Tuesday, December 16, 2008

Berita tak berapa gembira

Hari ini 16 Disember, keputusan rayuan permohonan pindah akan diketahui hari ini. Kepada sesiapa yang baru singgah ke blog ni, buat makluman saya telah memohon untuk bertukar ke negeri Kelantan pada September lepas lagi ,tapi tak berjaya dan membuat rayuan pertukaran. Malam semalam entah berapa kali saya terjaga. Jadi, apabila saya terjaga pada jam 5, saya terus bangun dan meng on internet explore.

Dari semalam saya sudah bersedia (cuba) walau apa-apapun keputusan yang bakal diperoleh, berjaya atau gagal, saya akan terima, sebab walaupun saya berdoa agar dapat berpindah sesegera yang mungkin, tetapi saya juga bermohon agar Allah membuat keputusan yang tepat kepada saya. Bonda saya telah uzur (umur 84 + tahun) dan saya pula tiada saudara mara di sini, kalau terjadi sesuatu saya terkontang kanting di sini. Memang ramai sahabat, jiran yang membantu tapi tidak seronok juga jika selalu meminta tolong mereka. Kalau di tempat sendiri lainlah.

...Saya gagal lagi... Saya tak percaya dan beberapa kali meng on portal tersebut, tapi itulah keputusannya...

Nampaknya saya kena meneruskan lagi kehidupan saya di sini. Insya Allah saya cuba mempositifkan diri dan keluarga saya, menerima takdir sebaik mungkin. Hikmah? Mungkin Allah nak bagi saya selesaikan beberapa masalah di sini dulu seperti urusan jual beli rumah ini hingga selesai, bagi badan saya dan Danial betul-betul pulih. Hingga hari ini saya belum betul-betul baik. Danialpun masih kecil, nak bertukar suasana, pengasuh bukan perkara mudah.


Kalau saya dapat bertukar balik ke Kelantan, dengan cuti yang tinggal 3 minggu lagi, masa itulah saya nak urus jual beli rumah (memang tak sempat dan terpaksa datang lagi), nak uruskan pertukaran sekolah saya, anak-anak (2 orang), cari rumah, tinjau sekolah, pengasuh Danial, dan macam-mcam urusan lagi dengan keadaan saya yang belum betul-betul kuat. Anak sulung saya pun masih belum stabil, baru memulakan kerja (sekarang tinggal dengan kawan-kawannya di Subang) dan ingin sambung belajar (separuh masa). Anak kedua saya Maryam pun baru 1 sem di UKM, biar betul-betul stabil dulu.

Yang sedih ialah bonda saya. Macam mana saya nak beritahu beliau saya tidak dapat bertukar ni. Biasanya berita sedih tentang diri saya kakak sulung saya yang akan sampaikan, sebab saya tak sampai hati. Sebelum ini saya dah merancang, apabila balik nanti saya akan dirikan rumah (idaman saya) di tanah yang dikurniakan oleh bonda saya (tanah kesayangan beliau). Taman di sisi rumah, yang dapat dinikmati kehijauannya, keceriaan petunia, harumnya toking, percikan air, kilasan koi kuning, oren, putih, merah, sama ada waktu siang atau malam. Saya akan tempatkan bonda di kerusi malas di anjung taman. oh Tuhan.. panjangkanlah umur kami dan berkatkanlah umur kami agar kami dapat mencapai impian kami... kepada sesiapa yang sudi doakan yang terbaik buat kami, dipanjangkan umur, diberkati umur, dipermudahkan segala urusan...amin...

16 comments:

Anonymous said...

tak boleh kah bonda kak duduk dengan akak? pujuk lah dia untk menemani akak dan keluarga. berjanjilah pada dia balik setiap dua tiga bulan sekali ke kg . tapi dia naik kapal terbang la toksah naik keta. dah tu kalau naik kt senang wheel chaitr je aje all the way. flight kejap je
cubalah pujuk dia at least sampai dapat transfer

wan salmah said...

