Wednesday, December 31, 2008

Pencuri terperangkap 3 hari



KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."

Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.

"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.

"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.

Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

kisah ni dah seminggu dua berlalu, masa tu nak copy tak dapat, tapi apabila baca kisah "kuasa" amalan-amalan yang dilakukan, saya berusaha mencari artikel ni dan terima kasih kepada zamz on the blog yang telah menyiarkannya.

2 comments:

Anonymous said...

salam cikgu,,, ni sy pljr smkur.. kalau cikgu msih ingat ting 1 eris 2009... smkur.. kami rindu cikgu.

wan salmah said...

waalaikum salam..
awat tak ada nama, cikgu tak boleh cam la..
baru tadi sebut pasal awak semua kat kelas saya..