Sunday, December 07, 2008

Genap setahun pemergianmu...

Dua hari sebelum Aidil Adha 1428. Sarah dan ahli keluarga yang lain kelihatan begitu ceria untuk bertolak pulang ke kampung berjumpa nenek mereka dan ahli keluarga yang lain. Keterujaannya saya anggap biasa walaupun dia kelihatan begitu ceria.Sebagai ibu yang 'ditimpa masaah' tentulah melihat anak ceria menjadikan saya gembira. Tidak pernah terfikir mengapa dan mengapa.

Apabila saya fikir-fikirkan, arwah Sarah bagai sudah terasa bahawa dia akan pergi lebih awal. Cuma mungkin dia tidak tahu hakikat sebenar dan tidak tahu untuk menceritakan. Jika dikira 100 hari sebelum pemergiannya, pada waktu itu dikira akhir semester 2 2007. Dia bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajarannya untuk peperiksaan akhir dan beria-ria menghafal. Dia anak yang memang rajin tapi kali itu bersungguh-sungguh dia menghafal. Adiknya iaitu Syamil pula langsung tiada sense peperiksaan, nasihatnya kepada Syamil "Syamil, baik kau baca buku, kalau tidak kau menyesal!".

Saya pula akhir-akhir tu suka sangat menonton Astro (Discovery; Everest..). Suatu hari saya membelek-belek Astro guide dan meneliti rancangan sepanjang bulan. Dia berpaling ke arah saya dan dengan nada suara agak terkejut berkata"Oh mama, Sarah ingat buat apa tu". Dia sangkakan saya membaca buku-buku yang serius, rupa-rupanya hanya Astro guide. Tapi saya langsung tidak perasan itu satu petanda dia berpesan sebelum pergi.

Masa tu dia dalam darjah 4 (2007). Sentiasa excited dalam semua pekerjaan yang diakukan. Dia satu-satunya anak yang akan bercerita perkara yang berlaku di sekolah terutama sekolah petang. Jika dia bercerita tentang kawannya siap nama ayah kawannya sekali. Dia juga suka mengajuk gaya saya yang suka memetik jari di meja atau di mana-mana (ala-ala orang main piano) dan menggaru-garu telinga/tekak jika keresdungan sambil tergelak-gelak. Dan saya pun akan tergelak sama melihat gelagatnya.

Semasa cuti sekolah, ketika itu saya sudah melahirkan Danial. Saya sungguh tidak terdaya untuk melayan anak-anak saya dan syukurlah kakak saya dari Cheras kerap datang menemankan kami. Kakak saya iaitu Hajah Wan Kelthom yang baru bersara (juga kemurahan Allah) rajin melayan anak-anak saya dan membawa mereka ke kedai. Beliau juga membelikan uniform sekolah untuk anak-anak saya.

Suatu hari Sarah memakai baju sekolah paginya (uniform pengawasnya siap sepasang).."Mama" dia menarik perhatian saya sambil tersengih-sengih. Kemudaian dia masuk lagi ke bilik dan menukar uniform lain, setiap kali dia bertukar pakaian dia memanggil saya untuk melihat dia berpakaian begitu... Sungguh, langsung tidak terlintas apa-apa di fikiran saya melainkan saya rasa gembira melihat dia ceria.

Sarah ni berbadan kecil, rambut pun kemerahan. Saya selalu mengatakan pada dia "Itulah tak nak makan sangat, tak cukup zat!" (dia bertanya mengapa rambutnya begitu). Tetapi akhir-akhir itu setiap kali dia melintasi saya dia tersenyum-senyum "Mama, Sarah dah nak sama tinggi dengan mama" Memang ya..biasanya anak-anak saya akan sama tinggi dengan saya pada akhir tahun darjah 6.

Dia anak yang mengalah tidak kira kepada adiknya Syamil dan sangat melayan adik-adiknya. Saya diberitahu Sarah membacakan yasin untuk saya semasa saya di hospital semasa bersalinkan Danial. Dia anak yang bersungguh-sungguh nak menghabiskan al Quran, satu-satunya berkhatam secara rasmi dalam masjlis khatam al Quran di sekolah fardu ainnya, dan membuat air yasin sendiri.