sebenarnya bonda kat kg duduk dgn kakak sulung. beliau lagi selesa di sana sbb kakak dah lama pencen, kakak lebih memahami bonda. akak ni ada anak kecik, tak sempat nak melayan beliau sepenuh masa.
rumah tu pula agak kondusif, dekat masjid. speaker dipasang dlm bilik supaya mak akak dpt dengar azan 5 waktu. mak pula dikelilingi suasana dan saudara mara yg dah sebati @ngam. kat sini akak sebatang kara (ngan anak2 saja, nanti boringnya dia..) akak ni kdg2 balik lewat,kena kursus.
akak ni anak bungsu..tu la pasal.. selalu buat trouble plak.. mana la mak tak susah ati...adus..
akak akan usahakan jgk nak pindah bulan julai nanti, buat rumah dan ajak mak..mak suka pokok/bunga ... byknya kenangan masa mak sihat dulu...
ya Allah panjangkan umur kami, supaya dpt ku berbakti kpd bondaku selagi hayat dikandung badan..amin..
terima kasih anynomous (sabonarnyo sapo ek..)

Anonymous said...

nora..

wan salmah said...

nora..ada link kot..

sambungan kisah di atas..mak akak ni..maklumlah seorang ibu..ingat sangat dekat anak2nya (terutama akak..macam perasan hehe..). Tahun lepas mak beria-ria suruh kami anak-beranak balik. kat rumah di kampung hari-hari dok sebut nama akak, hingga anak sedara bagi "warning"; balik! mak pulak dalam keadaan sakit lutut tu pergi ke bilik tempat kami nak menginap tu berkemas bilik tu, lapik ngan cadar batik yg akak lukis tangan (dulu akak lukis batik, bisnes kecik2..hehe), pastu siap mangga bilik tu.. (kami balik tapi ... itulah perjalanan tragedi bagi kami...)

raya puasa lepas mak masih nak kami anak beranak balik. puas jugak kami cari jalan nak balik. suatu hari akak telefon mak..
"itu som ke tu? (som kakak akak kat ceras)"
"bukan, ni ani"(nama akak kat rumah)
"som, tolonglah bawak balik ani dan anak2 dia"
"ni bukan som, ni ani" suara semaksimum mungkin..
(emak menghadapi masalah pendengaran, kalau bercakap dgn mak kat telefon satu rumah blh dengar akak bercakap)
puas akak bagitau ni akak bukan kak som..lama jugaklah hingga detik nak letak gagang barulah mak akak tahu ni akak bukan kakak satu lagi..

bila terbayangkan hati seorang ibu mengenangkan anak2nya yg jauh, sedang diri sudah dimamah usia dan uzur pula, itulah buat akak insaf.. dulu akak tak sempat berbakti kpd arwah ayah, skrg biarkan akak happykan hati mak pula..

Anonymous said...

takde nora pembaca saje. takde masa yg cukup nak tulis. hajat nak tulis ebook pun tak tertulis...
bersabar saja la. akak balik sorang setiap dua bulan skali naik kapal terbang sorang balik weekend kejap tak le ke?

wan salmah said...

hmm cadangan yg baik..akak pn dah rasa sihat skit, insya Allah akak buat, tq.

Anonymous said...

cubalah semana yg bolehkak. sementara dia masih ada. kalau takdapat balik terus, balik le sekjap. every 5 to 6 weeks akak balik la. tapi akak kena la booking ticket awal awal. for eg balik ptg jumaat ke kb, balik rembau ptg ahad. dapat bertemu muka dah cukup dia mengubat rindu dia.. akak balik dgn si kecil sekali la... mmg penat bahu memikul bebanan,later tapi bila akak tengok kebelakang akak tidak akak rasa ralat sebab akak dah uasaha cuba yg mana patut.....ticket kalau book inadvance tak affected dgn harga musim perayaan kot..?

Anonymous said...

cubalah semana yg bolehkak. sementara dia masih ada. kalau takdapat balik terus, balik le sekjap. every 5 to 6 weeks akak balik la. tapi akak kena la booking ticket awal awal. for eg balik ptg jumaat ke kb, balik rembau ptg ahad. dapat bertemu muka dah cukup dia mengubat rindu dia.. akak balik dgn si kecil sekali la... mmg penat bahu memikul bebanan,later tapi bila akak tengok kebelakang akak tidak akak rasa ralat sebab akak dah uasaha cuba yg mana patut.....ticket kalau book inadvance tak affected dgn harga musim perayaan kot..?

