereka akan memperkenalkan dinar emas.

Justeru, atas dalil hajiat, umat Islam diberikan keringanan untuk bermuamalat dengan wang kertas Fiat, namun mestilah mengikut disiplin emas dan perak.



Pemain ‘forex trading’ melalui Internet yang pelik

Individu yang meraih untung melalui perniagaan mata wang atau ‘forex trading’ sebenarnya penyumbang kepada inflasi dan menambah lagi masalah ‘money supply’.

Sudahlah fatwa keharusan penggunaan ‘Fiat money’ hanya berlandaskan ‘hajiat tunnazzal manzilat ad-dharurat’ (iaitu keperluan yang tinggi hampir tergolong dalam kategori terdesak), ada individu yang mendakwa Islam menyalahgunakan fatwa ini dengan membabitkan diri dalam ‘forex trading’ melalui platform pelik di Internet. Ia bukan saja ditegah undang-undang Malaysia malah hukum syarak.

Lebih bermasalah apabila kumpulan pemain ini berhujah kononnya leveraj kewangan yang mereka sertai halal tanpa sebarang masalah., padahal hukum sudah ada pada mata wang kertas Fiat yang lahir dengan cara riba juga tidak bersandarkan kepada emas dan perak.

Inikah hasil pendapatan yang ingin dibanggakan? Mengambil untung atas perbezaan nilai satu mata wang Fiat sebuah negara dengan mata wang negara yang lain. Bertenggek atas mata wang kertas Fiat untuk memberi anak dan isteri makan? Fikirkan.

Keadaan ini berbeza dengan orang biasa yang menggunakan mata wang kertas Fiat untuk jual beli seharian. Ia termasuk dalam fatwa keringanan ‘rukhsoh’ dan hajiat yang dimaksudkan oleh fatwa ulama sedunia tadi.

Tidak saya nafikan ada ‘ustaz’ yang tegas mengatakan wang kertas Fiat tetap haram. Memang hukumnya haram namun saya bimbang mereka lupa di dalam poket mereka ada wang jenis ini.

Di atas dasar keyakinan tegas mereka, setiap kali mereka menggunakan wang kertas Fiat, mereka tenggelam dalam dosa. Mereka berdosa kerana seolah-olah menolak fatwa yang memberikan keringanan menggunakannya di waktu ketiadaan wang yang memenuhi kehendak Islam.

Sabda Nabi SAW: “Agama ini adalah banyak memudahkan, dan tidaklah seorang yang terlalu berkeras (atau melampau) dalam urusan agama kecuali mereka akan tewas (dengan kekerasan ) mereka” (Al-Bukhari, bab Iman).

Mimpi ngeri musim tengkujuh


SETIAP tahun pada musim tengkujuh, penduduk di tiga buah kampung di Kota Bharu, Kelantan diselubungi perasaan bimbang memikirkan ancaman ombak yang menghakis pantai.


SABAN tahun apabila tibanya musim tengkujuh, penduduk di tiga buah kampung di Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa di Kota Bharu, Kelantan akan diselubungi perasaan takut dan bimbang yang amat sangat.

Apa kan tidaknya, ancaman ombak besar Laut Cina Selatan yang kadangkala mencecah sehingga tiga meter itu menjadi mimpi ngeri dan semakin mengancam nyawa serta harta benda penduduk di Kampung Pulau Pisang, Kampung Pulau Panjang dan Kampung Pulau Pak Amat.

Pada musim tengkujuh tahun lalu, sebanyak tiga buah rumah penduduk yang terletak di Kampung Pulau Pak Amat yang menjadi tempat pendaratan pertama tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua, musnah dihanyutkan ke laut kerana banjir air pasang.

Sejak beberapa hari lalu, sudah ada penduduk yang mengemas barang sebagai persediaan berpindah akibat ancaman ombak besar yang membadai sehingga ke bumbung rumah, malah ada antara mereka berpindah ke rumah saudara mara di kawasan lain.