Dia anak yang menjaga solat dan mengganti jika tertinggal serta menjaga aurat. Sehari dua sebelum bertolak balik ke Keantan, dia berbual dengan kakaknya Hajar yang berada di tingkatan 1, "Hajar, nanti balik rumah tokcik, kau nak pakai tudung tak dalam rumah, aku nak pakai"...

Semasa di dalam kereta, kira-kira 2 jam sebelum kemalangan, dia meminta untuk memangku adiknya Danial (masa tu berumur 36 hari), lama juga dia meriba adik dia..

Terlalu banyak kenangan kami kepada Sarah.

Akibat kemalangan, boleh dikatakan saya lebih banyak tidak sedar daripada sedar. Tapi saya sangat-sangat bersyukur kerana selepas saja tragedi itu,saya tersedar sekejap. Pandangan saya kabur tetapi saya nampak Sarah dengan jelas. Pada masa itu dia sudah tidak sedar. Saya sempat membelek badannya yang berlumuran darah. Kemudian saya tidak sedar balik. Banyak perkara yang saya tidak tahu/perasan kecuali setelah diceritakan balik oleh anak saudara saya Fadhillah dan anak-anak saya(Hajar dan Syamil). Tapi sekali lagi saya bersyukur kerana saya dapat menatap wajah arwah Sarah buat kali terakhir sebelum saya dan Danial dikejarkan ke HospitaTemerloh kerana kepala Danial perlu di citi scan. Wajahnya bersih, tenang seolah-oah sedang tidur dengan nyaman (walaupun dia cedera parah di kepala).

Dia bagai permata yang tidak ternilai kepada kami dan kepada pihak sekolah. Tapi, bak saya pernah berkata dahulu, dia ialah pinjaman Allah kepada kami dan Dia berhak mengambil pinjamannya bila-bila masa. Walaupun sedih saya yakin anak saya akan dijaga dengan lebih-lebih baik, berbahagia di sana dan yang tentunya akan aman dari segala 'deraan' dunia. Allah lebih sayangkan dia.

Saya selalu terfikir, mengapa saya 'tidak diberitahu atau diberi bayangan' akan pemergiannya, contohnya bermimpi ke, kan saya ni ibu dia.. Kemudian barulah saya mendapat jawapannya (jawapan saya sendiri), tragedi itu memang sudah ditakdirkan Allah akan terjadi pada detik itu, kalau saya tahu mungkin saya tidak mahu balik (dan lain pula jadinya). Juga Allah tidak mahu saya terlalu sedih kerana saya telah mengalami beberapa rentetan kisah duka dalam kehidupan saya.

Sekarang saya sudah ada anak yang sedang menunggu saya di sana.. Dia anak yang baik dan sentiasa baik...

6 comments:

Anonymous said...

cikgu jangan sedih2 ye.May God bless her ^-^

Anonymous said...

bersabor le kak. saya faham situasi akak. cuma saya yg nyaris pegi. Tapi saya baca apa yg akak tulis tu, saya rasa kakak redha dan sungguh tabah. Kakak telah kehilangan dan juga tercedera teruk, tapi kakak btul btul tabah , maka ianya mengatasai kesakitan di badan dan di jiwa. Allah mengambil Sarah utk kembali mengadapNya. Walau awal sungguh usianya, Allah swt ada rancangan yg terbaik utknya. I believe that every soul who died young is because Allah loved and care and protect the subject creation from the harshness and unruly world. They are the selected one. Alhamdulillah. These souls who left early they are are lucky not to see the nastiness and cruelty of the world. They are shielded. Alfatihah.

rgds

n

Anonymous said...

firdaus,
insya Allah saya dah ok..boleh terima hakikat..syukran



anonymous,
memang akak setuju dengan tulisan puan. Allah sayangkan dia dan memilih dia antara kita...smg puan sihat dan berbahagia ya..

Anonymous said...

sama le saya harap akak sihat dan baby too.

rgds

n

Awwa said...

Salam kak wan.........Al Fatihah untuk arwah Sarah..sedihnya baca menitis air mata....tak dapat di bayangkan kalau itu terjadi pd sy...tp kak wan bertuah kerana sudah ada anak yang menanti di SANA..........

wan salmah said...

anynomous,
insya Allah dan syukran.

Atiesya,
memang semua tu bagai mimpi dan tak percaya akan terjadi pada kami.. akak selalu sedekahkan ayat2 suci pada arwah.. tentu dia bahagia di sana, gadis kecil tanpa dosa yang dipilihNya..