Anonymous said...

Tickets can be purchased from its 24-hour call centre, 03-7845 4543 and MAS’ ticketing office in Penang, Kuala Lumpur, KLIA, Kota Bahru, Terengganu, Kuantan and Langkawi. Tickets will be available on its website, www.fireflyz.com.my

point-to-point travel with fares from as low as RM9.00

wan salmah said...

terima kasih nora,

dulu pernah terfikir juga nak ulang2 balik ni, tp oleh sbb masa tu byk mslh, jd tidak terbuat..skrg masih kurg sihat betul, tunggu sihat dulu. dpt jumpa pun dah ok walau sehari..
terima kasih ...

Anonymous said...

akak masih kurang sihat dari kemalangan tu ke? ada patah riuk tak? akak saya kena hema toma sampai sekarg . dah berapa bulan dah kami kena july 3. tgn patah dah sembuh. tapi kecederaan dlman yg teruk. sampai tulang belakang pun tercedra. masih dlm rawatan.

wan salmah said...

akak tak patah masa kemalangan tu cuma retak bbrp tulang rusuk. masa tu akak masih dlm pantang, umurpun dh 44 masa tu, kadar kesembuhan agak lambat. tak sembuh betul lagi baby masuk wad 7 minggu (operate kepala), akak jaga siang dan malam kat HKL dan hosp seremban, rehat,rawatan utk akak sgt kurang.
sebenarnya apa yg akak alami tu bukan sekadar fizikal tp mental jg, cuma kat blog ni akak x tulis secara detail je kisah peribadi tu, jd, rentetan mslh akak menjadikan skrgpun masih belum settle. contoh skrg kena penyakit silau mata, nampaknya remeh, tak penting, tp tlh menjejaskan kualiti kehidupan seharian. mata susah nak celik,rasa silau yg teramat dan mudah naik pening. tak blh berckp byk, apa lg menaikkan suara (camna nak ngajar) tension skit dah efek mata/minda,pakai sunglass pun x menjadik, dah jumpa pakar mata dan ke optometris.
rasa mudah pening,kdg2 tu rasa nak menjerit , nak cungkil2 je mata kerana terlalu rimas...
sekrg dah kurg sikit,akak ambil rawatan alternatif. cuti tinggal seminggu lbh je lg, nti kena gi sklh dlm cuti sbb bertugas, mesyuarat dll urusan, kerjaya dan jg urusan sklh anak. bila dititiskan ubat tu akak kena rehat, kalu perlu tidur baru cepat baik.

akak simpati dgn kakak nora tu. smg dia cepat sembuh,perlu sokongan fizikal dan moral drp org2 disekeliling. kesihatn sgt penting ...

Anonymous said...

asmkm. saya akui memang selepas kemalangan memang mengambil masa yang lama. saya masih menunggu utk rawatan selanjutnya. saya punya tulank blakang tersembul kluar etc. kena rempuh ...
kepala dan mata masih sakit. mentally pun saya faham lah apalagi akak kehilangan dan kesakitan mental anguish dan physical concurrently. memang dah tu kita kena cari makan lagi.. bersabar sahaja la. saya bila kena cardiac arrest upon impact kena rempuh dgn bas express , masa kena rempuh tu memang sakit btul dada dan tak leh nak cakap gasping for air dan passed out. terus taksedar. tapi bila dah sedar tu sakit tuhan yg tahu.
Banyak bersabar... kakak, cuba pergi ke Chiropractor biar dia betulkan align blakang tulang akak sampai ke tengkuk. saya pun mula mula tengok cahaya silau tu han e tau, cermin buat baru, tapi bila saya pergi jumpa chiropractor rasa lega sikit silau di mata, sakit kepala pun terkawal sikit, kalau tak spasm bahu dan tengkuk ingat kan kena heart attack;rupanya terlalu kejang tengkuk dan bahu sampai kepala affected. kepala saya lepas accident rasa macam off the alignment point. tapi bila dah cruk crik kan rasa lega sikit silau mata dan sakit mata kerna kepala mula sakit.
cubalah kak kalau ada rezeki jumpa chiropractor.dia betulkan yang terkehel dibahagian yg dr hospital tak leh buat.