Tidak lena tidur

Penduduk asal Kampung Pulau Pak Amat, Wiah Ab Rahman, 67, berkata, air pasang dan ombak besar yang hadir setiap kali musim tengkujuh amat merunsingkannya. Ini kerana gigi pantai semakin hari semakin menghampiri rumah kayunya yang bercat kuning.

Dahulu, kata Wiah yang membahasakan dirinya 'Mak Ngah', pantai masih jauh dari rumahnya dengan jarak melebihi satu kilometer, namun sekarang sudah tidak sampai 100 meter.

"Mak Ngah takut nak tidur di rumah pada waktu malam. Tak boleh pejam mata. Mak Ngah pergi tidur di rumah anak, Che Natrah Mamat. Rumahnya dua tingkat, tak jauh dari rumah Mak Ngah. Kalau air naik, kami semua duduk di tingkat atas," katanya.

Wiah yang tinggal bersendirian di rumah itu sejak kematian suaminya lapan tahun lalu berkata, beliau amat takut sekiranya rumah kayu yang telah melebihi usianya itu dihanyutkan air laut ketika dia sedang tidur.

"Bila air pasang, air naik sampai ke dinding dan kadang-kadang masuk ke dalam rumah. Lantai rumah Mak Ngah juga dah reput terendam dalam air masin. Berjalan pun kena hati-hati. Tunggu masa dah nak runtuh agaknya," katanya.

Menurut Wiah, penduduk kampung sudah beberapa kali menemui wakil rakyat, namun sehingga kini tiada apa yang dilakukan untuk mengatasi masalah yang menghantui mereka.


SEKUMPULAN kanak-kanak seronok bermain ombak besar yang menghakis tebing pantai Kuala Pak Amat di Kota Bharu, Kelantan.


"Setiap kali pilihan raya, masing-masing berjanji untuk membantu, ada yang berjanji untuk memindahkan mereka, ada yang janji nak bina benteng, tetapi selesai pilihan raya, tidak ada apa-apa yang dilakukan untuk mengubah nasib penduduk," katanya kesal.

Tutup pintu rezeki

Seorang pengusaha calet di kawasan itu, Nik Khairuddin Nik Aziz, 33, terpaksa menghentikan seketika operasi 14 unit caletnya yang kini semakin dihampiri air laut.

Beliau berkata, operasi calet 'Tiram Beach Resort' yang bermula sejak tahun 2002 itu mungkin terpaksa dihentikan buat selama-lamanya atas faktor keselamatan.

"Tak tahulah macam mana keadaannya. Dulu, pantai jauh dari calet ini. Sekarang dah semakin hampir, saya tak berani nak ambil risiko keselamatan kanak-kanak kerana pagar yang membatasi kawasan calet dan pantai pun dah tak ada kerana tenggelam di dalam laut," katanya.

Menurutnya, kerugian perniagaan yang dijalankan bersama bapanya, Nik Aziz Yunus, 58, dianggarkan mencecah RM300,000. Malang bagi mereka kerana tidak tahu ke mana masalah itu hendak diadukan.

Sebelum ini, penduduk telah beberapa kali membuat aduan kepada kerajaan negeri dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri memohon benteng dibina bagi meminimumkan kesan hakisan di pantai itu.

"Tetapi sampai hari ini, tak nampak benteng atau apa yang sedang dilakukan pihak bertanggungjawab untuk mengatasi masalah ini.

"Negara kita pernah bersedih kerana kehilangan Pulau Batu Putih. Tetapi sekarang ini, sedarkah kita bahawa negara sedang kehilangan beratus-ratus ekar tanah disebabkan hakisan, saya harap pihak berwajib dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini," kata Nik Khairuddin.

Selain itu, ombak besar juga menyebabkan berlaku longgokan pasir di muara sungai yang mengakibatkan hampir 100 bot nelayan tidak dapat keluar ke laut mencari rezeki.