Anonymous said...

ni lagi satu nak akak tau ; semlm saya jumpa jiran saya.Menantunya nya punya ibunya ada masalah ketumbuhan di rahim, dah buang. ok.
lepas tu bapanya ada kanser..selepas 5 tahun;esp tahun lepas kanser merebak ke tulang belakang dan dada ..teruk at one time nyaris pegi. Lepas tu kena amik ubat dan morphine.. bercuti sakit. Dr tak beri dia apa apa jaminan untuk hidup berapa lama walau pun dah kimo. lepas tu minggu lepas saya berselisih dgn menantunya anak beranak. Dia nampak murung je.dia jenis pendiam. Pastu rupanya mak mertuanya beritahu neneknya, ibu kepada bapanya yg sedang suffering dari kanser kena kanser dah sampai makan ke otak dan bahagian lain. Umurnya 80 tahun. Bayangkan bapanya kena menjaga ibunya di hospital kena kanser sekarang dr beri morpphine supaya dia tak kesakitan. faktor usia hospt tak dapt buat kimo dan lain lain. makanya dia selepas diberi injection ubat dan mrphine, sekarang tak sedar diri menunggu masa. yg kesiannya Anaknya yg juga dalam rawatan juga menghadapi ibunya yg tenat- koma, dan dia pun tak tentu kedudukan dia. anak perempuan tunggalnya yg sorang tu betul betul tertekan skrg, dia beli ubat dari us utk kanser tapi berapa lama dapt bapanya bertahan pun tak tahu, maknya tak begitu independent. loan rumah nasib baik lah menantu yg sorang tolong bayarkan. tapi bayangkan betapa dugaan mereka yang dihadapi setiap hari. mulanya si anak yg mengidap kanser tu dr kata no hope takde jaminan.. tiba- tiba mak dia kena tapi kanser sampai ke otak. terus tak bleh function.. sekarang masih dihospice...
banyak bersabarlah akak .....Allah shj maha mengasihi dan mengetahui...

nora

Anonymous said...

akak kat taman tun atau di damansara jaya ada kedai senseh buat accupunture. ibu buat rawatan dia punya facial paralysis dia rasa elok. sakit kepala dia pun kurang. 45 rm sekali.kepala dan mata berkaitan.. yg kat damasara jaya cina tu perempuan. akak pegi le cuba...saya recommend sebab saya juga menggunakan alt juga.

nora

ecax_91 said...

nora,
terima kasih atas tulisan2 nora tu. memang betul apa yg nora katakan.. sempena maal hijrah ni akak kena ubah gaya berfikir, kena ceria2 dan bersyukur dgn apa yg kami ada..apa yg menimpa kami tidaklah seteruk nasib yg menimpa org lain..
besok insya Allah akak akan sambung rawatan dulu tp di tempat lain sbb tabib ni lebih berpengalaman dan arif ttg saraf2 mata - di hulu langat..akak hrp sgt2 mata akan pulih lepas ni. kalu x berjaya jgk nti akak cari alternatif lain sbb dktr kata mata akak normal! sdg kita rasa pening, terlelong2 drive keta. dari segi struktur bdn, rasanya akak xde maslh(harap2) cuma dulu tu mungkin rentetan mslh demi maslh fizikal n mental menjadikan akak begitu..tp akak cuba sedaya upaya akak nak berubah tahun depan..walau apapun terjadi hidup mesti ceria, sukses n bahagia..

terima kasih krn singgah ke sini, rasa seronok bacanya. mungkin kita blh kenal lg dan tulis2 melalui emel.. sampaikan salam kpd kakak, jiran yg sakit tu. akak simpati dgn nasib kalian n mampu berdoa dr jauh, esp jiran tu, terbayang2 mak sendiri yg dah uzur,tp mak akak masih mampu berjalan (bertongkat)..
wansalmah1594@yahoo.com

selamat menyambut tahun baru hijrah - bersama2 berhijrah ke arah keridhaan Allah, hidup berbahagia dunia dan akhirat..