Kos tinggi bina benteng

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan, Mejar (B) Anizam Abdul Rahman ketika diajukan persoalan itu berkata, kerajaan negeri sedang melakukan apa yang terdaya untuk membantu penduduk terlibat.

Menurutnya, pembinaan benteng di kawasan yang terhakis telahpun dilaksanakan oleh JPS Kelantan.

Bagaimanapun, pembinaan benteng tidak dapat dilaksanakan sekali gus di sepanjang kira-kira 70 kilometer pesisir pantai negeri Kelantan kerana ia melibatkan peruntukan kos yang tinggi.

"Masalah hakisan di situ bukan perkara baru. Di Kuala Pak Amat, ia sudah lama berlaku dengan lebih satu kilometer tanah sudah masuk ke dalam laut. Hakisan ini juga berlaku di seluruh negara, bukan Kelantan sahaja.

"Nak buat semua itu perlukan peruntukan yang banyak. Setiap tahun, memang kita ada peruntukan untuk itu. Jadi, kita buat setakat yang mampu kita buat," kata Mejar (B) Anizam.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri sedang mencari tempat sesuai untuk memindahkan penduduk yang terlibat dengan ancaman ombak besar di situ. - Bernama


Harap pihak yang bertanggungjawab memikirkan langkah-langkah lebih efisyen untuk menangani masalah ini. Kesihanlah kat mereka yang nak lena pun takut, takut rumah dah jadi perahu....

Harga minyak menjunam bawah AS$48 setong

SINGAPURA: Harga minyak mencatatkan harga terendahnya dalam masa tiga tahun iaitu bawah AS$48 setong hari ini di pasaran Asia.

Ini berikutan keresahan mengenai kedudukan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta pasaran haram yang terus merosot sehingga membawa kesan terhadap permintaan minyak mentah.

Minyak 'Light, sweet crude' bagi penghantaran Januari turun AS$1.50 kepada AS$47.78 setong, terendah sejak 2005 dalam dagangan elektonik New York Mercantile Exchange pada sesi petang di Singapura. - Bernama


Macam-macam reaksi penerimaan penurunan harga minyak dunia ini. Sebahagian besar pengguna gembira menyambut kemerosotan kos bahan asas ini, ada juga yang kegeraman (memang gerammm!) sebab harga barang-barang tetap naik. Tadi seorang pekedai runcit mengatakan barang di kedainya akan naik juga. Ini prinsip apa tak tahulah..kalu barang makanan ada logik juga naiok sebab krisis kekurangan makanan global..

Apa-apapun saya orang yang gembira dengan fenomena ini.. Sebelum ini dalam entri saya ada mengatakan rumah saya sudah ada pembeli. Sekarang kami anak-beranak sedang berangan-angan mereka bentuk rumah kami akan datang yang akan didirikan di Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Berpinau bijik mata membelek majalah-majalah. Nak bagi senang mana-mana foto yang berkenan di hati saya mengguntingnya. Gambaran reka bentuk dalaman, penggunaan bahan sudah ada. Oh ya, kembali kepada topik, yang saya gembira sangat adalah kerana kos bahan mentah seperti simen dan besi jatuh. 4 hari lepas saya diberitahu harga simen jatuh RM4 setiap kampit..

Konsep rumah, insya Allah nusantara. Mesti ada taman, taman di laman dan di sisi rumah (courtyard). Tulis sikit-sikit je lah dulu kat sini. Kalau dah mantap, insya Allah saya buat satu link baru "Oh My Home"... Prinsipnya; Baiti Jannati, Ruang Silaturrahim. Semoga bondaku panjang umur. Saya akan bawa beliau ke rumah, letakkan beliau mengadap taman mini, menikmati keindahan ros, petunia, kembang 3 bulan, morning glory. Juga percikan air dan tarian kap...(Taman mini konsep English Garden kerana saya 'naik gila' apabila melihat bunga-bunga yang telah saya sebutkan tadi..)..Ini tempat sangat istimewa buat saya (dan keluarga) dan sebahagian besar masa saya akan di banyak dihabiskan di sini..

Monday, December 01, 2008

Mata oh mata!

Misteri apakah penyakit mata saya ini, silau dan sukar mencelikkan mata. Kalau saya terdedah kepada cahaya matahari dan komputer yang bermasalah skrinnya (tiada filter), alamat terperit-peritlah mata saya hingga ke malam dan boleh membawa ke esoknya. Udah ke klinik pakar di HTJ, boleh doktor-doktor tu kata mataku normal dan memberitahu mungkin kesilapan penggunaan kaca mata? Mungkin betul. Tapi saya dah pergi ke dua kedai kaca mata/optometris, hasilnya power mata saya naik satu tahap saja dan merekapun hairan mengapa keadaan mata saya begitu.

Saya juga sudah pergi ke perubatan alternatif di Gombak, kosnya hmm, tak yahlah cakap nanti diaorang kata, nak sihat janganlah berkira sangat....sibbaek saya ni kaya raya.. (amiiin..)..tapi hingga ke hari ini masih silau, kadang-kadang lagi teruk. Tadi mesyuarat pengurusan..mujur juga mereka tu sporting...kesilauan ini menjadikan kepala mudah pening, pusing2 la..

2 hari lepas kami sekeluarga telah ke Tangkak, mengunjungi sahabat yang sama-sama ke Mekah penghujung 2006. Kami memang selesa di situ kerana asyik makan dan mereka rajin melayan kami anak beranak(hehe)...Nak ke Air Terjun Gunung Ledang hari dah lewat petang. Jaraknya kira2 10km saja dari rumah mereka. Insya Allah lain kali walaupun tak tahuu la bila. Rupanya semasa saya sedang berbual-bual dengan kak Zai, suaminya sempat membaca doa pada air zam-zam yang telah diselawatkan di hadapan makam Rasulullah s.a.w dahulu. Betapa bertuahnya saya..Ya Allah, sembuhkanlah mataku ini agar hidupku lebih berkualiti dan Kau redhai, dan gantikanlah air zam-zam dan semua pemberian mereka kepada kami lebih-lebih lagi.. Masa nak balik kami dibekalkan pula dengan 2 pasang kain, tudung dan macam-macam seperti risalah-risalah doa..

Masa dah keluar rumah dan nak babai saya terpandang taman mini di sisi rumah mereka. Ternampak kegembiraan pada daunan, ranting, bunga-bungaan. Banyak juga yang berkenan Tapi, oleh sebab kami dah nak berpindah rumah tak jadilah nak minta ranting @ anak benih pokok, kalau tidak penuhlah satu bonet kereta dengan barang-barang buah tangan mereka, tapi, jauh di sudut hatiku berazam, 'bila rumah baru saya siap nanti, saya ingin meminta mereka mengepos biji benih sejenis pokok bunga tu, yang warna bunganya pink, magenta, purple, spesies yang sama tapi tonasi warna yang berbeza..Nasiblah kak Zai dapat sahabat macam saya nih..

Saya tidak bersungut dengan mata ini. Tapi, bayangkan, semasa saya masuk ke kelas, saya memakai cermin mata hitam, mereka tergelak-gelak dekat saya. Itu pelajar tingkatan 5. Memakai cermin mata p pun tidak selesa juga. Jadi saya marah-marahlah dekat mereka untuk mengawal kelas. Nak periksa esok lusapun masih tak serius..'Bila saya marah walaupun sedikit, peningpun sudah datangla..Itu belum masuk bab memandu..

Pun begitu, saya masih dapat meneruskan hidup saya macam biasa (walaupun tidak sebaik orang lain). Dalam keadaan begitupun saya dapat memandu ke Putra Jaya untuk menguruskan bahagian pinjaman perumahan, sebab pada masa itu saya MESTI lakukan.

Walaupun silau, pening, pusing-pusing, sukar nak celik mata, tapi, saya masih boleh mencelikkan mata, dan masih boleh melihat. Allah sayangkan kami dan ramai orang sayangkan kami.. Alhamdulillah...